Special Chapter - 3

2.3K 113 6
                                    

TANGAN menepuk lembut Dhia Andra yang sedang tertidur di pahanya itu. Anaknya itu merengek sekejap. Dia menoleh berpaling memandang Emir Aidan dan Emir Adriel yang diam sahaja berada di bahagian belakang kereta Mercedes Benz. Lah tidur rupanya.

Kepalanya menoleh ke depan semula memandang Adden yang baru masuk kereta. Suaminya itu pergi beli apa entah. Lama betul.

"For my beautiful wife"

Sejambak bunga tulip putih diserahkan kepada Dhia Airisya bersama senyuman lebar. Dia berhenti kerana mahu membelikan isterinya itu bunga kesukaannya.

"I'm sorry about yesterday"

Dhia Airisya mengambil sejambak bunga tulip yang berwarna putih itu dari Adden lalu dihidu. Wangi! Bibirnya mengukirkan senyuman. Ada je cara Adden nak buat dia tersenyum selalu. Pipi Adden dicium sekilas.

"Flower heal me. Tulips makes me happy but you make my stomach full of butterflies. Thanks abang. I love you"

Adden ketawa kecil. Dah pandai isterinya itu berkata manis. Dah berjangkit dengan dia agaknya. Diusap kepala Dhia Airisya. Haish isteri siapa la ni comel sangat.

"A flower cannot blossom without sunshine and a man cannot live without love. Love you too, sweetheart"

Adden memegang dagu Dhia Airisya lalu bibir mungis itu dikucup sekilas.

Perjalanan mereka balik ke kampung diteruskan. Beberapa jam juga la disebabkan mereka banyak singgah tempat terutamanya Adden yang selalu rasa mahu muntah. Agar sukar mahu berjalan jauh dengan alahannya itu.

Dhia Airisya menyuruhnya untuk berehat dan offer mahu memandu tapi dia berkeras taknak. Taknak menyusahkan Dhia Airisya yang sedang mengandung itu memandu kereta. Biarlah dia berehat di sebelah. Lagi dia senang tengok.

"Nenek!" Jerit Dhia Airisya memanggil Nek Kiah sebaik sahaja mereka sampai di kampung.

Tidak lama keluar Nek Kiah dan juga Nek Jah dari dapur rumah Nek Kiah dengan senyuman lebar apabila melihat cucu dan cicit mereka berada di depan mata.

"Ya Allah Icha, Emir!" Dhia Airisya dan Adden salam tangan Nek Kiah dan Nek Jah. Emir Aidan dan Emir Adirel turut salam tangan nenek mereka.

"Ni ke Andra. Eee comel cicit kita Jah"

"Comel-comel belaka anak ko, Mir" ujar Nek Jah teruja melihat 3 orang cicit di depannya itu. Semua comel-comel.

"Appa mana nek?" Adden menyoal apabila tidak melihat appanya, Bae Jung. Sejak eommanya meninggal, appanya selalu meluangkan masa di kampung. Katanya duduk kat kampung dapat membuatkan dia melepas rindu pada eommanya.

"Pergi pekan beli barang. Dia teruja bila dengar korang nak stay sini" jawab Nek Jah.

"Ouh kalau macam tu Emir pergi pekan dulu lah nek"

"Ehh kamu baru sampai. Tak penat ke?"

"Abang rehatlah dulu. Abang muntah-muntah tadi. Muka tu pun lesu" tutur Dhia Airisya risau. Muka suaminya itu tampak keletihan memandu jauh dari Kuala Lumpur tambah lagi dengan alahannya.

"Tu lah Emir. Rehat dulu."

"Baiklah nek"


"APA? Kena menuai padi?"

Adden menggaru kepalanya yang tidak gatal. Setelah diberitahu pada Nek Kiah dan Nek Jah yang dia mencari Pak Mat yang menjual cendol durian kerana Dhia Airisya mengidam dia dibawa ke sawah padi.

"Nampak tu Pak Mat tengah menuai padi kat sana"

Kepalanya diangguk.

"Haa pergilah tolong dia. Nanti baru lah dia tolong buat cendol kat isteri kamu" ujar Nek Kiah.

[ C ] Asmara Bulan EMIRDHIAWhere stories live. Discover now