Chap 6 (Secret admirer)

162 12 0
                                    

Aria membuka pintu dormnya, senyuman terus terbit dibibirnya. Terus semangat harinya. Dean sudah terbaring di katil mungkin tidur. Aria masuk dengan langkah perlahan. Dia meletakkan beg di sebelah mejanya kemudian menghampiri katil Dean. Dia memandang Dean yang terbaring dengan menutup wajahnya dengan lengannya lama.

"How long you gonna stared at me?"tanya Dean secara tiba tiba. Aria terkejut terus memusingkan badannya. Wajahnya kemerahan menahan malu.

Dean bangun dari pembaringannya. Dia memandang Aria dari sisi matanya.

Aria terus berjalan ke begnya mengeluarkan makanan yang dibawa dari rumah untuk menutup malu.

"Saya ada bawakan awak makanan. Nak makan sama sama tak?"tanya Aria masih tidak memandang Dean.

Dean turun dari katilnya menghampiri Aria. Kini dia betul berada di belakang Aria. Aroma bau peach di rambut Aria menarik perhatian Dean. Dia mencium rambut Aria membuatkan gadis itu terkejut. Dia mundur setapak kebelakang.

"Dean buat apa?"soal Aria. Dia terkejut kerana gadis itu mencium rambutnya.

"Ammm..tak..your hair smells nice. I like it."kata Dean sambil mengaru kepalanya. Dia juga tidak tahu kenapa dia secara tiba tiba bertingkah seperti itu.

Aria hanya senyum. Suka apabila orang yang dia suka, suka akan wangian rambutnya. Dia menghidangkan makanan di meja di tengah tengah bilik.

Dean sudah duduk melihat makanan yang dihidang nampak menyelerakan. Melihat Aria menghidangkan makanan untuknya membuatkan dia tersentuh. Sudah lama dia tidak dilayan dengan baik.

Aria memandang Dean. Matanya terus tertancap pada kesan lebam dihujung bibir Dean. Dia terus menarik dagu Dean untuk melihat lebih dekat.

"Au.."aduh Dean. Terasa sedikit sakit dengan tarikan Aria. Dia menolak tangan Aria. Kini Aria menarik tangannya pula.

"Kesan luka apa ni?"soal Aria. Baru beberapa hari pulang kerumah Dean sudah ada lebam sana sini. Dia bangun dan pergi ke arah Dean. Dia mencari mungkin ada kesan di tempat lain. Dan tepat tekaannya terdapat kesan lebam di kaki Dean. Dia menyentuh lebam tersebut. Dean mengaduh kecil.

"Kenapa boleh jadi macam ni?"tanya Aria lagi. Matanya sudah berkaca. Sedih melihat kesayangannya luka sebegini.

"Tak ada apa apa lah. Kita sambung makan jom. Dean lapar dah dua hari tak makan."kata Dean cuba mengubah topik yang Aria persoalkan.

"Dean. Kenapa ada lebam lebam ni? Baru berapa hari Dean balik rumah."soal Aria. Jarinya masih menyentuh luka di hujung bibir Dean.

Dean menarik tangan Aria lalu diturunkan dari bibirnya. "Don't worry. Jom makan, lapar lah."kata Dean. Dia masih mengelak untuk terus menjawab soalan Aria.

Aria mencebik lalu bangun kembali ke tempat yang diduduki. Dia memberi makanan yang telah dihidang pada Dean. Matanya masih memerhatikan Dean tetapi Dean masih seperti tidak ada apa yang berlaku.

Setelah selesai makan Aria menarik Dean duduk berdekatan dengannya. Aria mengambil ais lalu dibalut pada kain dan di tuamkan pada bibir Dean. Matanya fokus pada kerjanya.

Matanya memandang Aria sedang menuam lebamnya. Wajah comel gadis itu menarik matanya untuk terus menatap wajahnya.

Dub! Dub! Dub!

Jantung Dean kuat berdetak. Semakin lama semakin kuat dan laju. Dean menarik tangan Aria. Gadis itu terus terkejut dengan tindakannya.

"Dean kenapa?"soalnya pelik.

"Dah tak sakit. Thank you."katanya. Layaknya sudah seperti robot.

"Ouh. Sekejap belum siap."dia menyapukan krim pada luka luka Dean. Dia juga meniup sedikit pada luka luka itu. Membuatkan Dean semakin ingin melepaskan dirinya.

FORBIDDEN LOVE [ON GOING]Where stories live. Discover now