32 (day by day)

67 6 0
                                    


Helmet dikepala Aria dibuka perlahan lahan. Setelah itu rambut yang sedikit berselerak dibenarkan agar terlihat lebih rapi. Senyuman dilontarkan pada si kekasih yang wajahnya kelat.

"Yim naa~"kata Dean pada Aria. Perkataan yang bermakna senyum dalam bahasa Thai. Dean sengaja mengusik kerana akhir akhir ini Aria banyak menonton Thai drama.

"Dean dah fikir masak masak ke?"soal Aria sambil memandang anak mata biru laut Dean.

"We already talked about this. I sure and very sure about this."kata Dean melemparkan senyuman pada Aria dengan wajah yang sedih.

"Tapi...Aria nak Dean teruskan."kata Aria menunduk. Dia merasa seperti dirinya mementingkan diri sendiri. Kerana Dean memutuskan untuk berhenti belajar dan memilih untuk bekerja agar dapat menampung kehidupan harian mereka.

Dean memilih untuk berhenti agar tidak merasa terbeban dengan kewangannya. Jadi dia menyuruh Aria meneruskan pelajarannya agar kelak gadis itu tidak merasa kesusahan seperti dirinya. Mereka berdua sudah tiada siapa lagi selain sesama sendiri. Aria yang telah dibuang keluarga dan Dean yang masih mempunyai keluarga tapi sepertinya tidak. Siapa lagi yang harus menanggung jika bukan Dean.

Flashback

Aria baru sahaja pulang dari kelasnya dan semestinya dijemput oleh Dean. Memandangkan hari ini Dean cuti jadi dia mengambil Aria pulang dari kelas.

Aria pernah juga berfikir sudah lama dia tidak melihat Dean menghadiri ke kolej mahupun kelas. Mahu siang atau petang. Selalunya Dean akan bersiap keluar untuk pergi bekerja. Tapi dia hanya berfikir positif mungkin jadual mereka sudah tidak sama seperti dulu.

Punggungnya dilabuhkan disofa diruang tamu. Beg dan buku diletak di meja hadapannya. Hari yang sungguh melelahkan. Dari pagi sehingga petang jadualnya padat dengan kelas. Badannya disandarkan. Dia memandang Dean yang berada di dapur. Memasak mungkin. Aria hanya meneka.

"Deann.."panggil Aria memandang kekasihnya yang masih berada di dapur.

Tidak lama kemudian, Dean datang menghampiri kesayangannya dengan menatang pinggan yang berisi makanan. Tahu tahu sahaja perut gadis kecilnya itu sudah berkeroncong meminta untuk diisi.

"Wahhhh!!ucap Aria heboh. Seperti itulah reaksi Aria apabila Dean memasak. Itulah cara Aria menghargai kerja yang Dean lakukan untuknya. Tidak semua orang beruntung mendapat pasangan yang melayan pasangannya bak puteri diraja. Dan disini Aria sungguh bersyukur dihadirkan akan kedatangan Dean walaupun terlalu berat halangan yang harus ditempuhi.

"Aria nak charge.."katanya mendepakan tangannya. I'll

Dean pun meletak pinggan berisi makanan yang dimasaknya itu. Kemudian dia menghampiri televisyen lalu mengambil cable dan powerbank dan di berikan pada Aria.

Muka masam dan bibir sudah muncung sedepa terpancul di wajah Aria. Baru saja di mahu mood bermanja dengan Dean tetapi yang lebih tua tidak memahami dirinya. Mudah kata tidak peka.

Dean tahu apa yang dimahukan oleh Aria, tetapi dia sengaja mengusik Aria kerana itu hobinya sejak Aria masuk kedalam hidupnya.

"What? You said you want the charge."kata Dean masih dengan wajah yang dipura purakan tidak faham akan kemahuan gadis itu.

Senyuman terukir dibibirnya kerana puas menyaksikan wajah cemberut kekasihnya. Cable dan powerbank diletakkan di atas meja. Dia mendudukkan dirinya disebelah Aria sebelum menarik gadis itu ke dalam dakapannya. Surai rambut kekasihnya di usap lembut. Di bisikkan pada telinga Aria bahawa kata kata cinta yang membuat Aria merasa hangatnya apabila berada di sisi 'DEAN RACHEL'.

"I love you."ucap Dean sambil menghadiahkan sebuah kecupan kecil di bibir Aria.

Seketika jantung Aria seperti terkena panahan anak panah cinta. Wajahnya sudah bersembu merah seperti buah tomato. Tiba tiba suasana di sekelilingnya terasa membahang.

FORBIDDEN LOVE [ON GOING]Where stories live. Discover now