Chap 19 (PROMISE🥺)

109 9 1
                                    


Garam di tabur dalam masakan sebagai penambah perasa dalam masakannya. Dia mencicip masakannya lalu tersenyum puas. Tidak sia sia dia belajar masak dengan mamanya sebelum ini. Dia menyenduk lauk itu ke dalam bekas makanan lalu ditutup. Nasi juga sudah dimasukkannya bersama beberapa helai salad ke dalam bekas. Semua bekas di pindahkan ke dalam beg.

Aria menukar pakaiannya. Dia memakai t-shirt pendek bersama seluar jeans pendek. Rambutnya diikat. Kasut segera di pakai lalu keluar dari dorm. Sebuah kereta sudah menunggunya di bawah untuk menghantarnya ke tempat kerja kekasihnya.

Sebenarnya tempat kerja Dean tidak terlalu jauh dari dorm mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebenarnya tempat kerja Dean tidak terlalu jauh dari dorm mereka. Dalam 15 hingga ke 20 minit jika berjalan kaki tetapi Dean tidak mahu Aria kepenatan dan mungkin akan diganggu oleh orang jahat.

Sampai di kawasan tapak pembinaan Aria masuk sambil tersenyum mencari Dean. Gadis helang itu meneguk minuman, sedang duduk berehat bersama rakan rakannya.

"Princess...."jerit Shin apabila ternampak Aria yang memandang mereka. Dia terus melambai tangan memanggil Aria datang ke arah mereka.

Dean yang terdengar Shin memanggil panggilan itu terus menatap tajam. "Oi, only me can call her princess!"kata Dean tidak puas hati.

Shin mengajuk percakapan Dean. Suka dia mengusik gadis itu.

Aria menghampiri Dean. Senyuman masih tidak luntur. "Aria bawa bekal untuk Dean."kata Aria sambil menayang beg bekal yang dibawa.

Dean tertawa kecil. Itulah rutin Aria setiap hari membawa bekal untuknya pada waktu tengahari. Dean bangun mencuci tangannya yang kotor. Bangku yang berhampiran diambil untuk si comelnya duduk.

"What are you bring for me today?"tanya Dean teruja. Dia suka akan masakan Aria. Sedikit mirip akan masakan mendiang ibunya. Walaupun sudah lama tapi masakan Aria membuatkan dia teringat akan ibunya.

"Nasi, salad, and chicken oyster."jawab Aria membuka bekal makanan itu lalu disuakan pada Dean.

Baru Dean mahu menyuapi nasi ke dalam mulutnya, terhenti di tahan oleh Aria.

"Pray first."kata Aria sudah merapatkan tangannya.

Dean yang tergendala makannya pun hanya mengikuti Aria merapatkan tangannya. Dia hormat akan Aria yang mempunyai kepercayaan dan agama tidak seperti dirinya. Jadi dia hanya mengikuti tanpa tahu apa apa.

"Okay boleh makan now."kata Aria sesudah berdoa.

Dean terus menyuap mulutnya dengan masakan Aria. Aria dengan mata yang bersinar sinar gembira Dean suka akan masakannya seperti biasa. Dean akan memuji masakannya dan mengatakan bahawa Aria hanya boleh masak untuknya tidak boleh orang lain.

"Have you eaten?"soal Dean setelah suapan kedua.

Aria tersengih seperti kerang busuk sebelum mengangguk lambat. Dia tidak sempat menjamah makanan langsung. Setelah masak dia terus berjumpa Dean.

FORBIDDEN LOVE [ON GOING]Where stories live. Discover now