Bab 13

3K 224 20
                                    

KERETA Mercedes putih diparkingkan di garaj di sebelah kereta Lambhorghini yang berwarna biru. Emir Adden Fattah dan Dhia Airisya segera turun dari kereta. Mata Dhia Airisya leka memandang rumah baru untuk mereka berdua. Ternganga mulut Dhia Airisya melihat rumah yang agak besar dan mewah itu.

"Awak cantiknya"

Dhia Airisya menghampiri pondok kecil dan di sebelahnya terdapat kolam ikan. Dia duduk mencangkung di tepi kolan memandang ikan yang sedang berenang-renang. Tersenyum kecil dia melihat ikan berenang. Rasa tenang je hatinya

"Hai ikan. Saya Airisya. Nama awak apa?"

Emir Adden Fattah yang sedang mengeluarkan lugagge daripada bonet kereta tergeleng-geleng kepalanya melihat Dhia Airisya yang bercakap dengan ikan. Dah macam orang gila pun ada bercakap dengan ikan. Isteri siapa entah.

Langkahnya diatur ke dalam rumah malas mahu melayan Dhia Airisya yang bercakap dengan ikan. Lugaggenya dan juga lugagge Dhia Airisya diletak berhampiran tangga. Dia menghampiri sofa yang berada di ruang tamu lalu membaringkan tubuhnya. Penat kerana tidak cukup tidur semalam.

Tangannya diletak di dahi. Baru mata dipejam buat beberapa saat tubuhnya dihempap sesuatu membuatkan dia membuka matanya semula. Pancainderanya dan juga pancaindera Dhia Airisya bertemu di saat dia membuka matanya. Keningnya dijongket pada Dhia Airisya yang sedang melentang atas perutnya.

"Thanks" tutur Dhia Airisya bersama senyuman lebar. Senyuman lebar dihadiahkan buat Emir Adden Fattah. Badan Emir Adden Fattah dipeluk erat. Terasa gembira apabila rumah yang dalam mimpinya itu tidak sama dengan rumah sekarang. Mungkin kejadian mimpi di mana mereka menyambut ulang tahun perkahwinan dan dalam masa yang sama berlaku sesuatu yang buruk tidak akan berlaku kan di realiti kehidupannya?

Sampai sekarang dia terfikir, adakah Emir Adden Fattah tidak mimpikan hal yang sama sepertinya?

"Hmmm. Dah kau pergi main jauh-jauh, aku nak tidur" usir Emir Adden Fattah. Dia sekarang mahu tidur dan malas mahu membuat apa-apa. Dan malas juga mahu melayan Dhia Airisya. Matanya dipejam semula.

"Kenapa tak tidur kat bilik?"

"Malas"

"Nak saya angkat awak ke bilik?" Soal Dhia Airisya sekadar mahu mengusik suamimya. Usikannya itu membuatkan suaminya yang memejam mata, mencelik semula matanya. Pancaindera mereka bertemu. Renungan tajam dari suaminya dibalas dengan sengihan.

"Boleh je kalau kau tak kisah tulang kau patah" tuturnya selamba. Mahu angkat dia? Sudahlah berat isterinya itu 50 kg pun tak sampai. Entah-entah berat 30 kg lebih je. Jangan nak berangan la angkat dia yang lagi sado ini. Nanti bukan sampai ke bilik tapi sampai ke hospital terlebih dahulu. Sebabnya tulang patah.

"Tak apa nanti awak cantumkan balik"

"Fikir lawak?"

Dhia Airisya ketawa kecil. Renungan tajam Emir Adden Fattah menggelikan hatinya. Kepalanya disembankan di dada sasa suaminya itu apabila mulutnya menguap kecil. Rasa mengantuk turut berjangkit padanya. Matanya dipejam disaat degupan jantung Emir Adden Fattah menyapa gegendang telinganya. Kenapa laju sangat degupan jantung suaminya itu?

"Awak, saya nak tanya something"

"Hmmm?"

"Awak ada mimpi something tak? Mimpi pasal kita?" Soalnya ingin tahu. Sudah lama dia menyimpan soalan ini dan makin lama makin membuatkan dia rasa ragu. Kenapa dia dapat rasa Emir Adden Fattah turut memimpikan hal yang sama sepertinya? Tapi dalam masa yang sama macam tak. Entah dia bingung.

Dhia Airisya mendongak kepalanya apabila Emir Adden Fattah tidak menjawab persoalannya itu. Melihat mata Emir Adden Fattah yang tertutup rapat membuatkan dia mengoncang kecil tubuh suaminya itu. Namun tiada pergerakan yang dilakukan oleh suaminya. Lahh dah tidur dah.

[ C ] Asmara Bulan EMIRDHIADove le storie prendono vita. Scoprilo ora