Bab 11

2.8K 252 17
                                    

DHIA AIRISYA duduk termenung di tepi kolam sambil memandang bintang yang berkelipan dan bulan yang menerangi bumi dengan senyuman kecil. Deruan angin malam yang menyapa tubuhnya itu dibalut dengan sweater tebal. Tubuhnya dipeluk erat. Sejuk!

Dia bersin seketika.

Walaupun terasa sejuk sehingga ke tulang tapi dia tidak kesah. Ada baik juga dia demam sejak Emir Adden Fattah meninggalnya ke Korea. 3 hari suaminya itu pergi langsung tidak menelefonnya. Namun apabila suaminya itu tahu yang dia demam, setiap hari suaminya akan call. Dan sekarang dia sedang menunggu panggilan dari sang suami.

Bunyi deringan phonenya itu membuatkan dia tersenyum lebar tatkala nama pemanggil menyapa mata hazelnya. Terus ditekan butang hijau dengan tidak sabar phone lalu dilekapkan di telinganya.

"Assalamulaikum awak!" Tuturnya dengan suara yang agak serak kerana demam.

"Dah makan ubat?"

Soalan dari Emir Adden Fattah membuatkan dia semakin tersenyum lebar. Kepala diangguk sekali dengan menjawab persoalan suaminya itu.

Telefon dijauhkan daripada telinga tatkala hidungnya mahu bersin sekali lagi. Segala hingusan dibuang menggunakan tisu yang tersedia di tepinya. Dia menggaru hidungnya yang rasa gatal itu. Kenapa dia rasa demamnya semakin teruk?

"Airisya kau buat aku risau."

Dhia Airisya tersenyum kecil.

Kalau macam ni demam pun tak apalah.

"Cepatlah bali....."

"Ya Allah Icha! Patutlah ibu cari Icha kat bilik takde. Kat sini rupanya. Pergi masuk dalam. Kamu tu demam, yang pergi bertapa kat tepi kolam ni kenapa?" Bebelan dari Tengku Sumayyah mematikan ayatnya yang mahu disampaikan kepada Emir Adden Fattah. Dia tersengih kecil.

"Alaa ibu, Icha nak ambil angin malam"

Tengku Sumayyah menggelengkan kepalanya.

"Mir, tengok isteri kamu ni. Degil! Patutlah demam tak surut!" Aduan Tengku Sumayyah kepada Emir Adden Fattah membuatkan Dhia Airisya mencerbik tatkala dia mendengar bebelan dari Emir Adden Fattah pula.

"Are you seriously, Airisya? Kau duduk kat luar when you have fever?"

Dhia Airisya menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih. Habislah telinga dia mendengar bebelan dari Emir Adden Fattah. Sudahlah sewaktu Emir Adden Fattah mendapat tahu yang dia demam, teruk dia dibebel.

"Saya nak masuk lah ni" tuturnya lalu mengemaskan barangnya. Dia segera mengangkat kaki dari situ sebelum singa dia sana semakin membebel kepadanya. Boleh bernanah telinga dia !

"Bye ibu" tangan dilambaikan pada Tengku Sumayyah seraya itu dia menapak masuk ke dalam rumah menuju ke bilik.

"Kau ni kan belajar tinggi buat apa? Kau ambil kos doktor kan? Kau sepatutnya tahu angin sejuk malam-malam boleh membuatkan kau selsema lagi-lagi antibody yang lemah. Dah la kau tengah demam and selsema, kau pergi duduk kat luar tu kenapa? Cari penyakit lain pula? Otak ada kan? Gunalah! Pergi simpan kat lutut tu kenapa? Dasar otak letak kat lutut."

Dhia Airisya memejamkan matanya.

Dia mula dah!

"Sengajakan nak suruh aku risau kat kau? Kau tahu tak sebab kau, aku tak boleh fokus! Kalau aku injured aku salahkan kau blah blah blah......"

Dhia Airisya hanya setia mendengar segala bebelan dari Emir Adden Fattah dengan diam. Kepalanya yang dilandingkan atas bantal diurut apabila kepalanya mula berpinar. Makin pening mendengar bebelan Emir Adden Fattah yang tidak henti lagi itu. Kalah ibu angkatnya membebel!

[ C ] Asmara Bulan EMIRDHIAWhere stories live. Discover now