Jesnita terjaga dari lena, badannya terasa lemah. Selepas Ilyas puas dia ditinggalkan begitu saja oleh lelaki itu di ruang tamu ini. Sungguh kejam lelaki itu memperlakukan dia seperti ini. Semua gara-gara wanita bernama Ulya Inarra. Dia tidak akan memaafkan wanita itu sampai bila- bila. Usai mengenakan pakaian pada tubunya, Jesnita mencapai kunci keretanya dan melangkah keluar daripada rumah. Dia perlu melunaskan dendamnya secepat mungkin. Hanya seseorang yang dapat membantunya untuk membalas dendam, dia tidak mahu tunggu lebih lama kali ini dia tekad mahu bertindak lebih kejam. Dia tidak kisah akibatnya kerana melihat Ulya menderita adalah kepuasan hidupnya.

Sebaik memberhenti keretanya di hadapan rumah Hajah Maimunah, Jesnita kelam kabut keluar daripada kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebaik memberhenti keretanya di hadapan rumah Hajah Maimunah, Jesnita kelam kabut keluar daripada kereta. Dia berlari masuk ke dalam rumah lalu menerpa ke arah nenek yang sedang menonton televisyen.

"Nenek!! Tolong Nita, nek." Jesnita menangis teresak-esak sambil memeluk erat tubuh Hajah Maimunah.

"Kenapa ni? Bibir ni kenapa lebam?" Tanya Hajah Maimunah gelisah melihat bibir dan wajah Jesnita yang penuh dengan lebam.

"Semua Yaya punya pasal, dia contact Ilyas lagi, nek. Nita nampak diaorang chat berdua bersayang-sayang, disebabkan dia Ilyas sanggup pukul Nita. Kita kena buat hidup dia sengsara nek. Tak pasal nanti Nita jadi janda." Ujar Jesnita mereka-reka cerita supaya nenek lebih marah pada Ulya dan rancangan dia menghancurkan hidup akan menjadi semakin mudah.

Hajah Maimunah mendengus kasar mendengar kata-kata Jesnita.

" Tak guna punya anak haram, dah ada suami pun nak ganggu suami orang lagi. Tak padan dengan dengan cacat ada hati nak curang. Aku pantang betul dengar orang curang ni." Marah Hajah Maimunah sambil mundar mandir di ruang tamu.  Hatinya tidak tenang apabila Ulya mula bertindak mahu menghancurkan rumah tangga Jesnita.

"Dia memang tak guna nek, dia chat dengan Ilyas bersayang darling. Dia siap hasut Ilyas tinggalkan Nita, dia tahukan Nita tengah mengandung. Sampai hati dia nak pisahkan bapa dengan anak. Kita kena buat sesuatu nek, kita tak boleh biarkan dia hidup bahagia kalau dia hidup happy macam ni la senang dia nak rampas Ilyas dari Nita. Nampak sangat dia berkahwin dengan Isa sebab harta bukan sebab cinta." Kata Jesnita sengaja menyimbah minyak di dalam api kemarahan Hajah Maimunah.

Semakin memuncak api kemarahan Hajah Maimunah saat mendengar kata Jesnita. Dia tidak akan membiarkan rancangan Ulya berjaya. Mundar mandir Hajah Maimunah sambil mengurut dadanya supaya perasaan marahnya dapat dikawal kalau tidak penyakit darah tinggi pasti akan datang menyerangnya.

"Kita kena buat sesuatu, kita kena fikit cara nak hancurkan rumah tangga Yaya dan membuat semua orang membenci dia. Biar seorang pun dekat bumi ni tak boleh nak terima dia dan buang dia sejauhnya. Masa tu nenek nak tengok dia meraung, meratap dibenci oleh semua orang." Kata Hajah Maimunah dengan rasa penuh kebencian terhadap Ulya Inarra. Jika boleh dia tidak mahu melihat perempuan itu di dunia ini kerana kebenciannya terhadap Ulya memandang terlalu dalam.

ISANARRA (C)Where stories live. Discover now