Bab 2

3.3K 228 7
                                    

"Adden"

Emir Adden Fattah terkejut. Dia sudah agak yang Dhia Airisya dapat mengecamnya jika dia melibatkan sekali dengan permainan menembak. Namun salah dia juga kerana terlalu handal menembak.

"Ai......."

Bang

Bunyi tembakan secara tiba-tiba di tengah-tengah funfair menyentakkan semua orang berdekatan. Keadaan di funfair kini riuh dengan orang yang berlari untuk selamatkan diri. Namun ada juga orang yang mula merakam kejadian tersebut. Mungkin ingin diuploadkan di media sosial. Budak zaman sekarang.

"Keluarlah bangsat! Face to face lah bro!" Jerit lelaki yang memegang pistol itu.

Emir Adden Fattah mengeluh kecil. Time ni juga lah nak cari pasal. Dia baru ada peluang nak bercakap dengan Dhia Airisya namun nampaknya niatnya itu perlu dikuburkan saja.

Badan dibongkotkan menghadap Ayeen. "Ayeen balik dulu dengan Kak Icha. Abang nak settlekan something jap" melihat Ayeen yang meangguk kepala itu membuatkan dia berdiri. Dihampiri Dhia Airisya yang statik berdiri lalu kunci kereta dikeluarkan dari poket seluarnya itu. Dihulurkan kepada Dhia Airisya sebelum mengangkat pergi.

Namun langkahnya terhenti apabila hujung lengan jaketnya itu ditarik. Dia berpaling semula ke belakang. Kelihatan Dhia Airisya yang menarik lengan jaketnya itu.

Dhia Airisya memberikan gelengan kecil pada Emir Adden Fattah dengan berharap Emir Adden Fattah menguburkan niatnya untuk mendekati lelaki yang membuat kecoh tadi. Dia cuma risau. Risau kalau terjadi apa-apa pada Emir Adden Fattah.

Emir Adden Fattah mengeluh kecil. Tangannya itu ditarik perlahan. Tanpa berlengah kasar, dia terus beredar di situ tanpa berkata sepatah kata pada Dhia Airisya. Langkahnya dilajukan pada lelaki tersebut. Dia tahu yang lelaki itu mencarinya kerana dia amat kenal akan lelaki itu.

"Benda boleh settle yang kau nak buat kecoh kat sini apahal?" Tuturnya bengang sebaik sahaja dia mendekati lelaki itu membuatkan pistol yang dipegang lelaki itu diacu kepadanya. Namun dia bersyukur juga perkara ini berlaku. Sekurang-kurangnya dia tidak pening ingin memberikan jawapan kepada Dhia Airisya kenapa dia berbuat begitu dengan mengumpan Ayeen untuk keluar.

"Keluar pun kau. Aku ingat kau pengecut"

Sindiran yang langsung tidak berbekas di hatinya itu membuatkan ketawanya meletus. Terasa amat lucu dengan sindiran lelaki itu. Dia pengecut?

"Talk to mirror ke? Siapa yang pengecut buat kecoh depan orang ramai? Kenapa? Ke takut kena kill dengan aku?" Soalnya dengan lagak biasa namun sudah bisa membuatkan darah lelaki itu semakin mendidih. Terasa seperti dia yang dimainkan pula sekarang! Tak guna!

"Okay. Let's deal kat tempat lain. Kalau mayat kau tak dijumpai, jangan salahkan aku" sindir lelaki itu lagi dengan senyuman sinis.

Emir Adden Fattah mengangkat bahu dengan mulut yang dicerbik. Langsung tidak takut dengan ugutan lelaki itu. Walaupun dia tidak bersenjata sekarang, namun ianya langsung tidak mematahkan keberanianya.

Mereka berdua melangkah keluar dari funfair dengan Emir Adden Fattah berjalan di depan dan di belakangnya lelaki tadi yang sedang mengacu pistol padanya. Langkahnya dituju pada sebuah kereta proton yang sudah buruk.

Dia duduk di tempat pemandu apabila disuruh lelaki itu. Kereta proton milik lelaki itu kini meluncur laju ke lebuh raya. Jalan agak sedikit sesat kerana sekarang merupakan waktu pekerja-pekerja pulang dari office masing-masing.

Setelah hampir 15 minit dia memandu, lelaki itu menyuruhnya untuk memberhentikan kereta di sebuah bangunan yang usang yang jauh dari bandar. Kereta pun tidak banyak lalu lalang di situ.

[ C ] Asmara Bulan EMIRDHIAWhere stories live. Discover now