Chap 11 (first kiss misunderstanding)

195 12 3
                                    



"Dean......."panggil Aria. Suaranya memenuhi ruangan koridor hospital. Dia geram kerana orang yang di panggil itu sengaja menyakatnya. Langsung sudah dia lupa yang dia masih berada di hospital bukan di dorm mereka.

Dean selamba melajukan lagi langkahnya apabila melihat Aria mengejar dari belakang. Suka bila melihat gadis itu masam cemberut dan marah akan dirinya.

Sebenarnya perkara yang dikejarkan oleh Aria ialah Dean mengambil telefonnya dan melihat⁶ segala gambarnya di galeri. Kan malu jadinya. Banyak gambar yang tak cantik tapi cantik😂.

"Dean...dah lah.. Aria penat lah.."kata Aria sudah berhenti dari terus melangkah. Dadanya terasa sesak sedikit mungkin kerana dia belum sihat sepenuhnya tapi sudah berlari. Ni semua salah Dean.

Dean menoleh kebelakang. Dia melihat Aria memegang dadanya sebelum terduduk di lantai. Wajah Dean terus panik dan berlari mendekati gadis itu. "Aria? Are you okay?"soalnya. Bibirnya sedikit bergetar.

Aria menekan dadanya sedikit. Dia mengatur nafasnya perlahan lahan. Sakit itu semakin berkurang.

"Aria... answer me! Don't scare me."kata Dean. Tangan kanannya mengusap lembut belakang Aria manakalah tangan kirinya menggenggam erat tangan kecil Aria.

Aria menghembus nafas perlahan. Rasa sesak sudah semakin hilang. Dia cuba berdiri dengan bantuan Dean. "Are you okay?"soal Dean lagi. Hanya anggukan yang diberi oleh Aria. Dean membawa Aria kembali ke bilik tempat Aria dirawat.

***

"Nak yang ni boleh?"tanya Aria sambil menunjuk gambar di dalam telefonnya.

Dean menggelengkan kepalanya.

"Kalau yang ni?"soalnya lagi.

Masih sama Dean menggelengkan kepala.

"Ummm.. how about this?"soal Aria lagi.

"No.."jawab Dean dingin.

"Apa ni..semua tak boleh. Tadi kata boleh, ni tak boleh pula.."rungut Aria dengan mulutnya sudah muncung sedepa.

"I said boleh bila awak dah sihat. Awak tu sakit lagi nak makan macam orang sihat."balas Dean memandang gadis dihadapannya yang sudah merajuk.

"Saya tak nak kawan awak!"kata Aria memalingkan wajahnya ke arah bertentangan.

"Cakap sikit merajuk, cakap sikit merajuk. Jual dekat lazada baru tahu."kata Dean dengan wajah biasanya tanpa senyuman mahupun reaksi.

"Awak jangan cakap dengan saya! Saya merajuk dengan awak! Dean jahat!"

"Merajuk lah sampai esok. Tak ada siapa pun nak pujuk awak."

Jarang jarang nak dengar Dean cakap malay selalu speaking😂.

"Hurm!"rajuk Aria.

Setelah lima minit berdiam tanpa ada suara dari kedua dua gadis itu, Aria mula gelisah. Dia tidak suka bila Dean mendiamkan diri. (Bukan tadi hang yang suruh kah? Haduh pening author😵)

"Deann..."panggilnya perlahan.

Tiada balasan mahupun sahutan.

"Dean..."masih mencuba. Dia melihat gadis bermata helang dingin itu sibuk dengan telefonnya. Tidak tahu apa yang sibuk sangat mengalahkan president.

FORBIDDEN LOVE [ON GOING]Where stories live. Discover now