Chap 8 (Don't you ever dare touch what is mine)

163 11 0
                                    

Jika memang benar Dean orang yang memberi manisan tempo hari, dia tidak akan sia siakan lagi peluang untuk lebih mendekati Dean. Walaupun dia sendiri tahu ada dua jawapan yang bakal diterima. Sama ada jawapan yang menggembirakan atau jawapan yang tidak diingini. Dia hanya memerhati Dean yang mengemop lantai dan mengelap meja hingga bersih. Datang pula niatnya untuk membantu. Baru sahaja dia mahu bangun Dean sudah bersuara.

"Stay there, don't go anywhere"katanya tanpa memandang Aria. Dia sedaya upaya mahu cepat mengemas kerana dia perlu ketempat lain pula untuk terus bekerja.

Aria sudah cemberut kerana Dean melarangnya.

Setelah selesai segala kerja Dean mengunci pintu dan sudah memakai helmet di kepalanya. Dia melihat Aria berjalan pergi masih tidak jauh dari cafenya. Dia menghela nafas.

"Oi!"jeritnya sedikit kuat. Aria menoleh.

"Jom aku hantar kau balik."kata Dean. Tapi gadis itu diam tidak membalasnya. Gadis itu hanya menggelengkan kepalanya tidak mahu.

"Dah lewat ni. Saya hantar balik okay."kali ini Dean mengubah pertuturannya. Dan gadis itu mengangguk tersenyum. Sudah cukup masak dengan tingkah gadis manja itu. Dia membuka helmet yang dipakai lalu di sarungkan ke kepala si gadis.

"Saya tak bawa helmet lebih. Pakai ni."katanya setelah melihat wajah gadis itu seperti tanda tanya.

Aria sudah mendepakan tangan. Dean yang sudah faham mengangkat gadis itu duduk keatas motor besarnya. Tanpa disuruh tangan kecil milik Aria sudah melingkar memeluk pinggang Dean. Dean tersengih dan memerah pedal motornya. Sampai di hostel yang diduduki Aria sendiri turun dan meminta Dean membukakan helmet yang dipakai. Dia pelik Dean tidak ikut turun bersamanya.

"Awak nak pergi mana?"soalnya.

"Kerja."jawapan yang ringkas diberi.

Aria melihat jam ditangannya. "Kerja apa pukul 10 malam macam ni?"soalnya lagi.

"I work as a nightclub DJ."jawabnya lagi sambil helmet hendak disarung tapi dirampas oleh Aria. Gadis itu menyarung ke kepalanya sendiri.

"Nak ikut."katnya. Dia mahu melihat Dean bekerja. Tidak tahu mengapa tapi itu yang dia inginkan sekarang.

"No Aria! Im working not clubbing."balasnya. Gadis dihadapannya ini semakin berani.

"Nak ikut......"rengeknya lalu duduk dilantai sambil menghentak hentakkan kaki seperti kanak kanak tidak dapat mainan yang diingini.

"Get up now or I'll leave you."
Dean pening melihat kerenah gadis ini. Kadang kadang membuatnya menyampah pun ada. Dia menggulingkan matanya. Dia melihat gadis itu atas bawah.

 Dia melihat gadis itu atas bawah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Baju yang dipakai Aria)

'Damn it' Tidak mungkin dia mahu membawa gadis polos ini ketempat seperti itu. Serabut memikirkan. Dia malas mahu berperang mulut lalu membenarkan gadis itu pergi bersama dia.

FORBIDDEN LOVE [ON GOING]Where stories live. Discover now