Chap 31 (happiness)

91 6 1
                                    


"STUPID KID!"tangannya dikepal menahan amarah geram.

Gambar yang berada dihadapannya dilempar ke sebarang arah. Kakinya bergerak keluar dari ruang pekerjaannya. Beberapa orang pekerja yang menunduk hormat langsung tak dihiraukan bahkan ada yang menyapa hanya dibalas dengan wajah dingin diwajah.

"Find out where's Dean Rachel right now!"arah lelaki berjas itu setelah melaburkan punggungnya kedalam perut kereta mewahnya.

Yang menerima arahan hanya mengangguk melaksanakan tugasnya. Ethan membuang pandangnya keluar. Hatinya meluap luap menahan amarah yang menerpa dirinya. Suasana hatinya sangatlah buruk hari ini kerana khabar yang disampaikan oleh pembantu peribadinya.

Flashback

Gambar gambar yang diberikan ditatap benci malah lebih kepada jijik.

"Where you get it from?"soal Ethan sambil memandang tajam pembantunya itu.

"Saya nampak sendiri dengan budak budak saya Tuan. Dean masih berhubungan dengan budak perempuan tu. Saya ada suruh budak saya follow Dean tapi diaorang selalu kehilangan Dean."kata pembantu itu menunduk. Tidak berani bertentang mata dengan si ketua.

Ethan bangun dari duduknya. Kakinya menghampiri orang bawahannya. Gambar di tangan ditepuk berkali kali pada wajah orang bawahannya itu. Pandangan psycho terpancar di wajah yang sedikit  langsung dimamah usia. Kedutan dihujung mata menunjukkan bahawa dirinya sudah berusia. Beberapa helaian rambutnya juga sudah berwarna putih.

"KERJA SENANG MACAM NI PUN TAKKAN TAK BOLEH BUAT! BASTARD!! IT IS VERY DIFFICULT FOR YOU TO FOLLOW THAT FUCKING STUPID KID! KERJA MACAM TU PUN NAK AKU URUSKAN! GODDAMNIT!!"

Satu tumbukan yang kuat melayang tepat mengenai wajah orang bawahan Ethan. Tumbukan kuat itu membuat tubuh lelaki itu tersungkur jatuh ke lantai. Darah merah mengalir dari hidung dan juga mulut. Tubuh yang masih tersungkur di lantai dibiar tanpa perasaan lalu meninggalkan ruangan tersebut.

End flashback

Pelipisnya dipicit pening dengan kejadian yang berlaku akan anaknya. Jika dia tahu ini akan berlaku pasti dia sudah membunuh anak itu dari dalam kandungan lagi. Rasa amarah dan kian ingin membunuh itu semakinlah kuat. Dia tak akan lepaskan gadis itu jika sudah menemukannya. Pasti dengan segera akan diakhiri hidup gadis muda itu.

Kereta yang dipandu meluncur laju di atas jalan. Kereta mewah itu bergerak menuju ke pulang ke rumah.

.

.

.

.

Jam di meja kecil menunjukkan pukul 3 lewat 50 pagi. Dirinya bukannya terjaga melainkan tidak tidur dari tadi. Melihat si manis telah di ulit mimpi dirinya perlahan lahan bangun agar tidak membuatkan manisnya terjaga.

Balkoni kosong di duduki sendiri. Wajah di angkat menghadap ke langit. Tiada bintang yang menghiasi langit gelap dan juga bulan seakan mahu dengan tidak menunjukkan diri. Tiada angin yang meniup hanya malam gelap yang sunyi. Rokok diambil dan pemetik api dinyalakan, membakar muka awal batang rokok. Asap disedut memasuki peparu lalu dihembuskan kw sebarang arah.

Beban dikepalanya membuat dia melanggar janjinya pada Aria. Dia berjanji akan cuba berhenti merokok tetapi hari ini saja dia telah mengambil 5 batang rokok. Kepalanya sakit. Walaupun rokok bagi sesetengah orang tiada membawa manfaat tetapi Dean sangat memerlukannya. Seakan terdesak.

Sedang dirinya leka akan larut malam, namanya dipanggil perlahan dari arah dalam bilik mereka.

"D..dean.."panggil Aria mengosok gosok matanya. Matanya cuba menyesuaikan cahaya luar yang menangkap ke anak matanya.

FORBIDDEN LOVE [ON GOING]Where stories live. Discover now