Chap 1 (Love first sight)

690 26 5
                                    


"Aria Hazel!"jerit satu suara yang membuat semua pelajar terkejut kerana suara yang memenuhi ruangan bilik belajar tersebut.

Gadis itu terus tersedar dari lamunannya. Dia menepuk kepalanya perlahan kerana leka akan lamunannya.

Lelaki yang sudah berumur dalam lingkungan 50an itu menghampirinya.

Aria berdiri kaku menundukkan wajahnya. Malu mahu menyorokkan wajahnya. Rasa nk masuk je dalam buku ni.

"Awak dah sampai mana Aria Hazel."tanya lelaki bergelar Prof Jason Wayyer itu.

Aria menelan air liurnya seperti tersekat dikerongkongnya.

"Awak dah datang lambat. Saya dari tadi menerangkan pelajaran hari ini awak boleh termenung pandang Daniel tu buat apa."kata Prof Jason Wayyer berang,suaranya sungguh kuat.

"Dean."kata beberapa pelajar diruangan kelas tersebut. Tak lain tak bukan asyik salah nama je. Tah Daniel mana yang disebutnya tu. Almaklumlah dah tua.

Gadis itu masih menunduk takut hendak bertentang mata dengan lelaki dihadapannya.

"Last warning ye. Once awak buat lagi awak berdiri luar kelas. Faham."perkataan faham itu ditengking membuatkan Aria terkejut. Nasib tak melatah.

Prof Jason Wayyer menyambung semula pembelajarannya yang tergantung setelah menyuruh gadis itu duduk. Aria memandang Dean sekilas namun Dean hanya fokus memandang apa yang diajarkan dihadapan. Dia mengeluh kecil sebelum kembali memandang ke skrin besar yang ditayangkan. Hari pertamanya sahaja sudah ditimpa malang.

~~~

Aria Hazel atau lebih dikenali sebagai Aria. Aku tak terlalu tinggi dan tak pendek juga. Aku berumur 20tahun dan aku belajar di private college. Aku anak tunggal dan tinggal di asrama. Aku berdarah kacukan jepun. Nenek dan datuk aku berdarah asli jepun dan melahirkan putera yang kacak iaitu my father. Hiroto Tanaka. Ayah aku nekad mahu berkahwin dengan ibu aku dan setelah itulah terlahirlah aku Aria Hazel. Hazel itu ibu aku yang pilih sebab rambut aku original warna hazel. Dan hari ini bermulanya hari pertama aku masuk asrama kerana rumah aku jauh dari tempat kolej yang aku pelajari.

~~~

Kakinya melangkah masuk ke dalam dorm yang telah diberi sambil mengangkat barang. Barang diletak seiring dengan keluhan. Katil di sebelah kanan dipilih dan disarung dengan cadar yang telah dibeli. Buku disusun rapi mengikut ketinggian. Setelah selesai dia duduk memandang katil di sebelah kirinya masih lagi kosong tiada penghuni. Dia mengeluh lagi.

'bosanlah tak ada kawan nak borak.'katanya sendiri.

Dia memakai kasut sebelum melangkah keluar dari dormnya untuk mencari makan. Perutnya sudah berkeroncong meminta diisi.

 Perutnya sudah berkeroncong meminta diisi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
FORBIDDEN LOVE [ON GOING]Where stories live. Discover now