"Abah, tak marah Ilyas ke?"

"Abah marah la sebab sakitkan hati anak abah tetapi abah hanya mampu marah je, selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT. Jom balik makan, abaikan mereka berdua tu." Kata Encik Daud, dia tidak mahu Ulya terlalu memikirkan hal ini kerana nanti hatinya akan bertambah terluka.

"Abah mesti malu kan pernikahan kakak tak jadi, Ilyas tuduh akak bukan-bukan. Mesti orang ingat akak ni perempuan jahat sebab tu tunang lari." Tangisan Ulya semakin menjadi-jadi, dia tidak mahu kerana dia abah yang akan menanggung malu dan mendengar caci maki orang kampung.

"Jangan la risau pasal tu, pandai la abah settle kan. Apa yang penting kita pergi makan, abah lapar ni. Memang la sakit hati tetapi kita kena makan lepas tu kita balik la. Tak payah duduk dekat sana lama-lama." Pujuk Encik Daud, dia tidak mahu Ulya sedih sehingga tidak lalu makan kerana ingin menangis pun memerlukan tenaga yang banyak.

"Betul tu adik setuju, kita makan sampai kenyang lepas tu kita balik. Sebelum balik kita buat sepah dulu sampai diaorang penat nak kemas." Kata Aira sambil memeluk erat lengan abahnya. Dia hanya mahu ke rumah nenek untuk mengisi perut yang kosong selepas itu dia hendak balik rumah dan melayan kdrama. Dia tidak mahu tolong kemas apa pun di sana kerana mereka adalah musuh ketatnya. Lebih-lebih lagi Ilyas dan Jesnita cacing itu.

Encik Daud hanya menggeleng kepala mendengar kata-kata Aira, ada saja point si Aira ni hendak mencari gaduh.

"Jom kita balik makan." Kata Encik Daud sambil menyusun langkah menuju ke keretanya. Bukan mudah hendak menjaga dua orang anak perempuan kerana mereka manusia yang sedang hanyut dengan keindahan dunia. Silap langkah mereka boleh ikut hanyut sehingga tercemar maruah diri.

Ulya dan Aira mengekori abah mereka menuju ke kereta, abah memang seorang tenang tetapi ada tegasnya. Ulya sangat berharap dia akan memiliki seorang suami seperti abah yang sentiasa tenang dalam menghadapi apa jua masalah yang mendatang.

Encik Daud memandu keretanya memasuki perkarangan rumah banglo Hajah Maimunah, majlis perkahwinan Jesnita dan Ilyas sangat meriah, tambahan lagi dengan kehadiran sanak saudara yang semakin ramai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Encik Daud memandu keretanya memasuki perkarangan rumah banglo Hajah Maimunah, majlis perkahwinan Jesnita dan Ilyas sangat meriah, tambahan lagi dengan kehadiran sanak saudara yang semakin ramai.

Keluar saja daripada kereta Encik Daud menuju ke bawah khemah untuk mencari makanan. Ulya memandang sekeliling mencari susuk tubuh seseorang, tiba-tiba dia ternampak Jesnita dan Ilyas di atas pelamin yang terletak di dalam rumah sedang bergambar sambil berpelukan.

Turun naik nafas Ulya melihat kemesraan mereka, dia melangkah laju menuju ke dalam rumah nenek.

Aira terkejut melihat kakaknya menuju ke dalam rumah nenek, dia mengekori kakaknya dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak. Kakak nak buat apa ni?

"Oi perempuan!" Jerkah Ulya sambil melangkah laju menuju ke arah Jesnita dan Ilyas di atas pelamin. Dia menarik kasar tangan Jesnita lalu menampar berkali-kali wajah perempuan itu sehingga jatuh tersungkur di atas lantai.

ISANARRA (C)Where stories live. Discover now