Chap 7 (Secret admirer 2)

143 12 0
                                    

Aria datang menuju ke cafe itu lagi. Dia masih tidak puas hati. Sudah lima kali dia datang tapi barista itu tiada. Sehingga dia sudah naik malu asyik bertanya pada Ivy. Dia menolak pintu cafe tersebut sambil mempamerkan senyuman.

"Selamat datang. Orang yang awak cari tu tak ada."kata Ivy sambil ketawa. Dia sudah tahu apa yang dicari gadis itu.

Aria mengeluh menunduk. Penat dia datang jauh tapi usahanya sia sia. Dia duduk di kerusi lalu mengambil nafas. Dah lah dia datang jalan kaki.

"Dia ada tinggalkan pesanan untuk awak."kata Ivy sambil mengeluarkan bungkusan kecil. Dia memandang wajah Aria yang seperti tertanya.

"Apa tu?"tanya Aria. Dia melihat kotak yang berada diatas meja lalu dibuka.

 Dia melihat kotak yang berada diatas meja lalu dibuka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Wah...."katanya teruja. Comel. Tapi tidak lama wajahnya berubah. Entah dia rasa tidak nyaman. Hatinya ragu ragu. Tidak selesa mungkin.

"Ivy. Terima kasih lah cakap dengan barista tu. Tapi kalau boleh awak cakap dengan dia saya nak sangat jumpa dia. Saya kurang selesa kalau dia asyik bagi saya macam macam. Terima kasih."kata Aria lalu keluar dari cafe tersebut. Dia membawa donat yang diberi pulang ke dorm. Moodnya juga berubah. Angin yang lalu menyapa muka pun di marahnya.

***

Dean pulang ke dormnya. Pintu dibuka dan terlihat Aria sedang memandang tajam donat dimeja dengan mulut muncung panjang sedepa. Rambutnya yang basah mungkin baru lepas mandi tidak di keringkan dan disikat membuatnya terkejut melihat gadis itu. Dia meletakkan kunci motornya dimeja dan beg di kerusi.

"Awak dah kenapa tenung donat macam tu sekali. Makan lah."kata Dean sambil membuka jaket. Sekali lagi hampir gugur jantungnya melihat Aria merenungnya seolah dirasuk hantu.

"Yang awak tenung saya macam nak terkam dah kenapa?"soal Dean lagi. Makin hari makin pelik budak ni lah.

"Eeeee... Tak suka lah."katanya sambil menghentak hentakkan kakinya.

"Oi. Roboh floor ni nanti."marah Dean. Melihat gadis itu menyilangkan tangan dengan mulut masih muncung sedepa dia mengambil pengering rambutnya dan menghampiri Aria. Pengering dihidupkan. Dia mengeringkan rambut Aria yang basah. Setelah rambut gadis itu telah kering dia menyikat rambut gadis itu. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia berbuat demikian.

"Kenapa ni hurmm?"tanya Dean lembut. Rambut gadis itu disikat rapi.

"One day tu kan, Aria pergi satu cafe ni. Seriously cantik. Lepas tu kan ada seorang barista ni bagi Aria blueberry cheese pie dengan strawberry milk tapi Aria tak tahu pun siapa."cerita Aria dengan riak wajah yang pelbagai. Tangannya juga memain peranan.

"Barista tu suka Aria, maybe?"Dean meneka.

"Dean dengar lah dulu...."katanya merengek. Dean hanya membuat jari okay untuk mendengar cerita gadis itu.

FORBIDDEN LOVE [ON GOING]Where stories live. Discover now