Bab 6

2.9K 236 8
                                    

JARI jemari semakin liar bermain dengan hujung baju pengantinnya itu. Sedari tadi dia asyik menunduk ke bawah dan bermain dengan hujung bajunya. Ketika ini, debaran dadanya semakin rancak memainkan peranan. Setelah memberitahu pilihan itu, Tengku Yusuf dan Tengku Sumayyah banyak membantu menguruskan perkahwinannya.

Dia tidak sangka yang semuanya sudah siap dibereskan. Baru sahaja dia memberitahu pilihannya tempoh hari tup tup hari ni dah kahwin. Pantas betul parents angkatnya membuat kerja. Mereka berdua la yang paling excited sekali walaupun dia yang sebenarnya kahwin.

Helaan nafas panjang dilepaskan dari mulutnya.

Semoga pilihannya ini tepat.

Dia memandang pada bakal imannya yang sedang menyambut tangan wali hakim memandangkan ayah kandungnya berada dalam penjara manakala abangnya pula berada di luar negara. Dan pakcik saudaranya pula tidak dapat datang kerana perkahwinannya secara mendadak itu.

Satu senyuman nipis terukir di bibirnya melihat bakal imannya itu kelihatan agak nervous untuk menyambut ijab daripada wali hakim. Dalam masa yang sama sempat dia mengusya bakal imannya yang agak handsome dalam memakai baju melayu berwarna putih, bersongkat dan juga bersamping.

'Ouhh bidadaraku kenapa kau handsome sangat?' Tutur kata hatinya yang tidak dapat menafikan bakal imannya yang sangat handsome itu.

"Jaga sikit mata tu. Belum ijab qabul lagi" tegur Tengku Sumayyah yang perasan akan pandangan Dhia Airisya pada bakal suaminya itu. Kepala digeleng-geleng. Nakal juga anak angkatnya ini. Sempat dia pergi usya lama-lama bakal suaminya yang nervous itu.

Dhia Airisya tersengih malu. Kantoi pula.

"Aku terima nikahnya Nur Dhia Airisya binti Ahmad Zaki dengan mas kahwin RM 100 ringgit tunai"

Lafaz akad nikah yang diijab kabul tadi disudahi dengan doa. Dhia Airisya mendongak kepalanya memandang ibu angkatnya dan Farhana yang berada di sisinya. Senyuman nipis dihadiahkan buat mereka yang sedang menangis itu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.

Namun dia masih terkejut dengan apa yang berlaku. Terasa dia masih sedang bermimpi ketika ini. Dia tidak mimpi kan kali ini? Tidak sangka dia akan kahwin pada umur 26 tahun. Fikirnya 2 3 tahun lagi dia akan kahwin namun jodohnya sudah ditetapkan.

Melihat Emir Adden Fattah bangkit daripada tempat duduknya lalu berjalan mara ke arahnya membuatkan air mata yang memenuhi kelopaknya banjir membasahi pipinya. Senyuman kecil dihiaskan di bibirnya. Betulke ni dia kahwin dengan Emir Adden Fattah?

Hari ini merupakan tanggal 6/6/21. Tarikh perkahwinan mereka sama seperti apa yang berlaku dalam mimpi begitu juga dengan tarikh penerbangan Emir Adden Fattah ke Malaysia. Adakah di penghujungnya dia akan kehilangan Emir Adden Fattah?

Ya Allah, dia sangat takut.

"Icha salamlah tangan suami kamu tu. Menangis pulak dia"

"Huh?"

Dhia Airisya mendongak kepalanya memandangnya Emir Adden Fattah yang berada di depannya menghulurkan tangan. Dia tersenyum nipis. Tangan Emir Adden Fattah disambut dengan terketar-ketar lalu dia mengucup lembut belakang tapak tangan Emir Adden Fattah.

Kucupan syahdu di dahinya membuatkan air matanya semakin lebat mengalir. Bermacam-macam perasaan bermain ketika ini. Dia gembira yang dia dapat kahwin dengan Emir Adden Fattah namun dia juga sedih dan takut mengingatkan apa yang dia mimpikan.

Namun dia sudah melakukan solat istikharah setiap malam sebaik sahaja dia dilamar tempoh hari. Namun jawapan kepada solat Isytikharah membawa dia kepada satu mahligai baru yang dibina hari ini.

[ C ] Asmara Bulan EMIRDHIAWhere stories live. Discover now