Chap 28 (my life getting dark)

80 4 4
                                    

Batuknya semakin parah dan tubuhnya juga semakin kurus sehingga menampakkan tulang seumpama mayat hidup. Rambut yang lebat ikal mayang itu sudah pun gugur. Rambut yang dahulu menjadi mahkota menghiasi kepala kini sudah tiada dan di tutupi oleh skarf.

Pipi yang gebu bulat juga hilang diganti dengan wajah cengkung. Tubuhnya juga sering merasa sejuk. Pergerakan juga terbatas dan memerlukan bantuan orang lain untuk bergerak.

"Mama.."panggil seorang anak yang masih kecil dimatanya. Satu satunya puteri kesayangan yang terpaksa menjalani hidup sebagai seorang lelaki sejak kecil lagi. Dan dituntut sempurna. Ditatap wajah kecil itu seolah itu hari terakhirnya.

Bibir kering itu dipaksa menguntumkan seukir senyuman untuk sang anak. Tubuhnya sangat lemah tak bermaya. Dirinya dilontarkan begitu sahaja sejak sakit langsung tidak dipedulikan.

"Mama..."panggil anak itu lagi seakan sayu suaranya. Tangan kecil itu menyentuh tangan kurus si ibu.

"Anak mama dah makan?"soalnya perlahan tetapi dapat didengari oleh si anak. Wajah sedih itu dipandang lama.

"Anak mama baru balik sekolah ye?"soalnya lagi. Dia tahu wajah sedih itu baru saja dipukul oleh daddynya.

Nafas ditarik dalam. "Dean dah makan dah."bohong Dean. Dia langsung tidak makan dari tadi kerana tidak diizinkan oleh Ethan. Lelaki itu bengang dan memukulkan kerana dia mendapat tempat kedua di dalam kelas.

Diambil mangkuk berisi bubur hangat di atas meja itu lalu disuakan sesudu pada ibunya. Bubur itu mungkin dihantar tadi oleh pembantu rumah. Setelah kematian Deff yang lebih tepat diarah bunuh oleh Ethan semua hal tugas berkaitan Aleena diuruskan oleh pembantu rumah.

Aleena perlahan lahan cuba membangunkan dirinya untuk bersandar pada kepala katil. Dirinya dibantu oleh Dean. Anaknya itu sangatlah berdikari. Semua hal dilakukan sendiri.

Setelah makan beberapa suap dia menyatakan bahawa dirinya sudah kenyang dan menyuruh Dean menghabiskan sisa bubur yang masih banyak tinggal didalam mangkuk. Dia tahu anaknya bohong kerana tidak mahu risau dan memudaratkan lagi kesihatannya. Tapi ibu mana sahaja tidak risau akan anaknya. Dia terdengar pekikan  Ethan memarahi Dean dan bunyi tamparan kuat juga terdengar. Jatuh gugur air mata si ibu sedangkan dirinya sahaja belum mati sudah diperlakukan begitu bagaimanakah nasib puterinya jika dia sudah pergi.

Flashback

"Apa yang kau bodoh sangat ni?"

"Ini keputusan yang kau nak tunjuk pada aku?"

"Kau bangga dengan keputusan kau ni ke?"

"Eh, bisu! Jawablah aku tanya. Kau bangga ke?"tengking Ethan seraya melempar kad laporan si anak.

Dean hanya menggelengkan kepalanya. Dia sudah berusaha sebaik mungkin. Itu hanya ujian biasa dan dia mendapat tempat kedua itu mengundang kemarahan daddynya.

Plakk!

"Aku tak akan sign! Kau suruh ibu yang nak mati tu sign! Ibu dengan anak sama menyusahkan!"tempik Ethan lagi sebelum meninggalkan Dean yang masih mematung berdiri di ruang tamu itu. Tangan itu digenggam kuat menahan amarah.

Dia mengambil kad laporan yang jatuh dilantai lalu dimasukkan semula ke beg. Pipi yang memerah ditampar dibiarkan.

End flashback

Suapan terakhir bubur dimasukkan ke dalam mulut. Lapar sungguh dirinya kini sudah kenyang. Di pandang ibunya yang dari tadi memandangnya.

"Why mama look at me?"soalnya. Mangkuk tadi diletakkan di atas meja semula.

FORBIDDEN LOVE [ON GOING]Where stories live. Discover now