Chap 13 (Can you give me a hug)

166 9 5
                                    

"Hey, Aria! Don't you hear me?"kata Mark yang semakin melajukan langkahnya untuk mendekati Aria. Kakinya yang panjang cepat menyamakan langkah bersama Aria dan tangan gadis itu di tarik.

"Awak nak apa ni?"tanya Aria berang. Sejak kebelakangan ni kerap dia berjumpa dengan Mark. Ada saja kemana dia pergi. Hal itu membuatkan dia semakin tidak selesa akan Mark. Seolah di intip.

"Saya panggil awak dari tadi. Kenapa awak macam mengelak dari saya?"soal Mark sambil mengetatkan genggamannya.

"Auuch! Mark..sakit lah.."aduh Aria sambil menarik tangannya dari genggaman Mark.

"No! Answer my question Aria!"katanya sedikit kasar.

Mata Aria sudah berkaca. Dia tidak suka dibentak. "Sakitlah.."kata Aria merengek meminta dilepaskan.

"Sejak awak rapat dengan Dean awak dah berubah! You are not Aria that I know."marah Mark.

Aria terdiam. Mengapa semua orang seperti memandang Dean tu jahat sedangkan semuanya sebalik itu. Dean sangat baik. Malas mahu berdebat Aria menarik kuat tangannya lalu meninggalkan Mark yang masih memandangnya dengan tatapan bengang. Mungkin benci.

Aria membelek tangannya sambil berjalan. Dia menekan butang lif menuju ke tingkat atas iaitu dormnya tetapi dia dikejutkan akan kehadiran June.

"Awak buat apa dekat sini June?"soal Aria sambil menunggu pintu lif terbuka.

"Saya baru lepas angkat barang letak dalam dorm."balas gadis berambut ikal hitam itu sambil tersenyum manis.

"Ouh..eh. Dorm? June duduk hostel ke?"Aria menyoal pelik.

Gadis ikal itu mengangguk laju. Penat dia merayu dihadapan ibu bapanya supaya dapat tinggal dihostel alasanya tidak menyusahkan mereka walaupun mereka tidak keberatan.

"Really! Yeayy..kita boleh pergi kelas sama sama lepas ni.."kata Aria teruja.

Ting!

Pintu lif terbuka dan kedua dua gadis itu masuk sambil berborak teruja. Mereka juga tidak sangka bilik mereka saling berhadapan. Lagilah membuat dua gadis itu gembira berpelukan. Aria mengajak June ke dormnya. Baru sahaja pintu dorm terbuka senyuman Aria terus mati.

"Dean!"kata Aria terkejut.

Dia terkejut kerana melihat lebam dan luka yang ada di muka Dean. Bukan itu sahaja gadis itu juga kurus dari sebelumnya. Wajahnya juga sedikit cengkung. Kakinya terus meluru ke arah Dean. Matanya sudah berkaca. Siapa yang sanggup memukul orang yang dicintai itu.

"Dean..."katanya lirih. Tangannya bergetar menyentuh wajah pucat itu perlahan.

Gadis pucat itu hanya memberikan senyuman. Dia menarik tangan kecik itu perlahan. "Why with your hands hmm?"tanya Dean lembut.

"Mark tarik tadi."jawab Aria jujur. Matanya memandang tepat ke anak mata Dean.

"Come here."panggil Dean sambil menarik Aria perlahan duduk di pangkuannya.

Aria terdiam. Tidak pernah Dean selembut itu bersamanya. Kenyamanan di rasai apabila bersama Dean.

"Don't get too close to him."kata Dean perlahan. Dia melepaskan keluhan perlahan.

Aria hanya mengangguk laju. Air matanya diseka. "Are you still hurt?"tanyanya menyentuh lagi luka yang sudah kering itu.

Dean menggeleng perlahan. "Can you give me hug?"tanya Dean.

"Of course."dengan senang hati Aria mendepakan tangannya memeluk Dean.

Dean merasakan kehangatan. Teribas kembali ketika ibunya masih hidup setelah dibebaskan dari kurungan Dean akan terus kekatil ibunya dan minta dipeluk. Ketika itu ibunya sudah tidak boleh berjalan kerana sakit. Dan kehangatan yang sama dirasai ketika memeluk Aria.

FORBIDDEN LOVE [ON GOING]Where stories live. Discover now