Chap 29 (mom's blessing)

80 5 4
                                    


Tidurnya terganggu akan sinaran cahaya yang samar samar menerobos ke dalam bilik dari tingkap. Badannya sukar untuk bergerak kerana terdapat tangan yang melingkar dipinggangnya. Mata dikerjapkan berkali kali. Tangan mulus itu menyentuh tangan kasar yang memeluk pinggang rampingnya. Rambut hitam menutupi alis matanya diselak sedikit sebelum melabuhkan kucupan kecil.

"Morning Dean."ucap Aria bersama senyuman di bibir. Matanya juga jadi seperti bulan sabit apabila tersenyum. Melihat tiada respon dari pemilik nama yang dipanggil, Aria mengelus pipi itu sebelum menepuk sedikit kasar.

"Don't disturb me when I'm sleeping..."kata Dean dengan suara yang mengantuk. Dia mempereratkan lagi pelukannya pada Aria.

Aria meminta untuk dilepaskan. "Dean...bangunlah.."kata Aria merengek kerana tenggelam dalam pelukan milik Dean. Sesak nafasnya. Dean itu dah lah setinggi tiang elektrik memeluknya yang hanya setinggi...ummm.. Aria tinggilah sebenarnya. Dean je lahir terlalu tinggi. Aria normal, Dean yang tak. Itu semua Aria yang kata bukan author.

"What's time now?"soal Dean dengan suara berat.

"7.00 am. Bangunlah. Cakap nak pergi keluar. Then nak balik rumah mama."kata Aria masih berusaha membangunkan mahluk yang sukar dikejutkan ini.

Mereka sedang cuti semester jadi mesti ramai pelajar akan pulang ke rumah ibu bapa mereka kerana lama tidak berkunjung. Begitu juga Aria tetapi tidak dengan Dean. Kerana itu dia bersetuju untuk mengikuti Aria pulang ke rumahnya.

Dean bergeser bangun dan mengemas katil yang telah ditiduri mereka. Manakala Aria mengambil tuala mandiannya dan melangkah ke bilik mandi.

.

.

.

.

Beg disandar pada bahunya dan beg yang sedikit besar disandang dibahagian hadapan Dean. Seperti ingin pergi travel menaiki motor lagaknya. Helmet disarungkan dikepala Aria sebelum mengangkat gadis itu duduk di tempat pembonceng. Motorbike itu dihidupkan dan meluncur membelah jalan. Setelah itu mereka singgah ke kedai bunga sebelum meneruskan perjalanan.

Kini disinilah tempat mereka katakan. Makam milik Aleena iaitu ibu kepada Dean. Batu yang sedikit kotor itu dibersihkan dengan air. Rumput yang memanjang dicabut bagi merapikan kubur yang telah lama tak dikunjungi. Kubur disiram dan diletakkan bunga bagi menghiasi.

"Mama.. it's me, Dean.."kata Dean perlahan.

"I'm coming.. I know it's late.. I'm sorry.."kata Dean menahan sebak. Dia tiada kekuatan untuk berjumpa ibunya. Kerana dia tahu disini dia akan menangis sehancur hancurnya.

"I..I..miss you.."ucapnya lagi dengan suara yang lirih. Aria disisi mengapai tangan berurat itu bagi menenangkan Dean.

"Mama.. it really hard when you not here."ucapnya sedih. Air matanya mengalir sedih.

Itu pertama kalinya Aria melihat Dean mengalirkan air mata. Tidak pernah dia melihat Dean sesedih itu meluahkan segalanya pada mendiang ibunya. Dia juga turut ikut sedih melihat kekasihnya.

"My life very hard mama..He always hurting me."kata Dean menangis terisak isak dihadapan makam ibunya. Rasa sakit yang terbeban itu akhirnya terluah sedikut demi sedikit. Benar kata orang tiada tempat mengadu yang lebih baik selain ibu. Tetapi ibunya telah pergi dan rasa itu sangatlah perit.

Aria mengusap belakang Dean. Kemudian dia memeluk gadis tinggi itu. Tangan kirinya mengenggam erat tangan berurat panjang itu.

"But I'm happy now mama..cause someone comes to my life and bring a happiness and shining my world."kata Dean menyeka air matanya bersama senyuman. Dieratkan lagi pelukan disisinya.

FORBIDDEN LOVE [ON GOING]Where stories live. Discover now