Bab 37

2.1K 185 9
                                    

MELIHAT seorang perempuan tua terbaring lemah dia atas katil hospital, membuatkan Hana semakin lemah berjalan menghampiri ummk tercintanya. Melihat uminya yang sedar dengan kehadirannya lalu menoleh ke sisi memandangnya, cepat-cepat sahaja dia mengukirkan senyuman manis.

"Ehh anak umi tak kerja ke hari ini?" Soal uminya hairan apabila dia datang ke sini pada hari bekerja.

"Kerja Umi. Ni Hana datang waktu lunch. Nah Hana beli lunch untuk kita berdua" ujar Hana. Satu plastik makanan diletak di atas meja di sisi katil sebelum menarik kerusi. Tangan uminya disalam lalu dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Susah-susah je datang sini. Kan umi dah pesan jangan datang sini waktu lunch. Tempat kerja Hana dengan hospital ni jauh"

Hana tersenyum kecil.

"Alaa umi, Hana nak lunch dengan umi. Daripada Hana lunch sorang-sorang baik Hana lunch dengan umi" cerbik Hana.

"Habistu Icha?"

"Icha dah tak kerja la umi kat situ. Dia kan dah kahwin. Suami dia kaya tak apa lah"

Terangguk-angguk kepala uminya. Lupa yang kawan baik anaknya itu sudah berkahwin dan berhenti kerja. Maklumlah dah tua, berpenyakit pula tu. Mana la dia ingat.

"Umi, Hana rasakan Hana nak kahwin dengan orang kaya juga lah umi. Tak payah kerja" Hana mengangkat keningnya pada umi sambil tersenyum kecil. Namun laju sahaja tangan uminya menampar lengannya. Mulutnya dicerbik.

"Masalahnya ada ke yang nak kahwin dengan anak umi ni? Pantang lelaki nak rapat, habis dikeluarkan kata-kata kesat oleh Hana. Umi rasa anak dato' pun tak berani nak dekat. Garang bebenor" tutur Puan Farah. Tersenyum kecil dia memandang muka masam anaknya itu. Bukan dia tak tahu perangai satu-satunya anak dia tu macam mana. Anti lelaki!

"Umi apa cakap macam tu. Kalau Hana tak kahwin sampai tua, semua salah umi"

"Ehh umi pula yang kena?"

"Ye lah kata-kata seorang ibu kan doa. Umi doa yang tak baik untuk Hana"

Puan Farah ketawa kecil. Kepala Farhana diusap lembut.

"Ye lah umi doakan anak umi ni cepat-cepat jumpa jodoh yang baik. Cepat-cepat kahwin sebelum umi pergi"

"Umi! Apa umi cakap macam tu!" Tutur Farhana tidak berpuas hati. Ait matanya semakin bertakung apabila teringat kata-kata Doktor yang uminya tidak lama akan hidup jika tidak melakukan pembedahan. Bukan dia taknak uminya lakukan pembedahan, namun kos pembedahan itu mencecah berpuluh ribu. Mana dia nak dapat duit berpuluh ribu?

"Err umi Hana pergi dulu la. Hana lupa Hana kena jumpa someone. Umi makan tau. Bye" terasa air matanya hampir mengalir, cepat-cepat dia pergi. Taknak membuatkan uminya bersedih apabila dia menangis.

Pintu ditutup. Dia menghampiri kerusi yang disediakan lalu punggungnya dilabuhkan di situ. Mukanya ditutup dengan tapak tangannya lalu tangisannya terhembus. Menangis teresak-esak Hana. Dia tidak bersedia kehilangan satu-satunya ahli keluarganya, semangatnya.

"Hana"

Aufa yang kebetulan mahu lalu di laluan tersebut untuk melihat pesakitnya terhenti langkahnya di depan Hana. Dia turut melabuhkan punggung di situ, di sisi Hana. Hana yang sedang menangis ditarik ke dalam pelukannya.

"Aku tak kuat, Fa"

"Shh aku ada." Aufa membiarkan Hana menangis sepuasnya.

Btw kau dah cakap kat Icha?" Soal Aufa apabila Hana semakin tenang.

Hana menggelengkan kepalanya. Dia ada telefon Dhia Airisya baru ini untuk memberitahu tentang umminya namun dia rasa seperti menganggu honeymoon mereka. Jadi dia membuat keputusan untuk tidak memberitahu Dhia Airisya.

[ C ] Asmara Bulan EMIRDHIAWhere stories live. Discover now