"Stop, Isa." Tegas Ulya.

"Will never stop." Balas Isa tenang.

"Apa masalah awak ni? Saya tak nak berkahwin dengan awak la!" Marah Ulya.

"Tapi aku nak." Balas Isa lagi nada suaranya semakin tenang.

"Saya tak tahu nak cakap apa dengan awak supaya awak faham yang saya tak nak kahwin dengan awak sebab saya tahu niat awak nak berkahwin dengan saya sebab kasihan dan sebab awak tak nak membazir kan? Lepas kahwin confirm awak akan sia-siakan saya. Saya dah tahu la semua permainan awak!" Puas hati Ulya dapat meluahkan rasa di dalam hati. Dia harap lelaki ini jelas dan tidak memaksanya lagi. Lelaki itu ingat dia tidak tahu ke rancangan sebenarnya.

Kedengaran tawa Isa di hujung talian.

"Jauh sangat imaginasi tu. No matter what you say, I still want to marry you." Nada suara Isa lebih romantik kali ini.

Membuatkan Ulya terpaku seketika lalu dia mematikan talian, dia berasa geram mendengar kata-kata Isa, apa lelaki ni hendak daripada dia sebenarnya? Apakah niat sebenar Isa? Tidak kisah la apa pun niat sebenar lelaki itu dia tetap tidak mahu berkahwin dengannya. Muktamad.

Isa mengukir senyuman apabila Ulya tiba-tiba mematikan talian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Isa mengukir senyuman apabila Ulya tiba-tiba mematikan talian. Bila la agaknya kemarahan wanita itu akan reda, nampaknya semakin menjadi-jadi marahnya, dia sangat berharap segala urusan pernikahannya berjalan dengan lancar kerana usai saja nikah dia ingin membongkar satu rahsia kepada Ulya. Rahsia yang tersimpan rapi sejak bertahun lamanya.

Isa termenung memandang bangunan pangkalan tentera udara di hadapannya, ada tanggungjawab yang perlu dia laksanakan. Isa melangkah keluar daripada kereta untuk memulakan tugas.

Menjadi rutin Isa untuk melihat keadaan pesawat kesayangannya sebaik sahaja dia menukar pakaian kepada military flight suit. Isa melangkah mendekati Laftenan Hariz seorang jurutera pesawat, tugasnya ialah dia memastikan semua pesawat berfungsi dengan baik. Hariz sedang memeriksa keadaan pesawat FA-50 yang selalu di pandu oleh Isa.

Hariz memberi tabik hormat apabila melihat Isa berdiri di hadapannya sambil menyentuh badan pesawat ini.

"Tornado macam mana? Okay?" Tanya Isa menggelar pesawat kegemarannya dengan nama Tornado. Dia berjalan mengelilingi pesawat tempur sambil memeriksa keadaan luaran badan pesawat ini.

"Alhamdulillah semua keadan baik, Tuan. Inilah pesawat paling baik pernah saya jumpa, tak banyak masalah. Tuan, tengok tu kesian saya tengok Storm tu, dari tadi berjalan dekat jet tu, mesti dia sedih sebab kena gantung daripada flight." Kata Hariz menunjuk ke arah Adib menggunakan muncungnya. Dia mula la hendak membuka kelab gosip apabila berjumpa dengan Isa kerana lelaki ini selalu saja layan jika dia bercerita.

Isa menoleh memandang ke arah Adib, dia baru saja menerima berita itu. Kenapa la sahabatnya itu melakukan sesuatu yang melanggar SOP penerbangan. Dia mendekati Adib yang sedang termenung sambil memegang badan pesawat.

ISANARRA (C)Where stories live. Discover now