Chap 14 (Lucky Charm)

179 9 2
                                    

Kelas pagi ini dimulakan setelah Miss Nely memulakan pelajaran. Layar skrin besar terpapar di hadapan untuk seluruh pelajar yang berada di dalam kelas mengambil perhatian lebih kerana tidak lama lagi akan adanya ujian. Semua pelajar menumpukan perhatian pada setiap kata kata yang di sampaikan oleh Miss Nely. Ada yang mencatat ada yang merakam dan ada juga yang tidur tidak mahu mendengar celoteh pensyarah muda itu.

Aria menyalin sedikit sebanyak isi isi penting yang berguna untuknya mengulang kaji di dorm nanti. Sedang dia leka menyalin dan fokus mendengar ceramah dihadapan matanya tertangkap pada Dean yang sedang memainkan pen pada jari jari panjangnya yang jaraknya hanya selang beberapa kerusi darinya dibahagian seat hadapannya. Sambil tersenyum menatap Dean dia mendengar ceramah yang ya atau tidak masuk sepenuhnya ke otak. Dia mengeluarkan telefonnya lalu mengambil beberapa keping gambar Dean secara senyap senyap. Senyum lebarnya semakin terukir di bibir sehingga menayangkan sebaris gigi putihnya.

Dean seakan merasakan dirinya diperhati melihat ke arah kiri dibahagian atasnya. Dia melihat Aria yang tersenyum manis kearahnya sambil melambai kecil kearahnya. Dean mengalihkan pandangan semula dan tanpa dia sedar dia telah menguntumkan senyuman kecil. Matanya kembali fokus pada Miss Nely begitu juga Aria.

"Kau sengih sorang sorang kenapa?"soal Ivy yang kebetulan harini kelas mereka sama waktu.

Dean hanya menggelengkan kepalanya.

"Okay class that's all for today. Don't forget to study for your test and I wish good luck for all of you."kata Miss Nely bersama senyuman.

"Thank you Miss Nely."ucap seluruh pelajar di dalam kelas itu.

Miss Nely meninggalkan kelas setelah mengambil semua barang keperluannya. Seluruh murid juga mengikuti keluar untuk meneruskan masa yang seterusnya.

Langkah panjang menuruni tangga terhenti ketika namanya dipanggil.

"Dean~"gadis bermata helang ini menoleh ke belakang.

Langkah kecilnya menuruni anak tangga dengan laju agar dapat mengejar gerangan yang dipanggil. Kawannya juga laju mengikuti langkah. Setelah tiba disebelah Dean nafas ditarik dalam lalu dihembus begitu juga June.

Dean memandang dua gadis yang agak pendek di sebelahnya. Sebelum keningnya dijongketkan.

"Dean nak pergi mana?"soal Aria.

"Cafe."jawab Dean ringkas.

"Kalau Aria dengan June nak ikut boleh?"kata Aria seiring membuat muka comel.

"Aku naik motor. Mana boleh naik tiga orang."jawab Dean datar pada Aria.

Wajah Aria sudah tunduk "Dean ni..kan Aria cakap baik baik.."

"I'm not mad at you. But I bring a motorbike, how can I bring three people?"kata Dean kini nadanya diubah lembut.

Aria diam membisu. June jangan cakaplah memang dari tadi diam saja tanpa membuka mulut.

"It's okay if you both want to come along. You can ride in my car."sampuk Ivy yang memang disebelah Dean. Kesian pula dia melihat dua orang gadis itu merengek mahu ikut. Lagipun boleh tambah pelanggan..

Dean jalan berlalu pergi meninggalkan Aria, June, dan Ivy. Dia sudah berada di parkir motor dan bersiap meninggalkan perkarang kolejnya. Ivy pula mempelawa Aria dan June masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke cafe nya.

***

Aria menyedut minumannya sambil mengintai Dean dia ruangan dalam.

"Uish dah dah la pandang dia."kata June sengaja mengacau Aria.

Aria hanya tersengih sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal. Rambut yang tak berapa panjang itu di ikat.

FORBIDDEN LOVE [ON GOING]Where stories live. Discover now