"Terima kasih awak sebab terima saya seadanya." Ulya mengucup lama pipi Isa.

"Eh dia cium abang la, kalau macam ni kena panggil abang la." Isa mencium leher Ulya sambil geletek pinggang isterinya.

"Geli la!" Jerit Ulya sambil ketawa.

"Panggil abang dulu baru abang lepas. Cakap I love you abang." Kata Isa sambil jari jemari galak geletek pinggang Ulya.

Ulya ketawa terbahak-bahak apabila Isa mengusik bahagian sensitifnya.

"I love you, abang." Ucap Ulya kemudian dia mengucup bibir Isa. Tangannya merangkul leher suaminya, lama bibir mereka bertaut.

Ting! Bunyi loceng bilik mengejutkan mereka yang sedang melayan keasyikan ciuman indah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ting! Bunyi loceng bilik mengejutkan mereka yang sedang melayan keasyikan ciuman indah.

"Siapa tu?" Tanya Ulya hairan.

"Sarapan kita dah sampai, abang ada something yang special untuk sayang." Isa mendukung Ulya dan meletak isterinya di atas katil ,kemudian dia melangkah ke pintu untuk mengambil makanan yang telah dia pesan.

Ulya menyidai telekung di tempat yang telah disediakan dan melangkah menuju ke ruang dapur untuk melihat apa yang sedang Isa lakukan.

"Banyaknya abang order? Siapa nak makan ni?" Tanya Ulya terkejut melihat meja makan dipenuhi dengan pebagai jenis makanan, nasi lemak, bihun goreng, english breakfast dan kuih muih.

"Ini la yang special tu, abang order semua ni untuk sayang, abang tak tahu sayang nak makan apa jadi abang order semua jenis breakfast yang ada dekat hotel ni. Jom makan sayang." Ajak Isa sambil duduk diatas kerusi di meja makan ini dan dia menarik Ulya duduk di atas ribanya.

Ulya terkejut dengan perbuatan Isa ini, kata ajak makan tetapi kenapa tarik dia duduk di atas riba?

"Kenapa abang? Nak apa-apa ke?" Tanya Ulya hairan.

"Nak ajak sayang makan la, sayang makan duduk atas riba abang la. Biar abang suap sayang, cakap je sayang nak makan apa, abang suap kan." Kata Isa dengan nada suara romantik.

Ulya ketawa mendengar kata-kata Isa, aduhai suaminya ini memang terlebih gula hari ini.

"Saya boleh makan sendiri la, tak payah la bersuap.Nanti abang tak selesa pula nak makan."

"Tak selesa abang tu bila sayang jauh dari abang, sekarang ni sayang dekat dengan abang. So, abang rasa bahagia." Balas Isa sambil mengenyit mata kepada Ulya.

Ulya mengeluh mendengar kata-kata Isa, jika ini yang suaminya minta akan dia turutkan saja.

"Ermm.. saya nak makan english breakfast, boleh?"

"Boleh sayang, apa pun sayang minta semuanya boleh." Isa mengambil sarapan english breakfast itu dan diletakkan dihadapannya.

"Bismillah.." Isa menyuapi makanan ke dalam mulut Ulya, jari jemarinya mengelap di tepi bibirnya. Kemudian mengguna garpu yang sama dia menyuap makanan ke dalam mulutnya. Sepotong kek coklat menarik perhatiannya, Isa menikmatinya dengan selera.

Ulya mengukir senyuman melihat Isa makan kek dengan sangat berselera.

"Abang, suka makan kek?"

"Yeah, but I like you more, sayang." Balas Isa manja, kemudian dia mengucup pipi Ulya.

Ulya mengeluh mendengar jawapan Isa, ada saja jawapan yang romantik yang akan diberi Isa kepadanya.

Isa menyuapi lagi makanan ke dalam mulut Ulya, sesekali dia mengucup pipi dan bibir isterinya.

"Abang, pernah cakap sesuatu dengan saya 12 tahun lepas kan? Apa maksud dia?"

"Owh..ingat lagi pasal tu. Sayang nak tahu ke?"

"Nak la tu bahasa apa?"

"Itali,abang kan ada darah Itali sebab tu handsome." Kata Isa sambil ketawa.

Ulya jeling mendengar kata-kata Isa, masuk bakul angkat sendiri la tu, tetapi Isa memang mempunyai rupa paras yang menarik.

"Cepat la apa maksudnya." Ulya tidak sabar mahu tahu apa maksud kata-kata itu.

"Se ci rivedremo mi prenderò cura di te, mia regina. Maksudnya ialah Kalau kita jumpa lagi saya akan jaga awak, ratu ku. Sebab tu la abang akan sentiasa melindungi sayang walau apapun terjadi." Kata Isa bersungguh-sungguh sambil mencium belakang tangan Ulya.

"I love you, mia regina." Ucap Isa dengan nada suara romantik.

"Mia regina?"

"Maksudnya ratu ku. Sayang kan ratu hati abang." Isa mencuit hujung hidung Ulya.

Ulya berasa diawangan ketika mendengar kata-kata Isa tetapi apabila teringat tentang bonda dan kakak Irma perasaan takut menyelubunginya.

"Abang, bonda tahu pasal saya ke? Mesti bonda tak tahu kan? Kalau bonda tahu mesti dia tak boleh terima saya kan? Saya tak nak disebabkan saya, abang bergaduh dengan bonda." Ujar Ulya mula gelisah memikirkan jika segala kekurangan dan kelemahan diketahui oleh keluarga Isa, sampai bila mereka mampu menyembunyikan perkara ini.

Isa meletak jari terlunjuknya pada bibir Ulya dan mengusap lembut pipi isterinya.

"Sayang, abang tak nak orang lain tahu kekurangan dan kelemahan sayang kerana ini salah satu aib sayang. Selagi abang mampu melindungi dan menutup aib sayang,abang akan lakukan sebaiknya. Pasal kalau bonda tahu tu, abang akan pujuk sampai bonda mampu terima sayang dan abang nak kita hadapi sama-sama setiap ujian yang mendatang.Kita menangis dan gembira bersama ya,sayang." Kata Isa meyakinkan Ulya yang dia akan melindungi dan menutup aibnya agar Ulya tidak caci dan dihina kerana perkara itu akan menyakitkan perasaannya.

Ulya lega mendengar kata-kata Isa walaupun hakikatnya perasaan risau itu tetap ada.

"Abang nak minum air? Saya ambil kan." Kat Ulya Ingin bangun tetapi Isa menarik Ulya duduk kembali atas ribanya.

"Sayang duduk sini, biar abang pergi ambil. Mia regina duduk sini biar your king pergi ambilkan air. Sayang nak coffee? Abang buat kan ya?" Kata Isa sambil mendukung Ulya dan meletaknya diatas kerusi sempat Isa mengenyit mata padanya.

Ulya melepaskan keluhan melihat sikap Isa yang terlalu romantik ini. Macam mana la kalau suaminya ini sudah mula bertugas nanti mesti di akan merinduinya. Ulya memerhati Isa yang sedang membancuh coffee di dapur.

Isa mengukir senyuman sambil membawa secawan coffee untuk Ulya.

"Coffee for mia regina."

"Sayang, sebelum kita balik kampung. Abang nak ajak sayang singgah zoo abang. Nak kenalkan sayang dengan Aldo."

Terkejut Ulya apabila mendengar kata-kata Isa, suaminya ada zoo?

"Abang ada zoo? Banyaknya duit abang and siapa Aldo?" Tanya Ulya berminat dengan nama Aldo.

Isa ketawa mendengar kata-kata Ulya.

"Tak ada lah mana ada kaya, tu hadiah arwah ayah untuk abang. Aldo tu kucing, kucing manja." Kata Isa menahan tawa, kalau la isterinya tahu Aldo tu seekor singa mesti dia tidak akan mahu ke sana.

"Kucing? Mesti comel kan? Saya nak peluk, pegang, dukung dia boleh kan? Pet abang ke?" Tanya Ulya teruja, dia sangat suka kucing tetapi tiada peluang membela si bulus comel itu.

"Comel sangat, sayang nak peluk dia lama-lama pun boleh. Abang dah jaga dia sejak baby, tu la binatang kesayangan abang. Sayang pula wanita kesayangan abang." Satu kucupan hinggap di kepala Ulya, Isa cuba menahan tawa daripada tersembur apabila teringat kata-kata Ulya mahu memeluk dan dukung Aldo. Pasti wanita ini akan mengamuk jika sudah tahu siapa Aldo yang sebenarnya. Nampaknya akan ada orang merajuk la sekejap lagi, dia kena siap siaga hadapi apa saja serangan daripada Ulya kerana baginya Ulya lagi garang daripada singa tetapi inilah wanita yang paling dia sayang dan cintai.

ISANARRA (C)Where stories live. Discover now