Menitis air mata Ulya saat mendengar kata-kata Dr.Hana. Ya Allah, apa lagi dugaan yang harus dia tempuh ni? Kenapa berat sangat dugaan ini?

"Kalau rahim dah buang? Saya tak boleh mengandung sampai bila-bila, kan doktor? Saya akan cacat kan doktor" Tanya Ulya sebak, pada saat ini air matanya laju membasahi pipi.

Dr. Hana sebak mendengar kata-kata Ulya, dia cuba menahan air mata daripada mengalir di hadapan wanita ini.

"Walaupun awak tak boleh mengandung, kesakitan awak ni dah tak ada, awak ni boleh terus hidup macam biasa seperti beriadah, berkahwin.."

"Berkahwin? mana ada lelaki nak perempuan macam saya ni? Tiada lelaki di dalam dunia ini menginginkan perempuan macam saya yang cacat ni.' Teresak-esak Ulya menangis mengenangkan nasib dirinya.

"Saya harap awak tabah dan kuat hadapi dugaan ni, hanya ini cara terbaik untuk merawat penyakit awak. Pembedahan akan dimulakan sebentar lagi, semoga segalanya berjalan lancar." Kata Dr.Hana sambil meneliti laporan kesihatan Ulya, dia tahu memang sukar untuk menerima keadaan yang sudah tidak normal tetapi hanya ini cara yang terbaik untuk meneruskan kehidupan untuk masa akan datang.

Ulya menangis mengenangkan diri serba kekurangan ini, tiba-tiba wajah Isa menerjah di dalam fikirannya. Dia yakin lelaki itu pasti akan meninggalkannya, mana ada lelaki mahu menerima keadaannya seperti ini, dia sangat yakin tentang itu.

Katil Ulya di tolak keluar daripada Zon Merah, Isa yang  dari tadi setia menunggu di situ turut membantu pertugas hospital menolak katil Ulya menuju ke bilik bedah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Katil Ulya di tolak keluar daripada Zon Merah, Isa yang dari tadi setia menunggu di situ turut membantu pertugas hospital menolak katil Ulya menuju ke bilik bedah.

Ulya terkejut melihat susuk tubuh Isa sedang menolak katilnya, dia memandang sayu wajah Isa yang sedang berdiri di sisi katilnya.

Isa yang dari tadi memandang arah depan, pelahan-ahan mengalih pandangan memandang ke arah Ulya, mata mereka bertemu. isa tundukkan sedikit tubuhnya dan mendekatkan bibirnya di telinga Ulya.

"Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman.(Semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya.)" Bisik Isa mendoakan Ulya diberikan kesembuhan.

Ulya tergamam mendengar kata-kata Isa dia tidak tahu apa maksudnya tetapi dia tahu itu satu doa. Jarak antara dia dan Isa semakin jauh kerana lelaki itu tidak dibenarkan mengikut sehingga ke dalam dewan bedah. Semakin lama Isa semakin hilang daripada pandangan Ulya Inarra.

 Semakin lama Isa semakin hilang daripada pandangan Ulya Inarra

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ISANARRA (C)Where stories live. Discover now