Chap 16 (First date 😅)

147 12 3
                                    


Minggu peperiksaan telah tiba. Dan hari ini ialah hari ketiga bagi semua pelajar menjalani ujian. Persediaan telah dilakukan oleh Aria. Dia juga sempat membaca sedikit lagi beberapa nota bagi menambah pada ingatan. Kakinya laju bergerak bersama June kerana lagi beberapa minit exam akan dimulakan.

Aria melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan June yang jaraknya cuma satu meter. Aria merapatkan tangannya dan berdoa pada tuhannya agar dipermudahkan menjawab ujian hari ini. Untuk pengetahuan Aria beragama Buddha- Christian. Kerana ayah dan ibu Aria mempunyai agama yang berbeza. Ayah Aria beragama Buddha manakala ibunya beragama Christian. Jadi dia mempelajari dua agama sekali gus.

.

.

.

.

Di sisi lain, Dean sedang menulis laju essay di kertas ujiannya. Dia mengeluarkan segala idean yang terdapat di isi kepalanya.

Apa yang diharapkan cuma dia mahu segera menghabiskan masa ujian ini. Dia sudah berusaha sebaik mungkin untuk ujian kali ini. Dia harus pergi ke kerja dan mencari wang dengan lebih lagi. Dia juga sudah berhasrat ingin meninggalkan asrama ini dan membeli sebuah rumah. Dia sedang berusaha mengumpul duit bagi mencapai hasratnya itu.

Kring!~

Tanda tamatnya semua ujian pada hari ini. Aria dan June keluar dari kelas sambil berbincang tentang soalan tadi. Mereka berjalan keluar dari perkarang kolej itu menuju ke cafe yang kini kerap mereka berdua kunjungi.

Tiba tiba nama mereka berdua di panggil tidak jauh. Mereka menolah melihat gerangan yang memanggil.

"Hey girls. Lama kita tak jumpa right?"kata Mark sambil tersenyum memandang Aria dan June silih berganti. Tetapi matanya lebih menatap Aria sehingga membuatkan gadis itu tidak selasa akan pandangan itu.

"Yeah lama tak jumpa. Kau pergi mana selama ni?"tanya June. June sudah lama mengenali Mark tetapi tidak begitu rapat juga.

"Im a little bit busy but now ada exam right? So I need to attend the exam to get the mark."jawab Mark lagi.

June hanya mengangguk mengiyakan manakala Aria masih kaku seperti batu hanya ingin segera beredar. Sedari akan situasi itu June meminta diri untuk pergi tetapi Mark menawar mereka untuk lunch bersama dengannya.

"Saya dah ada janji. Next time lah."tolak Aria lembut.

"Ouh ye ke. Okaylah kalau macam tu. Next time okay."kata Mark lalu meninggalkan mereka berdua yang masih berdiri disitu.

Aria menghembus nafas lega. Nafasnya tadi seakan tersangkut apabila melihat Mark. Kejadian tempoh hari masih terngiang di kepalanya.

"Aria okay? Sorry June lupa tentang tu."kata June meminta maaf.

Aria hanya membalas dengan senyuman seakan memberitahu bahawa dia baik baik sahaja.

Mereka meneruskan perjalanan yang terhenti tadi.

.

.

.

.

Bug! Bug! Bug!

Stereng kereta di hentak banyak kali melepaskan amarahnya.

"SIAL!"

Segala sumpah makian dikeluarkan. Rasa tidak puas hati kerana Aria melayannya acuh tak acuh. Dia benci akan hal itu.

"Look who will win Aria! Your stupid love Dean or me."katanya bersama sengihan jahat. Urat yang timbul di dahinya seakan menunjukkan dirinya tidak dapat mengawal kemarahan dirinya. Dia harus mencari jalan mendapatkan apa yang dia mahu. Sekarang dia harus melampiaskan amarahnya pada jalang yang selalu melayan nafsu serakahnya.

FORBIDDEN LOVE [ON GOING]Where stories live. Discover now