Bab 3

3.2K 199 21
                                    

SUDAH 3 hari sejak kejadian itu berlaku, namun hubungannya dengan Emir Adden Fattah masih menegang. Rasa macam kali ini dia pula yang dipalau. Selalunya dia yang ingin menjauhkan diri daripada lelaki itu namun kali ini Emir Adden Fattah yang menjauhkan diri daripadanya.

Satu keluhan kecil terbit dari mulutnya.

Sepatutnya, dia gembira yang lelaki itu turut menjauhkan diri darinya namun jauh di sudut hati dia rasa sedih dan juga kecewa. Hatinya meronta ingin mendekati lelaki itu tapi akal fikirannya menegah bahawa ini adalah yang terbaik.

"Woi taknak balik ke?"

"Huh?"

Dhia Airisya memandang jam di tangan. Jarum jam sudah menginjak pada nombor 6. Sedar tidak sedar yang sekarang masa untuk pulang ke rumah. Dia berpaling memandang Farhana.

"Kau balik lah dulu lagipun aku nak balik rumah ibu"

"Alright"

Keadaan office semakin berkurang jumlah pekerja. Ramai yang segera mengangkat kaki balik ke rumah. Ada yang tidak sabar untuk bertemu dengan keluarga kecil di rumah dan ada juga yang tidak sabar untuk berjumpa kekasih hati atau tidak sabar untuk melepaskan penat lelah bekerja.

Namun bukan Dhia Airisya. Dia tiada kekasih hati untuk berjumpa. Lagipun kalau dia balik awal ke rumah ibu angkatnya, bukan dapat terserempak juga dengan Emir Adden Fattah. Lelaki itu balik lewat malam menyebabkan dia sukar untuk bertemu dengan lelaki itu untuk meminta maaf atas kejadian tempoh hari.

Phonenya yang berada di atas meja dicapai lalu dia membuka whatsapp. Dia mengeluh kecil. Tiada satu pun whatsapp daripada lelaki itu. Haish! Geram pun ada!

Bunyi panggilan menyentakkan dia. Dengan segera tambah teruja dia memandang screen phonenya namun hampa apabila nama yang tertera itu bukan Emir Adden Fattah tetapi Ayeen. Bibirnya digigit. Fake hope betul!

"Ishh Icha kenapa kau tunggu panggilan dia? Dia tu bukan suami kau! Haishh" rungutnya kecil.

Panggilan dari Ayeen diangkat lalu dia melekapkan phone di telingannya.

"Kak Icha otw balik rumah ke?" Soal Ayeen di talian sana.

"Haah"

"Boleh belikan ais krim tak? Ayeen nak makan ais krim"

Dhia Airisya ketawa kecil dengan suara yang dilakukan oleh Ayeen. Terhibur sekejap dengan Ayeen. Sampai sekarang dia masih rasa bersalah dengan Ayeen. Kesian budak kecil itu ketakutan. Sudahla dia melihat yang 2 orang lelaki itu ditembak di depan matanya sendiri.

"Sure. Nanti Kak Icha belikan untuk Ayeen"

Dhia Airisya mula mengemaskan barang-barangnya apabila jarum jam sudah hampir menginjak pada nombor 7. Kerusi dimasukkan ke bawah meja. Sling bagnya dicapai lalu disangkut di bahu.

Sedang dia berjalan menuju ke keretanya, dia terserempak dengan bossnya, Aqil Ayaaz iaitu CEO tempat dia kerja. Sempat dia menyapa bossnya itu. Bukan nak mengorat tapi bossnya yang peramah itu membuatkan dia senang hati untuk menegur.

"So Airisya, how your day tempoh hari?"

Dhia Airisya mengerutkan dahinya. Cuba menangkap apa yang dimaksudkan oleh bossnya itu.

"Maksud boss hari yang boss suruh kerja separuh hati?"

Ayaaz menangguk kepalanya mengiyakan soalan Dhia Airisya.

"Err biasa-biasa je" tuturnya. Takkan dia mahu cakap yang berlaku tembakan di funfair pada bossnya? Walaupun dia tahu bossnya itu sudah maklum dengan apa yang berlaku di funfair dengan video yang tular di media sosial itu namun bossnya mungkin tidak tahu yang dia turut berada di situ.

[ C ] Asmara Bulan EMIRDHIAWhere stories live. Discover now