Chap 15 (I love you)

143 14 7
                                    

Kelas telah tamat 10 minit yang lalu tetapi Dean masih berada di dalam kelas itu kerana mahu menyalin nota di hadapan papan putih. Pen ditutup lalu dimasukkan ke dalam beg. Dia terus bangun keluar dari kelas menuju ke perpustakaan untuk mengulang kaji. Kenapa perpustakaan? Kerana jika di memilih untuk di dorm dia tidak dapat belajar tapi dia dapat godaan syaitan comel iaitu Aria Hazel.

Jarak antara kelas dan perpustakaan sedikit jauh kerana berbeza tingkat bangunan. Telinganya tertutup dengan earpod tanpa terpasang lagu. Alasan dia memakai itu bagi mengelakkan diganggu. Mungkin?.

Kini dia sudah berada dihadapan pintu perpustakaan baru saja dia ingin membuka pintu namanya dipanggil nyaring. Tanpa melihat siapa dia sudah tahu pemilik suara yang menjerit namanya itu.

"Dean!!!!!"

Gadis bermata helang itu memandang setelah namanya dipanggil.Dia menghulurkan sekeping kertas kepada Dean sebelum berlari meninggalkan gadis berpandangan kosong itu sendirian. Orang ramai di sekeliling langsung dianggap tidak wujud seperti dunia itu dia dan Dean punya.

Dean membuka kertas itu dengan keningnya terjongket ke atas dan terteralah sebuah coretan di kertas tersebut.

愛してる

Dean hanya senyum sambil menggelengkan kepalanya. Kakinya diteruskan masuk ke dalam perpustakaan.

***

Dia terus bersandar pada dinding. Dadanya turun naik mengatur nafas. Mukanya membahang kemerahan bersama beberapa peluh menitik di dahi.

Aria Hazel gadis kecil yang berani mati menyatakan cintanya pada Deane Rachel si mata helang dihadapan perpustakaan.

Dia menekup wajahnya panas. Dia menenangkan dirinya sebelum kembali ke dorm. Dia mahu menjerit tetapi di tahan dalam hati.

.

.

.

.

Dean memasuki dormnya dan terlihat Aria dengan baju tidur bercorak beruang kecil dan berseluar pendek separas peha. Rambutnya diikat bulat kiri dan kanan. Gadis itu sedang duduk sambil menekan perutnya.

Perutnya seperti dicucuk panah banyak kali. Sakit yang amat. Dahinya berkerut juga menitik peluh. Bibir bawahnya digigit menahan sakit yang datang dari perutnya.

Dean meletakkan beg disampingnya lalu berlutut dihadapan Aria. "Are you okay?"soalnya.

Aria tidak menjawab. Bibirnya digigit, dahinya berkerut seribu menahan kesakitan. Tangan masih diperut menekan nekan berfikir mungkin akan mereda rasa sakit itu.

"Hey, don't bite your lips! Are you hurt?"kata Dean masih tertanya tanya.

"Perut Aria sakitt~"kata Aria lirih.

"Why? Have you eaten anything?"soal Dean lagi. Wajahnya berubah risau melihat keadaan Aria.

Aria diam seketika dan menjawab perlahan. "I'm on that day."

Dean terus berdiri lalu meninggalkan Aria sendirian di dalam dorm itu. Aria mengeluh berat. Dia mahu bangun berdiri untuk berbaring di atas katil tapi rasa sakit itu semakin dirasai. Akhirnya dia jatuh terduduk dilantai.

Buk!

Pintu dorm dibuka kasar. Gadis bermata helang membawa beberapa bungkus beg plastik. Dia menghampiri Aria dan mengangkat gadis itu duduk di kerusi dibawah katilnya. Kemudian dia segera memberi teh herba hangat pada Aria untuk diminum agar dapat melegakan sedikit rasa sakit.

FORBIDDEN LOVE [ON GOING]Where stories live. Discover now