Chap 30 (choosing you)

106 5 5
                                    


"Dean sini..."panggil Aria seraya melambaikan tangannya. Dean berjalan menghampiri gadis kecil itu sambil menolak troli.

Mereka kini di pasaraya atas ajakan Dean kerana dia tidak selesa mahu makan begitu sahaja. Jadi dia beli sedikit keperluan rumah untuk ibu Aria sementara mereka tinggal dirumah itu.

"Can I have a chocolate?"tanya Aria. Walaupun dia menanya terlebih dahulu tetapi jika Dean tidak mengizinkan tetap juga bakal diambil dan dibeli. Menyoal itu seolah tiada apa apa, sekedar hanya untuk Dean tahu.

"If I say no, you will take it to right?"kata Dean sudah kenal dengan perangai gadis kecil dihadapannya ini. Dah lah pendek nasib sayang.

"Okay I take three."kata Aria memasukkan tiga jenis coklat yang berbeza jenama ke dalam troli dengan muka tanpa rasa bersalah.

Dean hanya memandang pasrah. Malas mahu dilayan. Nanti merajuk susah mahu dipujuk.

"Dean..."panggilnya lagi.

"Hmmmm"hanya itu yang keluar dari mulut Dean.

"Stock keropok Aria dah habis.. Aria nak beli untuk makan dekat rumah mama boleh?"tanya Aria sambil mengelip ngelipkan matanya berkali kali. Dia tahu Dean akan cair dengan kecomelannya.

Dean memandang wajah Aria sambil mengangkat keningnya. Dia mengalihkan pandangannya. "Hmm, take it."kata Dean lambat.

"Yeay..."sorak Aria gembira. Kerana dapat apa yang di ingini dia mengecup pipi Dean lalu memilih keropok yang dia mahu masuk ke dalam troli.

Dean terkedu memandang gadis itu. Sedikit membahang wajahnya tapi dikawal agar tidak hilang machonya. Senyuman di sembunyikan.

.

.

.

.

"Mama..kami dah pulang..."teriak Aria. Ini anak memang tertelan mikrofon agaknya semasa dalam perut.

"MAMA DEKAT BELAKANG!"kedengaran jeritan suara Puan Tina dari arah belakang.

Aria dan Dean membawa barang yang dibeli masuk ke dapur. Barangan dari beg kertas di keluarkan untuk di susun. Ke tempatnya. Tidak lama kemudian Puan Tina datang dengan tangan yang kotor. Mungkin baru habis berkebun.

"Beli barang banyak banyak buat apa? Ada lagi barang dalam rumah ni."kata Puan Tina sambil menyuci tangannya yang dipenuhi tanah.

"I just feel uncomfortable if I eat freely at your house."kata Dean bersama sengihan. Kepalanya digaru walaupun tidak gatal.

"Buat apa rasa macam tu..kamukan anak mama. Mestilah mama jaga, bagi makan."jawab Puan Tina membantu anaknya mengemas barangan yang dibeli.

Dean terdiam. Bibirnya mengukirkan sedikit senyuman. Rasa terharu kerana ada juga ihsan seorang manusia mengatakan bahawa dirinya seorang anak. Namun terselit sedikit rasa sedih kerana mengapa bukan darah dagingnya sendiri memperlakukan dirinya seperti sekarang ini.

.

.

.

.

Langit malam sudah menjelma dihiasi dengan bintang tanpa ditemani bulan. Ketibaan yang ditunggu tunggu akhirnya pulang ke sarang setelah habis bekerja diluar kota.

"Welcome back Papa."ucap Aria sambil memeluk sosok yang dirindui itu erat.

"Present for you."kata Hiroto menghulurkan beg kertas ditangan kanannya.

"Thank you Papa."ucap Aria lalu mengucup pipi ayahnya sekilas.

"Untuk Aria je, Mama punya tak ada ke?"kata Tina mengusik. Wajahnya dibuat buat cemberut.

FORBIDDEN LOVE [ON GOING]Where stories live. Discover now