Chap 18 (shaky relay)

120 12 3
                                    


Hubungan Dean dan Aria sedikit goyah sejak Dean menyatakan untuk bekerja sebagai kontraktor di sebuah tapak pembinaan. Aria marah dan merajuk akan dirinya. Tetapi dia yakin suatu hari gadis itu akan mengerti alasan sebalik dia melakukan semua ini.

Disinilah hari kedua Dean bekerja sebagai buruh pembinaan. Dia mengesat peluhnya yang berjurai bagaikan hujan turun di dahinya. Dia menolak bongkahan batu yang telah di susun ke dalam kereta sorong lalu di tolak ke arah beberapa pekerja yang sama bekerja dengannya.

Setelah itu dia berhenti seketika lalu meneguk air minuman yang di bawa ke tapak pembinaan itu. Dia menyambung semula pekerjaannya setelah berasa sedikit bertenaga. Dia mengangkat beberapa beg simen yang di arahkan oleh ketuanya. Memang sungguh memenatkan tetapi tiada yang mudah untuk mendapatkan wang di dunia ini.

.

.

.

.

Aria bergolek di atas katilnya bosan. Dia membelek telefon pintarnya membuka pelbagai aplikasi sosial medianya tetapi satu pun tidak dapat menarik perhatiannya. Dia mendengus kesal. Dia masih bergaduh dengan Dean atau lebih tepat dia yang tidak mahu bercakap dengan Dean.

Dia kesal dengan sikap keras kepala Dean. Dia geram mengapa Dean memilih pekerjaan itu. Begitu terdesak sangat ke situasi Dean memerlukan duit. Beberapa hari sebelum dia mula bekerja Aria menawarkan Dean sejumlah duit tetapi gadis helang itu memarahinya. Bertambah kesal di dalam hatinya. Jadi dia memilih untuk tidak bertegur dengan Dean mahupun bersapa. Dia merajuk dengan Dean.

[Entah siapa yang salah sekarang ni author pun pening 😌.]

Akhirnya dia turun dari katilnya dan mengorak langkah ke dorm June.

Buk! Buk! Buk!

Pintu di ketuk bagaikan ada gempa bumi yang melanda. Hampir saja tercabut jika June tidak membukanya.

Gadis yang terpisat pisat di depan pintu itu memandang dengan pandangan mengantuk.

"Aria kalau tercabut pintu ni tadi memang saya humban awak dalam bathtub lepas tu saya jerut awak guna hair dryer tau."kata June sambil menguap. Dia punya ancaman sangat kejam ye.

Aria memandang June tiada perasaan. Dia terus baring di atas katil June tanpa segan silu.

"Aria nak apa? Kacau lah June nak tidur."kata June berjalan mendekati Aria. Dia menguap sekali lagi.

"Haish June ni tak nampak ke Aria tengah sedih ni."protes Aria.

June mengosok matanya beberapw kali lalu menguap untuk kali ketiga. "Tak."hanya itu yang dibalas olehnya. Dia kembali membaringkan dirinya.

"June!!"jerit Aria geram sambil menepuk kuat peha gadis itu.

"Adoi, sakitlah!"ringis June mengosok pehanya. Tangan saja kecil tapi tepukan padu.

"Saya gaduh dengan Dean."kata Aria sedih menunduk.

"Then.."

"Kami diambang penceraian."kata Aria berpura pura menangis.

"What the heck!"kata June setepek.

Pecah tawa Aria. Suka dia mengusik June. "June don't cursed."katanya dengan sisa tawa.

June juga ketawa mengekek. Penat dia mahu melayan satu kawannya ini. Ada saja mahu dia jadikan drama.

"Tell me what wrong?"tanya June serious kali ini. Dia sudah sedar sepenuhnya.

FORBIDDEN LOVE [ON GOING]Where stories live. Discover now