Chap 4 (She smiling)

194 14 0
                                    


Jalannya ditahan seseorang. Wajah yang amat dibenci apabila dilihat apatah lagi mendengar suara. Dia mahu meneruskan langkahnya tetapi lelaki dihadapannya ini terus menghalangnya. Di pandang dengan hujung matanya lalu menggulingkan bebola matanya.

Lelaki itu hanya senyum mengejek sambil menepuk nepuk bahu Dean. Dean menepis kuat dan lelaki itu mengangkat tangan.

"Papa suruh balik rumah lusa."kata lelaki itu ringkas.

"Perlukan ke kedatangan aku?"soal Dean sinis.

"Kalau untuk aku tak kot. Yeah, maybe untuk bapak kau ye."kata lelaki itu sambil menjongketkan keningnya.

Dean hanya menjeling sebelum beredar dari situ. Terasa panas hatinya. Dia benci untuk pulang ke rumah. Bagi Dean rumahnya itu bukan tempat yang selamat. Dia tidak tenang bahkan bersama keluarga. Dia berfikir sejenak. Tidak pernah ayahnya memanggil dirinya supaya pulang. Pasti akan ada hal yang penting ingin disampaikan. Dia mengeluh dan mempercepatkan langkahnya menghampiri motorsikalnya.

~~~

June dan Aria berada di cafe berbual sambil berbincang tentang kerja yang ditugaskan. Mark tidak tahu kemana katanya mahu peegi sebentar. Aria menyedut airnya sambil membaca teks didalam kertas yabg diberi.

"Aria are you staying at college hostel?"tanya June memandang Aria.

Aria mengangguk lalu memandang June dihadapannya. "Why?"soalnya.

"Nothing just asking."

"Who's your roommate?"tanya satu suara dari belakang Aria. Dia menoleh. Mark.

"Ouh roommate Aria, Dean."jawab Aria lagi.

"Dean? Dean Rachel?"tanya June bertalu.

"Yeah. Kenapa? June dengan Mark kenal ke?"tanya Aria ingin tahu.

"Siapa je tak kenal dia."jawab Mark ringkas. Disokong dengan anggukan June.

"Kenapa dengan dia?"soal Aria lagi kerana perasaan ingin tahunya semakin kuat. Siapa tak nak tahu tentang crush sendirikan.

"Dean Rachel tu ayah dia sumber kewangan utama kolej ni. Tapi itu lah hubungan dia dengan ayah dia tak rapat. Dean pun tak suka ayah dia. Then dekat kolej ni tak ada seorang pun nak kawan dengan dia sebab dia tu suka buli."cerita June. Perkataan buli itu diperlahankan suaranya. Takut juga tiba tiba orang yang diceritakan muncul.

Reaksi wajah Aria terus berubah.

"Bukan itu je. Dia banyak buat masalah tapi ayah dia mesti cover untuk dia sebab nak jaga nama baik keluarga. Masalah paling besar la pasal dadah tapi tak tahu la macam manakan. Senang cerita dia perosak keluarga la. Dekat kolej ni macam semua orang pulaukan dia macam anggap dia tak wujud je. Then seriously dia pandai tapi itu la kadang kadang June pun rasa kesian dekat dia bila semua orang anggap dia macam tak wujud."cerita June lagi.

"Buat apa nak kesian. Memang layak pun orang macam dia itu kita pulaukan. Menghabiskan duit keluarga je. Dah la lesbian. Lepastu acah acah macam dia lelaki."sampuk Mark secara tiba tiba.

Dahi Aria berkerut. Seperti tidak percaya apa yang dikatakan oleh rakannya. Jauh sungguh dari Dean yang dikenal selama seminggu ini.

"Awak duduk dengan dia okay ke? Kalau tak okay boleh minta tukar."kata June dengan air muka yang sedikit risau.

Aria hanya menggelengkan kepala. Begitu juga tangannya. "Eh, tak apa tak apa. Aria selesa je duduk sebilik dengan Dean. Jangan risau."tolaknya. Dia tidak mahu berpindah bilik. Dia mahu bersama Dean. Dia tahu Dean berbeza dari apa yang di ceritakan oleh rakannya tadi.

FORBIDDEN LOVE [ON GOING]Where stories live. Discover now