Isa memandu laju Bugatti Chiron miliknya menuju ke Vill Astana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Isa memandu laju Bugatti Chiron miliknya menuju ke Vill Astana. Segala urusan dia perlu selesaikan hari ini kerana esok dia akan berangkat ke Bosnia selama lima  bulan kerana dia perlu menyertai satu misi keamanan di sana. Sebaik sahaja keretanya berhenti dihadapan pagar utama Villa Astana, pintu pagar itu terbuka luas maka tersegam sebuah rumah mewah empat tingkat yang berwarna putih. Bugatti chiron di pandu masuk ke dalam parking bawah tanah yang dicipta khas untuk kereta ini.

Isa melangkah keluar daripada kereta dan melangkah menuju ke lif. Dia menekan punat yang ada pada lif ini dan lif ini mula bergerak naik ke tingkat satu rumah banglo mewah ini. Dia mengukir senyuman melihat bag kertas yang sedang dia pegang ini, tidak sabar dia mahu melihat reaksi bonda sebentar lagi.

"Papa Is!" Sebaik Isa melangkah keluar daripada lif tiba-tiba saja seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun menerpa ke arahnya

"How are you, my muffin? Bila balik sini?" Tanya Isa sambil mendukung Tengku Alaysha anak tunggal Irma dan Danial. Si comel ini di hantar ke rumah ibubapa Danial setiap kali cuti sekolah yang panjang.

"I'm fine, thank you. My teacher said if someone asks about yourself, please say thank you. Petang tadi, daddy ambil Cha dekat rumah Tok Ki. Papa Is, why do you look so handsome?" Isa ketawa mendengar pertanyaan Alaysha dia mendukung anak saudaranya ini menuju ke ruang makan kerana dia mendengar suara bonda sedang berbual dari arah sana.

"Papa Is handsome sebab Tok Mi cantik." Kata Isa sambil mengenyit mata ke arah bonda yang sedang menjamu selera.

Tengku Khalida menggeleng kepala mendengar kata-kata Isa.

"Isa, duduk sini makan sekali. Kak Ila ada masak your favorite, Nasi Ayam." Ajak Tengku Khalida sambil menunjuk ke arah makanan yang terhidang di atas meja makan.

Isa mengukir senyuman apabila mendengar tentang makanan kegemarannya.

"Cha, kenapa tak masuk bilik lagi?" Tanya Irma dengan nada suara serius apabila melihat Isa sedang mendukung Alaysha.

"Cha nak masuk bilik tapi Cha ternampak Papa Is dekat depan lif." Balas Alaysha pelahan takut melihat renungan tajam mummy dia.

"Pergi masuk bilik sekarang." Arah Irma dengan nada suara tegas, dia tahu jika Alaysha bersama Isa pasti anak dia akan mengada-ngada lebih.

"Cha masuk bilik, nanti Papa Is datang bacakan story." Kata Isa kepada Alaysha sambil menurunkan si comel ini.

"Okay papa Is." Balas Alaysha nada suara riang sebelum berlari keluar daripada ruang dapur ini.

"Kak kau tak payah la nak garang sangat, kau bukan selalu jaga dia." Sindir Isa sambil duduk di atas kerusi berhadapan dengan Irma,sempat Isa mengerling ke arah Danial yang sedang menjamu selera di sebelah kakaknya.

ISANARRA (C)Where stories live. Discover now