"Aku akan ikut syarat kau tetapi kau kena sediakan duit untuk aku saja RM10,000 tunai, kalau tidak aku tak jamin untuk menyimpan rahsia Ulya." Ugut Hajah Maimunah, dia mahu lihat sejauh mana lelaki ini sanggup berkorban untuk Ulya.

Ulya dan Encik Daud menggeleng kepala mendengar kata-kata Hajah Maimunah, kenapa la wanita ini tamak dengan wang ringgit.

Isa mengukir senyuman sinis sambil menyilang tangan di dada saat mendengar kata-kata Hajah Maimunah, dasar wanita mata duitan.

"Opah, apa la sangat RM10,000 tu, saya petik jari duit tu boleh muncul sekarang, bukan setakat RM10,000 tetapi lebih pun saya boleh sediakan tetapi kalau lebih RM10,000 bukan untuk opah la." Balas Isa sinis, puas hatinya dapat membuat wanita tua ini terdiam kaku seperti itu.

Hajah Maimunah terkedu mendengar jawapan Isa, lelaki ini memang kaya dan sanggup buat apa saja untuk Ulya, bertuah sungguh hidup Ulya kali ini, kalau Jesnita tahu pasti mengamuk wanita itu kerana Ulya memiliki lelaki yang lebih baik daripada Ilyas.

"Pakcik, saya minta diri dulu. Esok keluarga saya datang meminang Ulya, mungkin tengahari. Pakcik tidak perlu sedia kan apa-apa kerana saya yang akan menyediakan semuanya." Kata Isa sambil bersalaman dengan Encik Daud.

"Yela, pakcik terima apa saja keputusan kamu. Terima kasih kerana sudi berkahwin dengan Ulya." Selepas bersalaman dengan Encik Daud, Isa menyusun langkah mahu meninggalkan rumah Hajah Maimunah ini.

Ulya kelam-kabut bangun dan mengejar Isa yang sedang berjalan menuju ke keretanya, dia mahu mendapatkan penjelasan daripada lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ulya kelam-kabut bangun dan mengejar Isa yang sedang berjalan menuju ke keretanya, dia mahu mendapatkan penjelasan daripada lelaki itu.

"Awak?! Awak?!" Panggil Ulya sambil berjalan laju mengejar Isa.

Isa mendengus kasar saat mendengar Ulya memanggilnya, dia berhenti berjalan dan menoleh memandang Ulya.

" Kau nak apa?"

"Kenapa awak nak kahwin dengan saya?" Tanya Ulya ingin perjelasan daripada Isa.

"Kau tak payah nak banyak tanya, kau sepatutnya bersyukur kerana aku nak tolong kau dari berkahwin dengan duda anak satu. Lagi satu, ayah kau dah setuju. So, kau setuju je la."

"Awak kasihan dengan saya je kan?"

"So, kalau aku kasihan apa masalahnya? Aku ni masih tak puas hati lagi dengan kau, sebab bagi aku kau ni ada kaitan dengan kematian adik aku. Aku tak nak kau lari adalah salah satu sebab aku nak berkahwin dengan kau, so kau jangan cuba nak melarikan diri. Kalau kau melarikan aku humban kau ke dalam penjara." Ujar Isa dengan nada suara agak tinggi sambil merenung tajam ke arah Ulya.

"Saya tak bunuh adik awak la, kenapa awak kejam sangat dengan saya?" Tanya Ulya sebak, kenapa dia mesti di tuduh atas perbuatan yang dia tidak lakukan?

"Kalau aku kejam, dah lama aku humban kau dekat dalam penjara tu. Kenapa? Kau banyak tanya? Kau nak kahwin dengan duda tu je? Tak apa la kahwin la dengan duda tu, lepas tu aku humban kau dalam penjara." Balas Isa geram dengan sikap Ulya yang tidak pandai bersyukur ini.

"Bukan macam tu. Saya tak sesuai dengan awak. Awak, saya ni kan anak..." Ulya tidak mampu meneruskan kata-katanya kerana perkataan itu sangat menyeksa jiwanya.

"Kau anak apa? Anak ayam? Anak kambing? Anak panda? Itu bukan masalah aku, tu masalah kau." Balas Isa dengan nada suara agak kasar, dia tidak faham kenapa perempuan ini masih mempersoalkan lagi tentang hal itu, sepatutnya dia bersyukur ada manusia yang menyelamatkannya dari situasi ngeri tadi.

"Keluarga awk boleh ke terima saya ni?" Ulya risau jika keluarga Isa memandang serong pada dirinya yang serba kekurangan ini.

"Kau tak payah sibuk la nk tahu, tu masalah aku, pandai-pandai la aku uruskan sendiri." Kata Isa sambil membuka pintu kereta.

"Awak, Terima kasih sebab selamatkan saya daripada berkahwin dengan duda tu.

"Kau ingat, aku nak sangat ke buat semua ni? Aku buat ni sebab aku tak nak kau melarikan diri. Kau jangan nak perasan lebih." Kata sinis Isa sambil melangkah masuk ke dalam kereta, tidak lama kemudian dia memulakan pemanduannya meninggalkan perkarangan rumah Hajah Maimunah.

Ulya melepaskan keluhan mengenangkan sikap Isa yang kasar dan garang itu. Walaupun dia ada perasaan pada lelaki itu tetapi dia tidak mahu bersuamikan lelaki yang garang sepertinya tetapi dia terpaksa menerima lamaran Isa kerana dia tidak mahu berkahwin dengan doktor pilihan nenek. Doktor itu sudah 3 kali berkahwin, dengar cerita bercerai kerana dia seorang panas baran. Isa boleh tahan panas baran juga tetapi sekurangnya dia berasa selamat saat berada disisinya.

Ulya redha apa yang berlaku di dalam hidupnya ini kerana pasti ada hikmah yang dia tidak ketahui, sesungguhnya Allah tahu apa yang dia tidak tahu. Ulya menyusun langkah masuk ke dalam rumah nenek, dia ingin berehat dan menenangkan fikiran. Walaupun nenek membencinya tetapi wanita itu ada menyediakan sebuah bilik untuk dia, walaupun kecil tetapi selesa untuk dia berehat.

 Walaupun nenek membencinya tetapi wanita itu ada menyediakan sebuah bilik untuk dia, walaupun kecil tetapi selesa untuk dia berehat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jesnita memandu keretanya memasuki perkarangan rumah banglo Hajah Maimunah. Kereta jenama Bugatti yang baru saja bergerak keluar daripada kawasan rumah nenek menarik perhatian Jesnita. Siapa pula yang datang ke rumah nenek dengan menaiki kereta mewah itu? Dia kelam kabut melangkah keluar daripada keretanya dan berlari anak masuk ke dalam rumah nenek.

"Nenek? Nenek?" Panggil Jesnita sambil menyusun langkah menaiki anak tangga menuju ke bilik neneknya di tingkat dua rumah banglo ini.

"Nenek, buat apa tu?" Tanya Jesnita sebaik saja melangkah masuk ke dalam bilik neneknya.

"Cari baju cantik, esok ada orang kaya nak datang meminang Ulya." Kata Hajah Maimunah sambil memunggah baju di dalam almarinya.

Terkejut Jesnita mendengar kata-kata nenek, lelaki kaya mana pula ingin meminang Ulya?

"Siapa? Kaya sangat ke? Dia tahu ke pasal diri Ulya?" Tanya Jesnita gelisah, kalau Ulya dapat lelaki lagi kaya daripadanya mesti nenek akan lebih menyayangi Ulya.

"Nama dia Tengku Isa Ethan, handsome macam mat salleh.Kacukan agaknya, dia ada pasaraya besar. Dia tahu pasal Ulya, untungnya Ulya tu walaupun anak haram." Kata Hajah Maimunah teruja, dia sebenarnya tidak sabar mahu menerima duit daripada Isa. Kaya cepat la dia kalau Isa menjadi cucu menantunya.

Bulat mata Jesnita mendengar kata-kata nenek, nama itulah yang menjadi sebutan di pejabatnya kerana rupa paras lelaki itu yang menarik. Tidak sangka Ulya memiliki lelaki 100 kali lebih baik daripada Ilyas. Jadi, yang menaiki Bugatti tadi itu adalah Tengku Isa Ethan? Tidak sangka Ulya memang mengenali seseorang yang memiliki kereta mewah.

"Nenek bagi la diaorang kahwin?" Tanya Jesnita gelisah.

"Kenapa pula tak bagi? lelaki itu nak bagi nenek RM10000 tau. Harapkan Ilyas? Kedekut." Sindir Hajah Maimunah kurang berkenan dengan sikap kedekut Ilyas. Harap saja kaya tetapi hendak sedekah kepadanya RM1000 pun tidak mampu.

Jesnita mengetap bibir mendengar kata-kata nenek, dasar orang tua mata duitan. Jumpa yang baru lagi kaya, cucu menantu lama di kutuk sesuka hati. Dia tidak boleh membiarkan Ulya bahagia, sepupunya itu tidak boleh lebih apa pun daripada dia.

Tengku Isa Ethan? Lelaki itu terlalu sempurna untuk Ulya, gadis itu tidak layak untuknya. Dia tidak boleh membiarkan kebahagiaan menjadi milik Ulya Inarra. Jesnita tekad mahu membuat hidup Ulya terus sengsara.

ISANARRA (C)Where stories live. Discover now