Chap 27 (She's not my mother)

74 7 1
                                    

-SKIP 2 YEARS-

"Cik sudah berkahwin?"

Soalan doktor lelaki itu dibiar lama. Lambat lambat dia menggelengkan kepalanya memberi jawapan. Dia dibawa oleh Deff atas suruhan Ethan. Kerana bahagian vagina Aleena mengalirkan darah dan gadis itu menangis kesakitan meminta untuk berhenti. Sebelum ini juga dia ada memberitahu Deff bahagian peranakannya sangat sakit tapi ditahan ketika Deff hendak membawa ke hospital.

"Cik disahkan mengidap kanser servik. Stage four. Kanser cik telah merebak hingga ke paru paru dan menyebabkan puan batuk batuk sehingga berdarah atau nama saintifiknya pneumonia."jelas doktor lelaki bernama Hans.

Aleena terdiam sejenak. Air matanya gugur. Sukar untuk dia menyatakan perasaannya. Memang selama ini dia meminta untuk mati tetapi kenapa sekarang dia menyesal dengan perkara yang terjadi. Otaknya terus memikirkan Dean anaknya yang sedang bermain diluar bersama Deff. Apa yang akan terjadi pada anaknya? Hidupkah? Ataupun bakal senasib dengan dirinya? Tidak dia tidak akan benarkan perkara itu berlaku pada anaknya.

Air matanya dibiar mengalir. "Masih ada peluang untuk saya sembuh doktor?"tanya Aleena perlahan. Sungguh perlahan membuatkan wajah Si Doktor memahami perasaan pesakitnya.

"Saya minta maaf cik. Tapi kami cuba yang termampu."kata Doktor Hans mencuba mengembalikan semangat Aleena.

"Jujur dengan saya Doktor. Berapa lama waktu yang saya ada?"soal Aleena lagi.

Hans diam seketika. Mata berat dalam kesedihan itu dipandang dalam. "Sekitar 4 bulan."

Aleena mengangguk lemah. Dia tidak mampu untuk berkata apa lagi. Setelah mengambil ubat dia segera pergi mencari Deff dan anaknya. Langkahnya terhenti melihat Dean tertawa bermain gelonsor dan Deff yang melayani telatah anaknya. Jatuh lagi air takungannya. Kakinya lemah terduduk. Tangisan cuba ditahan.

"Macam mana mama nak tinggalkan Dean?"kata Aleena dalam tangisannya.

"Kenapa sekarang? Kenapa sebelum ada Dean kau tak nak ambil nyawa aku? Kenapa dalam  keadaan seperti ini juga? Dean macam mana nanti? Kenapa?"kata Aleena lagi. Dia tak mampu menahan rasa sakit selama dia pendam ini. Dia bangun menukar langkahnya menuju ke tandas. Wajahnya dicuci bagi menghapus air mata dan kesedihan diwajah. Dia harus bertahan sehabis mungkin. Inilah jalan terakhirnya.

"Mama why so late? Dean hungry tau."kata Dean setelah melihat kelibat sang ibu yang menghampiri.

"Sorry sayang, mama pergi toilet tadi. Itu yang lama sikit."kata Aleena memberi alasan.

"So, what doctor said?"soal Deff berjalan  menuju ke kereta.

Aleena memberi isyarat mata bahawa anaknya ada disini dan dengan pantas Deff memahami agar bertanya dilain waktu.

"Anak mama lapar ye sayang. Kita balik mama masakkan untuk Dean ye."kata Aleena setelah meletak Dean di kerusi khas untuk kanak kanak didalam kereta.

"Okay mama."kata Dean tersenyum sehingga matanya tidak kelihatan. Lama wajah kecil itu Aleena tatap. Air mata yang gugur dikesat segera. Setelah itu kereta pun bergerak pulang ke rumah tetapi bukan rumah untuk Aleena dan anaknya.

FORBIDDEN LOVE [ON GOING]Where stories live. Discover now