Chap 2 (He's a girl!!/beautiful tattoo ✨)

265 19 0
                                    

Aria terus ke katilnya tidak menghiraukan Dean yang memerhati sahaja tingkah lakunya dari tadi. Dia baring memalingkan badannya membelakangi Dean.

Dean hanya tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Dia memandang jam ditangannya baru pukul 7.30 malam.

"Hey. Did you eat yet?"tanya Dean menghampiri Aria yang membelakanginya. Di memegang palang katil Aria.

Aria bangun perlahan tetapi masih membelakangi Dean. Senyap tak terkata.

Krukk~

Perut Aria berbunyi. Semakin merah wajahnya. Dia menepuk perutnya perlahan. Dia malu hendak bersemuka dengan Dean yang langsung tak disangkakan perempuan dan juga roommate nya.

'AAAAAAAAAAAAAAAA'jerit dalam hatinya.

Dean tertawa kecil melihat tingkah Aria. Dia berdiri depan pintu lalu berkata

"If you want to join me for dinner, jom cepat. Waiting you at lobby. 5 minutes okay."kata Dean sambil melihat Aria dari sisi matanya yang masih tetap di katil nya.

Aria turun dari katilnya lalu menyiapkan diri sebelum turun ke lobby. Dia menundukkan wajahnya rambutnya yang diikat kiri dan kanan bergoyang goyang sambil dia berjalan menghampiri Dean. Sebijik seperti kanak kanak tadika. Dean tertawa tapi dia terus tutup tawanya setelah Aria betul berada disisinya.

"Jom."Dean menghulur helmet pada Aria.

Aria memandang helmet itu silih berganti dengan wajah Dean.

"Kenapa awak bagi saya topi ni?"soal Aria blur.

"Nak pergi makanlah naik motor. Naik motor kena pakai helmet. Nanti kena saman siapa nak bayar. Kau nak bayarkan ke?"kata Dean. Suaranya yang garau membuatkan Aria terkejut.

"Saya cakap baik baik kan."jawab Aria perlahan. Aria sensitif orangnya. Keluarga dia tidak pernah menggunakan perkataan 'kau' 'aku' padanya. Jadi dia agak terasa dengan kata Dean.

Dean memandang Aria. Mata helangnya begitu tajam membuatkan Aria menunduk. Air mata gadis itu terus mengalir.

Huaaaaaaaaa!!!

Dean langsung panik. Orang di lobby memandang tepat ke arahnya.

"Hey.. hey..diam lah. Kenapa kau nangis ni..haduh.."Dean menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil mencari cara memujuk gadis dihadapannya ini. Dia sendiri tidak tahu apa salahnya yang membuat gadis itu menangis secara tiba tiba.

Dia menarik Aria keluar dari lobby lalu mengesat air mata gadis itu.

"Hey...why are you crying?"tanya Dean mengubah suaranya lembut.

"Kenapa hiks..hiks..awak marah saya..hiks"tanya Aria masih dalam sedunya.

"Mana ada aku marah kau."jawab Dean bersahaja.

"Tu awak marah."kata Aria lagi.

"Im sorry. Stop crying please. Aku belanja kau makan, okay?"Dean masih memujuk.

Aria menggelengkan kepalanya.

Dean membungkukkan tubuhnya. Tangannya memegang kedua lengan Aria sambil menatap mata gadis itu. "Awak berhenti menangis okay. Jom saya belanja awak makan." Dean senyum.

Aria menganggukkan kepalanya. "Kita jalan kaki je boleh."katanya sambil mengelap air mata yang masih tersisa.

"Kalau tu buat awak stop menangis , anything for you."jawab Dean. Pertama kali dalam hidupnya dia bertemu perempuan seperti Aria. Lain dari yang lain. Satu dalam sejuta.


~~~

Aria menyedut airnya dengan straw sambil matanya mencuri pandang Dean yang kini betul berada dihadapannya sedang bermain telefon. Matanya tertumpu pada tattoo yang berada di tangan dan lengan Dean.

FORBIDDEN LOVE [ON GOING]Where stories live. Discover now