Bab 46

1.7K 142 8
                                    

MATANYA yang dipejam erat yang sedang hanyut dalam mimpi mula tersedar apabila ada sesuatu yang menindih badannya. Perlahan-lahan matanya dibuka. Masih lagi mengantuk kerana tidur lewat. Dahinya berkerut memandang orang dihadapannya.

"Sayang?"

Pakkk

"Auch sayang"

Dadanya yang dipukul itu dipegang.

"Kenapa tak jemput Isya semalam dari hospital? Kenapa biarkan Isya tidur kat hospital?" Soal Dhia Airisya marah.

"I thought you wanted to stay with your parents and I thought you were still angry at me."

Dhia Airisya mencerbik. Kepalanya dibantalkan dengan dada Adden. Lengannya memeluk erat badan Adden. Mana boleh dia marah lama-lama kat suaminya ini. Tak jumpa beberapa jam pun dah rindu ni nak marah lama-lama. Kalau tak takdelah dia buat kerja gila suruh Iqbal hantar dia balik pada pukul 6 pagi.

"So tak marah dah ni dengan abang?"

Dhia Airisya hanya diam. Malas mahu menjawab pertanyaan Adden. Kalau dia dah sanggup balik rumah dan peluk suaminya,memang sah la dia dah tak marah. Tanya lagi. Lagipun dia dah dengar penjelasan Iqbal jadi dia sudah tidak ada sebab untuk marah suaminya lagi.

"I miss you sayang. Abang tak boleh tidur tau takde sayang kat sisi abang"

"Yelahtu. Entah-entah abang bawa balik perempuan lain sebenarnya."

"Ehh macam mana sayang tahu ni? Alamak terkantoi"

Dhia Airisya mendongak kepalanya laju. Dia mengubah dari posisi meniarap atas badan Adden ke duduk menegak di sebelah suaminya. Mata hazelnya tajam menikam sang mata grey kebiruan milik suaminya.

"Abang betul-betulla?" Soalnya dengan suara yang mahu menangis.

Adden bangun daripada baring. Bibirnya diketap menahan ketawa melihat reaksi muka Dhia Airisya. Dia memegang tangan Dhia Airisya lalu mengusapnya lembut.

"Just kidding. Takkanlah abang nak curang dengan sayang. You're my precious wife, my everything." Dahi Dhia Airisya dikucup lama dengan mata yang dipejam. Tenang dan syahdu sahaja. Dia tersenyum kecil.

"Sayang, jom solat subuh sama-sama"

"Assalamualaikumwarahmatullah"

Solat subuh diakhiri dengan bacaan doa. Walaupun dia masih lagi gagap mahu membaca doa dalam bahasa Arab, dia berdoa dalam bahasa Melayu. Badan dipusingkan menghadap Dhia Airisya. Tangannya yang dihulur, disambut oleh Dhia Airisya dan disalam lama. Tika itu ada sesuatu yang mengetuk pintu hati kalbunya.

Dia tersenyum. Bertapa bertuahnya dapat memiliki isteri seperti Dhia Airisya, bidadarinya yang mampu menariknya dari terus jatuh ke lembah jahilan. Ubun dahi Dhia Airisya dikucup lama. Dia berdoa agar hubungan mereka berdua kekal sehingga ke jannah.

"Thanks sayang. Thank you for everything. Thanks for changing me."

Dhia Airisya menggelengkan kepalanya.

"Airisya tak ubah abang tapi cinta yang menjadi asbab perubahan abang. Cinta Allah"

Dipandang Dhia Airisya dengan hati yang tenang. Mungkin dia dahulu seorang lelaki yang jahil yang selalu mempersoalkan kenapa dia selalu diuji dengan dugaan yang berat. Kehilangan ibu bapa ketika umur masih muda dan hampir kehilangan orang yang dia cinta begitu juga hampir kehilangan kawanya. Kehidupan yang penuh sarat duri. Kehidupan yang berliku.

Tapi sekarang dia faham, Allah uji dia sebab Allah sayang dia. Allah uji dia sebab Allah tahu dia kuat dan mampu melaluinya.

Dhia Airisya tersenyum. Air matanya yang hampir mengalir ke pipi dikesat perlahan. Dia memegang perutnya. Tiba masa untuk beritahu pada Adden tentang berita gembira.
Dia sebenarnya mahu membuat kejutan semalam tapi tak jadi.

[ C ] Asmara Bulan EMIRDHIAWhere stories live. Discover now