"Dia tak akan gigit abang sebab dia manja dengan abang. Abang sayang sangat dengan Aldo." Tambah Isa lagi, dia mengukir senyuman sendirian mengenangkan binatang peliharaan yang terlalu manja mengalahkan kucing siam.

Ulya mengetap bibir melihat Isa tersenyum apabila bercerita tentang Aldo.

" Aldo je? Habis tu Narra ni macam mana?" Tanya Ulya dengan nada suara tidak puas hati.

Bekerut dahi Isa mendengar kata-kata Ulya.

"Ha? Kenapa dengan sayang?"

"Abang kata sayang Aldo, habis tu Narra ni macam mana? Tak akan la abang sayang Aldo lebih dari Narra? Tak adilnya." Kata Ulya semakin tidak puas hati sambil menyilang tangan di dada tanda protes.

Tersembur ketawa Isa ketika mendengar kata-kata Ulya. Aduhai, tidak sangka pula Ulya cemburu dengan Aldo. Isa mengelus jari jemarinya dengan jari jemari Ulya lalu dia bawa mendekati bibirnya.

"Sayang, Aldo tu binatang je but you're my everything. Tiada yang boleh mengganti sayang di dalam hati abang, I love you, mia regina." Kata Isa sambil mengenyit mata pada Ulya, jari jemari mereka masih bertaut erat..

Ulya mengukir senyuman mendengar kata-kata Isa, kepalanya disandarkan pada lengan suaminya.

"I love you to, my king." Balas Ulya manja sambil mencium pipi Isa, kemudian ciumannya ke bahu suaminya. Dia dah jatuh cinta dengan bau minyak wangi ini, jiwa terasa tenang saat menghidunya.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu yang menarik perhatiannya selain Aldo.

"Abang, nombor plate kereta abang ni unik la. UU 156, apa maksudnya?" Ulya mula perasan nombor plate kereta ini yang unik sejak keluar daripada hotel, ingin bertanya tetapi banyak hal berlaku menyebabkan dia lupa. Alang-alang sudah teringat baik dia bertanya terus kepada Isa kerana dia yakin pasti ada makna yang tersembunyi.

"Sayang nak tahu ke?"

"Nak la, why?"

"Tak takut menyesal?"

Berkerut dahi Ulya mendengar kata-kata Isa.

"Kenapa nak menyesal?" Tanya Ulya hairan.

"Sebab nombor plate kereta ni istimewa sangat,bila abang dapat je kereta ni abang terus beli nombor tu semperna nama seseorang yang abang sayang. Betul ke sayang nak tahu ni?" Tanya Isa lagi sengaja mahu menyakat isterinya.

Ulya mengetap bibir mendengar kata-kata Isa, siapa pula la yang Isa sayang sebelumnya? Kata 12 tahun menunggu dirinya, tetapi abadikan nama orang lain pada kereta kesayanganya.

"Hmm.. tak nak tahu la." Balas Ulya sambil berpaling ke arah lain, dia berasa ingin menangis saat ini.

"UU 156 maksudnya Ulya Untuk Isa. Abang beli nombor plate ni sempena nama sayang dan abang. Walaupun 12 tahun kita tidak berjumpa dan sayang tak pernah tahu perasaan abang pada sayang, nama sayang sentiasa di dalam hati abang. Hanya sayang tiada orang lain." Kata Isa bisik di telinga Ulya kemudian dia mencium pipinya.

Ulya menoleh memandang Isa, sebak perasaannya mendengar kata-kata Isa. Dia mencapai tangannya lalu dicium dengan penuh rasa cinta. Dia tidak sangka Isa setia mencintainya walaupun 12 tahun mereka tidak bertemu.

"Thanks abang sebab terima Narra seadanya." Seribu kali ucap pun dia tidak akan puas kerana bukan mudah untuk dia temui lelaki yang sanggup menerima perempuan yang berstatus anak luar nikah dan cacat seperti dirinya.

"Kekurangan sayang bukan satu kelemahan tetapi pelengkap kekurangan abang. So, jangan terlalu fikir tentang tu kerana abang akan tetap di sini bersama sayang." Balas Isa di selangi kucupan pada dahi Ulya, dia tidak mahu isterinya ini terlalu banyak fikir tentang hal itu kerana risau akan menganggu emosinya. Dia yakin mereka mampu bahagia walaupun masing-masing mempunyai banyak kekurangan kerana itu bukan lah penghalang utama.

 Dia yakin mereka mampu bahagia walaupun masing-masing mempunyai banyak kekurangan kerana itu bukan lah penghalang utama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Isa memandu masuk keretanya ke perkarangan rumah banglo Hajah Maimunah. Sebaik sahaja memberhentikan kereta di dalam parking yang telah disediakan Isa mematikan enjin keretanya.

"Sayang?" Panggil Isa manja.

Ulya menoleh tiba-tiba satu kucupan hinggap dibibirnya. Dia tergamam seketika, lama dia memandang wajah Isa.

"Abang.. Jangan la macam ni, nanti ada orang nampak macam mana?" Merengek Ulya sambil memukul manja dada Isa.

"Biar la orang nampak yang penting abang bahagia dengan ratu hati abang." Balas Isa sambil melagakan hujung hidungnya dengan hujung hidung Ulya.

Ulya mengukir senyuman mendengar kata-kata Isa, dia mengusap lembut pipinya. Lalu dia mencium lama bibir suaminya ini, kali ini dia pula yang bertindak terlebih dahulu.

Jesnita yang baru saja melangkah keluar daripada rumah terkejut melihat adegan romantik di dalam kereta Bugatti yang diparking di hadapan rumah ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jesnita yang baru saja melangkah keluar daripada rumah terkejut melihat adegan romantik di dalam kereta Bugatti yang diparking di hadapan rumah ini. Turun naik nafasnya saat melihat aksi mesra Ulya dan Isa, kenapa perempuan itu selalu beruntung memiliki apa yang dia impikan? Dia mahukan suami kaya dan romantik seperti Isa tetapi Ulya juga yang memilikinya.

"Oi! Kau tercegat apa dekat sini? Aku nak air kan?" Ilyas menepuk belakang Jesnita yang sedang berdiri di muka pintu.

"Bie, boleh tak cakap tu lembut sikit. Sayang nak pergi ambil air la ni." Merungut Jesnita geram dengan Ilyas yang tidak pernah mahu bercakap lembut dengannya.

"Kau ni siapa nak suruh aku cakap lembut-lembut dengan kau? Isteri murahan macam kau tak layak la dilayan baik." Balas Ilyas nada suara kasar sambil mencengkam belakang leher Jesnita.

"Sakit la bie. Kita berkahwin bukan terpaksa tau, bie juga rela nak berkahwin dengan sayang lepas beberapa kali kita terlanjur. Video ugutan tu sebab bie nak melarikan diri tak nak berkahwin dengan sayang." Balas Jesnita geram apabila dipanggil isteri murahan, kenapa dia saja sering dipersalahkan di atas apa yang terjadi.

"Pandai kau menjawabkan, nasib dekat rumah nenek kalau tak dah lama aku hentak kau dekat pintu. Aku akan pastikan Ulya tu jadi milik aku balik dan lepas tu akan tinggalkan kau untuk selamanya." Ugut Ilyas sambil memukul kuat belakang Jesnita, sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah. Padanya Jesnita la punca dia kehilangan Ulya, jika tidak Jesnita menggodanya pasti mereka tidak akan tersasar hingga ke ranjang dan kerana itu mereka perlu berkahwin.

Jesnita menahan kesakitan di  belakangnya akibat dipukul oleh Ilyas, jika bukan kerana cinta dan anak yang sedang dikandung ini pasti dia sudah meninggalkan lelaki itu. Dia kembali memandang ke arah dalam kereta Bugatti itu, perasaan cemburunya semakin membuak-buak apabila melihat Isa membelai dan mencium Ulya.

"Aku bersumpah kebahagiaan kau tak akan lama, Ulya. Macam mana aku sengsara sekarang ni, macam tu la aku nak kau rasa." Kata Jesnita sendirian sambil merenung tajam ke arah Isa dan Ulya yang sedang bermesra di dalam kereta. Kebenciannya terhadap Ulya sudah sampai ke puncak dan dia nekad untuk membuat hidup perempuan itu menderita.

ISANARRA (C)Where stories live. Discover now