" Zue balik dulu , terima kasih bagi Zue rasa nasi lemak akak . Sedap ! " puji gadis kecil itu
Mikayla hanya mengangguk sebelum mengusap lembut kepala Zue , sekarang sudah pukul 5 petang . Mikayla yang pesan suruh Zue balik dulu , risau pulak mak dia nanti tengok anak dia hilang pergi mana .
" Zue , nanti datang lagi tau . Boleh main dengan akak " sampuk Nura pula yang datang berdiri di sebelah Mikayla
Memang dari tadi Zue banyak bersembang dengan Nura . Nura pun rajin melayan dia , sukalah budak tu .
" Boleh je . " Zue melambai tangan kepada mereka berdua sebelum berjalan beredar dari situ
" Dah jom masuk " kata Mikayla sebelum mahu bergerak naik semula
" Weyh jom jalan-jalan sekejap nak ? " ajak Nura tiba-tiba
" Ha ? Jalan mana pula kau ni petang-petang ni . Malas lah aku " Mikayla menarik Nura untuk masuk ke dalam rumah sekali namun NUra menarik tangannya juga
" Alah pergi kedai ke , aku nak beli biskutlah " kata Nura lagi
" Esok aku belikan "
" Aku nak sekarang "
" Tunggulah esok "
" Alahh aku nak sekarang " Nura merengek kepadanya
Mikayla mengeluh , memanglah dia dah bersiap bertudung semua sekarang . Tapi .. ahh malasnya nak keluar .
" Mikaylaaaa "
" Eishh iyelah sabar aku ambik kunci " Mikayla masuk ke dalam rumah untuk mengambil kunci rumah dan duitnya . Layankan jelah ibu mengandung ni
" Yeayyyyy " Nura sudah tersenyum lebar
Mikayla mengunci pintu rumahnya sebelum dia mendekati Nura
" Kau larat ya nak jalan ? Aku tak larat nak dukung kau tau kalau kau penat nanti "
" Iya larat-larat "
Mereka berdua berjalan bersama menghirup udara segar kampung ini . Tiada suara pun yang keluar , mereka berdua hanya seperti .. mahu tenangkan fikiran masing-masing .
" Kau bukan dari sini ya ? " Mikayla bertanya dahulu
" Tak .. aku .. sorang-sorang je sini " balas Nura
" Kenapa ? " tanya Mikayla lagi
Nura memegang perutnya yang membulat itu sebelum dia mengeluh perlahan
" Aku sebenarnya aku sampai sini sorang-sorang .. sebab , aku kena halau dari rumah " balas Nura perlahan
Mikayla terdiam .. mungkin sebab itu dia duduk di rumah Mikayla selama itu .
" Aku tak faham .. kenapa kalau anak diorang .. mengandung . Belah perempuan yang selalu terima padah buruknya .. kenapa aku tengok tiada siapa pun nak marah lelaki yang buat perempuan tu macamtu " sambung Nura lagi dengan suara seraknya
Mikayla merapati gadis itu sebelum memeluk gadis itu dari tepi , tangannya mendarat di bahu Nura . Nura memandang Mikayla seketika sebelum dia tersenyum nipis .
" Aku minta maaf dengan apa yang kau kena hadapi .. tapi tak apa . Anak ni penguat kau .. " Mikayla turut menyentuh perut Nura perlahan sebelum mengalihkan tangannya semula
Nura mengangguk setuju . Sewaktu dia sorang-sorang menghadapi semuanya , dia selalu terfikir untuk tamatkan hidupnya sahaja namun .. dia terfikirkan anak yang berada dalam rahimnya itu.
" You will be a great mother " kata Mikayla dengan senyumannya
Nura senyum sahaja mendengar kata itu , dia juga berharap dia dapat menjadi ibu yang baik .
" Mana lelaki tu sekarang ? " tanya Mikayla
" Aku tak tahulah . Dah lari dah .. hm lantak dia lah "
Sampai sahaja di kedai runcit itu mereka mula membeli apa yang mereka mahu , Nura memang rambang matalah . Kalau boleh semua jenis biskut dia nak ambik . Mikayla hanya mampu menggeleng kepala sahaja melihat Nura membelek satu persatu biskut disitu
" Eh Mikayla " Mikayla menoleh apabila terdengar namanya dipanggil
" Pakcik " Mikayla senyum nipis kepada Pak Mail yang menegurnya itu
" Lama tak nampak kamu , bila balik sini ? " tanya Pak Mail . KEdai runcit dialah ni ..
" Baru je , pakcik sihat ke ? " tanya Mikayla sekadar mahu bersembang ringkas
" Sihat macam ni lah Mikayla .. kadang-kadang tak sihat jugak . Pakcik ni bukannya muda lagi" Pak Mail tergelak kecil sama juga Mikayla
" Biasalah tu . Pakcik jaga kesihatan tau "
" Mikayla dah ! " Nura muncul disebelah MIkayla dengan 5 pack biskut ditangannya
Mikayla membulat mata memandangnya , apahal banyak sangat ni ?
" Kenapa banyak sangat ni ? Siapa nak makan ? Membazirlah nanti kalau tak habis " kata Mikayla
" Aku makan . Alah aku teringin nak makan " kata Nura pula
" Ambik tiga jelah .. banyak ni Nura " Nura sudah membuat muka monyok sahaja apabila Mikayla berkata begitu
" Alah tak apalah Mikayla .. ambik jelah . Takpe Pakcik kira semua ni sepuluh ringgit je " kata Pak Mail pula
" Eh mana boleh pacik , ni macam lebih je .. saya pun ada beli barang juga " Mikayla menunjukkan paket gula dan aiskrim cawan di tangannya
" Tak apa , bukannya selalu . Tu kawan kamu tu biasalah .. dia mengandung . Memang nak makan macam-macam " Pakcik Mail menghulurkan plastik kepada Mikayla untuk memasukkan barang-barang itu
" Terima kasih pakcik ! " Nura tersengih riang
" Maaflah Pak Mail kalau menyusahkan " Mikayla membayar barang-barang itu sepuluh ringgit sahaja seperti yang dikatakan oleh Pak Mail tadi
" Tak apa . Kamu jaga diri elok-elok ya "
Mikayla mengangguk sahaja sebelum dia menarik sedikit lengan Nura untuk mengikutnya keluar . Karang benda lain pula dia nak .
" Terima kasihlah belanja . Susah-susah je " Mikayla memandang Nura disebelahnya
" Hm yelah "
Tak apalah , untuk Nura kan .
YOU ARE READING
Broken Hearted
RomanceTiada rasa cinta untuk si dia . Hanya menjaga kerana amanah .. " Jangan harapkan apa-apa daripada aku , Kayla . Aku berkahwin dengan kau sebab amanah ibu " - Addam Mekael " Awak rasa apa perasaan ibu bila dia tahu orang yang dia percaya sangat ni...