"This is Tornado, The target is destroyed, and the enemy retreats." Isa memberi laporan kepada Komander Halim apabila pasukan Fighting eagle telah berjaya menyelesaikan misi mereka.

"Good job everybody, all unit return to base." Arah Komander Halim meminta pasukannya untuk pulang ke pangkalan tentera udara Afrika Selatan kerana mereka telah berjaya menyelesaikan segala tugasan dengan cemerlang.

Isa dan pasukannya menerbangkan pesawat FA-50 balik ke pangkalan tentera udara. Pesawat tempur itu terbang laju di langit biru menuju ke destinasi yang ingin dituju.

Sebaik sahaja Isa turun saja daripada pesawat FA-50, Faiz berlari ke arah Isa. Ada berita penting yang ingin dia sampaikan.

"Good Evening, Kapten." Faiz memberi tabik hormat kepada Isa sebaik sahaja mendekatinya.

"Just now, someone has called Komander Halim. He said, Your dad... passed away." Berat hati Faiz mahu menyampaikan berita sedih ini kepada Isa yang baru sahaja tamat melaksanakan misinya tetapi dia perlukan menyatakannya juga.

Isa terkejut mendengar kata-kata Faiz dia berlari menuju ke bangunan pangkalan tentera udara untuk bersiap balik ke tanah air dengan kadar segera. Setiap manusia akan menemui mati cuma masanya saja tiada satu manusia yang tahu kecuali Allah SWT.

Sebuah kereta Bugatti Chiron berwarna hitam dipandu laju di atas lebuh raya menuju ke satu destinasi

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

Sebuah kereta Bugatti Chiron berwarna hitam dipandu laju di atas lebuh raya menuju ke satu destinasi. Tidak lama kemudian kereta itu menyusur masuk ke dalam kawasan Tanah Perkuburan Al Aziz dan pemandu memberhentikan keretanya di parking yang telah di sediakan.

Seorang lelaki memakai kurta berwarna putih dan  berkaca mata hitam melangkah keluar daripada kereta dan menuju ke arah kawasan yang dipenuhi orang ramai. Isa berasa terkilan kerana apabila dia sampai di hadapan kubur ayah, imam baru sahaja selesai membaca talkin. Beberapa orang yang mengenali Isa bersalaman dengannya dan mengucap takziah atas kehilangan ayah tersayang.

Tiba-tiba seorang perempuan memakai jubah hitam dan selendang di kepala melangkah laju mendekati Isa dengan riak wajahnya yang bengis di basahi air mata.

Pang! Satu penampar hinggap di pipi Isa.

"Puas hati?! Semua kau punya pasal la!" Jerkah Tengku Irma Elina sambil menolak kasar dada Isa beberapa kali.

Isa hanya kaku apabila di pukul oleh kakaknya berkali-kali kerana dia di ajar tidak melawan apabila wanita sedang bertindak kasar.

"Sudah la tu ramai orang tengok ni, tak baik bising dekat sini." Bisik Tengku Danial cuba menenangkan perasaan isterinya yang sedang marah ini.

"Macam mana I nak diam, kalau ada adik macam dia ni! Ayah meninggal disebabkan bergaduh dengan dia!Ayah di serang sakit jantung sebab stress dengan sikap dia!." Marah Irma lagi sambil menolak kasar lagi tubuh Isa, semakin kuat tangisan Irma saat ini.

Isa melepaskan keluhan, dia memeluk kakaknya seketika. Wanita itu sudah semakin tenang, dia faham jika Irma mahu menangis atau meratap kerana dia sangat rapat dengan ayah.

ISANARRA (C)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant