Bab 39

235 9 0
                                    

Addam mengemas bajunya sebelum dimasukkan ke dalam beg pakaiannya . Dia tahu ini rumah dia tapi .. dia mahu Mikayla yang tinggal di sini sementara dia pergi ke tempat lain . Dia akan ikut apa yang Mikayla mahu kali ini 

Addam mengangkat beg pakaiannya sebelum dia berjalan mendekati isterinya yang masih terlena di atas katil itu . Wajah Mikayla dipandang sebelum dia tersenyum nipis .. perlahan-lahan tangannya menyentuh pipi isterinya sebelum dielus lembut 

" Aku sumpah .. aku sayangkan kau sangat Mikayla . Aku cintakan kau .. aku minta maaf atas semua yang aku buat pada kau selama ni . " perlahan Addam mengungkap kata-kata itu kepada Mikayla 

" A-aku sayang kau .. " nadanya berubah serak sebelum dia menundukkan wajahnya dan bibirnya berlabuh lama di dahi Mikayla 

Tidak sedar air matanya mengalir sekali waktu itu . Dia rasa yang Mikayla memang tidak akan dapat terima dirinya lagi mungkin .. isterinya benar-benar sakit hati dengan dia . Dan dia tidak sikit pun menyalahkan Mikayla jika isterinya marahkan dia 

Dia mengangkat wajahnya sebelum wajah Mikayla dipandang lama .. lagi sekali dia menyentuh lembut pipi isterinya sebelum dia berdiri semula dan mahu melangkah keluar daripada bilik itu , tiba-tiba Mikayla mula mengigau sendiri 

" Ibu .. Ibu .. " 

Addam memandang isterinya yang mula meracau sendiri itu . Beg ditangannya diletak dahulu sebelum dia mendekati isterinya . Dia mendekati isterinya sebelum tubuh Mikayla diangkat sedikit sebelum dia memeluk tubuh isterinya itu 

" Ibu .. Mikayla sayang Addam ibu .. " 

Lagi terkejut Addam apabila Mikayla berkata begitu dalam keadaan tidak sedar . Dia diam sahaja sebelum dia mengusap lembut belakang badan isterinya 

" Shh .. tidur Mikayla , aku ada .. " Addam mengusap lembut kepala Mikayla 

" Mikayla sayang Addam ibu .. tapi kenapa dia tak sayang Mikayla " terdiam Addam mendengar itu 

Mikayla mula menangis perlahan dalam mimpinya , dia masih tidak sedar . Addam masih memeluk erat tubuh Mikayla sebelum dia terdengar dengkuran halus dari mulut Mikayla semula. Addam perlahan-lahan membaringkan tubuh Mikayla semula . 

" Aku sayangkan kau Mikayla .. aku sayangkan kau sangat-sangat . Aku harap kau tahu tu " 

.

Mikayla tersedar dari lenanya sebelum dia menoleh ke sebelahnya . Addam tak ada ? Mungkin dekat bawah kot . Mikayla perlahan-lahan turun daripada katil sebelum melangkah keluar dari bilik tidurnya 

Kaki melangkah ke dapur , tiada . Di ruang tamu pun tiada .. aik mana Addam . Mikayla mencapai telefon miliknya sebelum dia melihat ada satu mesej yang dihantar daripada Addam . Mesej itu ditekan 

Aku sayang kau , aku bagi kau masa sampai kau boleh nak jumpa aku lagi . Sekian , suami mu yang kacak :b 

Tanpa sedar bibirnya tersenyum segaris , tapi .. kenapa dia rasa , kosong . Inilah manusia bila orang itu ada dengannya kemain tidak boleh tengok muka , bila orang tu dah tiada baru nak rasa rindu 

Mikayla menggeleng kepala perlahan sebelum dia meletakkan telefonnya ke tepi semula . Sekarang ni apa-apa pun dia lapar jadi dia mahu masak dahulu , cuma bezanya harini masak sendiri lah .. semalam ada orang masakkan . 

Setelah dia bersarapan semua tiba-tiba pintu rumahnya diketuk . Mikayla mencapai tudung sarungnya sebelum dipakai . Kakinya melangkah ke arah pintu masuk sebelum dia terus membuka pintu itu tanpa ragu-ragu 

Buka sahaja pintu terkejut dia apabila ada seorang gadis berambut pendek memegang sejambak bunga rose ditangannya . Gadis itu memandang Mikayla sebelum dia tersenyum kepada Mikayla 

" Puan Mikayla ke ? " Mikayla mengangguk sahaja 

" Oh ini ada pesanan bunga dari suami Puan " gadis itu menghulurkan bunga itu kepada Mikayla 

Mikayla dengan bingungnnya tetap menyambut bunga itu sebelum dia melihat ke arah satu kad yang terselit di bunga itu . Tanpa dia sedar terbit satu senyuman dibibirnya , dia sebenarnya tidak suka sangat bunga tapi bila suami yang bagi .. 

" Terima kasih " gadis itu senyum kepadanya sebelum beredar masuk ke dalam keretanya semula 

Mikayla menutup pintu rumahnya sebelum dia melihat bunga ros itu . Kad yang terselit di bunga itu diambilnya sebelum dibuka

Jangan marah aku lama-lama budak comot ! Aku sayang kau tau , ingat tu ! 

' aku sayang kau ' rasanya banyak kali dah dia dengar addam kata begitu padanya , benarkan cinta dan sayang lelaki ini benar-benar ikhlas padanya .. 

( gambaran bunga Addam bagi )

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

( gambaran bunga Addam bagi )


.


Addam yang melihat pesanan yang baru dihantar oleh seseorang itu mengukir senyuman nipis dibibirnya . Dia bersyukur kalau Mikayla sukakan bunga yang diberikannya itu .. 

" Aku dah rindu kau Mikayla .. " Addam menyandarkan kepalanya di kerusi kerjanya itu 

Ingat dia tidak kerja ke harini , mestilah kena kerja nanti papanya marah pula tak masuk kerja . 

Laci mejanya ditarik sebelum beberapa keping gambar dibawa keluar dan dilihat satu-persatu . Gambar mereka berdua ketika masih kecil , tidak sangkasekarang mereka boleh berjumpa semula 

Addam tersenyum melihat satu gambar ini dimana mereka duduk bersebelahan dan berpandangan antara satu sama lain dengan Mikayla yang meletak tangan menongkat dagu sendiri . Walaupun mereka tidak senyum didalam gambar itu mereka tetap kelihatan comel ! 

Addam meletak gambar itu di belakang case phone miliknya yang lutsinar itu memandangkan gambar itu kecil sahaja jadi muatlah . Addam tersenyum lagi melihat , comel !

" Addam , jom . Kita kena bergerak sekarang " Addam menganguk sahaja sebelum mengemas barang peribadinya 

Mereka mahu ke Johor atas urusan kerja namun .. kenapa dia berasa tidak sedap hati . Namun Addam tetap mengusir jauh perasaan itu , harapnya semua baik-baik sahaja . 

Broken HeartedTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang