Bab 52

1.7K 150 10
                                    

"HANA!"

Hana yang bagaikan tersedar dari lamunannya itu segera memandang Harriz yang menjerit akannya. Tegang muka itu memandang sesuatu lalu dia berpaling memandang ke tempat yang Harriz pandang.

"Ehh ya Allah...Auchh!"

Prangg

Teko yang berisi kopi panas yang dicurahkan pada cawan sudah melimpah keluar. Dan dia yang gelabah biawak, tangannya secara tidak sengaja terkena kopi panas. Terlepas teko kaca itu dari pegangannya lalu menimpa lantai dapur.

"Yang you termenung ni dah kenapa? See what happen? " dalam bebelannya, Harriz menarik Hana ke singki lalu tangan Hana yang melecur itu diletak di bawah pancuran air. Mukanya jelas menunjukkan kerisauannya.

"You I tak sedap hati la. You rasa apa yang Icha nak buat?" Dari Dhia Airisya keluar dari situ subuh tadi, hatinya tidak tenteram memikirkan Dhia Airisya. Dia risau tentang Dhia Airisya. Kalau boleh sekarang juga dia mahu pergi ke rumah Adden.

"Thinking about yourself first before others, Farhana Sofea"

Hana mendongak kepalanya memandang Harriz lama. Matanya mengecil memandang Harriz. Terdapat tidak kepuasan hati dari Harriz apabila dia masih memikirkan keadaan Dhia Airisya walaupun tangannya sedang melecur.

"Ini semua kawan you punya pasal" tangannya direntap kasar lalu berjalan keluar dari dapur.

Sungguh dia tidak berpuas hati dengan Adden. Mendengar apa yang diceritakan oleh Dhia Airisya mahu saja dia cekik si Adden sampai mampus. Disalahkan Dhia Airisya pula yang turut menjadi mangsa. Haissh geram!

"Eh apa you ni?" Tangannya direntap oleh Harriz.

"Tangan you melecur Hana! Kasi I rawat dulu"

"Sikit je lah ni. Nanti elok lah tu"

"Shut your mouth"

Hana melepaskan keluhan kecil. Nak taknak dia mengikut kata-kata Harriz. Diikuti langkah Harriz yang menuju ke sofa di ruang tamu. Sesudah itu, Harriz menghilang mengambil kotak first aid kit. Sementara menunggu Harriz, Hana mengeluarkan iphonennya dari poket. Dihantar chat pada Dhia Airisya.

"Sini"

Tangannya yang lecur itu dihulur pada Harriz. Dia hanya membiarkan Harriz merawat tangannya yang lecur itu. Matanya hanya fokus pada chat yang dihantar pada Dhia Airisya. Satu tick sahaja. Dia mengeluh kecil lalu meletak iphonenya di sisi.

Muka Harriz dipandang. Nampak risau muka itu.

"Sayang juga ehh you kat I?"

Perbuatan Harriz terhenti. Matanya yang fokus pada tangan Hana yang melecur itu beralih memandang Hana yang tersengih.

"Sayang? No."

"Cis. Ego, taknak mengaku" ujar Hana sambil menjulingkan matanya.

"I'm doing this just because your tittle as my wife only" ujar Harriz. Ubat antiseptik yang digunakan tadi disimpan semula ke dalam kotak. Dia bangun berdiri setelah siap merawat tangan lecur Hana.

"Annoying la cakap dengan you ni" sengaja Hana melanggar bahu bidang Harriz. Daripada gaduh dengan Harriz lebih baik dia pergi kat Dhia Airisya.

"Harriz"

Hana turun tangga semula menghampiri Harriz yang memandangnya dengan kening yang dijongket.

"Err boss I tu kawan you kan? Ayaaz kawan you kan?"

"Hmm. Why?"

Hana tersengih lebar.

"Boleh tak nanti you bagitahu Ayaaz yang I mc hari ini?"

[ C ] Asmara Bulan EMIRDHIAWhere stories live. Discover now