Prolog

6.8K 299 12
                                    

SATU panggilan yang berbunyi untuk diangkat dipandang sepi oleh Dhia Airisya. Dibiarkan panggilan itu tak terjawab sehingga ianya mati sendiri. Namun sangkanya hanya sekali sahaja tapi phonenya itu berbunyi sekali lagi. Hatinya semakin tidak keruan. Rasa berdosa kerana tidak menjawab panggilan ibu yang tercinta.

Sesekali dia melirik mata memandang kalendar kecil yang tergantung di dinding berhampiran dengan meja tempat dia melakukan kerjanya.

25/5/21

Hari ini merupakan hari 'dia' pulang ke Malaysia.

Dia sudah memberi amaran namun amarannya itu ibarat masuk ke telinga kanan keluar telinga kiri. 'Dia' tetap ingin pulang ke Malaysia.
Mungkin sudah sampai? 

Rambut dikusutkan bersama jeritan kecil.

Dhia Airisya membaringkan badannya atas katil. Matanya dipejam seketika. Sungguh dia bingung! Dia ingin melarikan diri daripada 'dia' namun panggilan daripada ibunya itu membuatkan dia makin tidak keruan.

Sudah tentu ibunya mahu dia mengambil 'dia' di airport!

Keluhan kecil dilepaskan seraya itu panggilan yang tidak henti itu akhirnya dijawab.

"Asslamualaikum Icha. Ya Allah Icha pergi mana? Risau ibu, Icha tak jawab call" tutur ibu angkatnya disana.

Dhia Airisya tersenyum nipis.

"Err Icha dalam toilet tadi ibu. Sorry ibu" tipunya. Rasa bersalah kerana menipu ibu angkatnya, Tengku Sumayyah namun dia terpaksa menipu.

"Ouhh patutlah. Icha tak kerja kan hari ini?"

Dhia Airisya mengetap bibirnya. Sudah! Apa yang mahu dia jawab? Kalau jawab ya mesti ibu angkatnya itu menyuruhnya untuk mengambil 'dia' di airport. Tapi takkan nak menipu lagi sekali?

"Ta...tak kerja. Kenapa ibu?"

"Baguslah macam tu. Icha boleh datang rumah ibu tak kita makan malam sekali. Lepastu Icha boleh tolong ambik Emir kat airport tak? Rasanya dia dah nak sampai" tutur ibu angkatnya membuatkan dia diam seribu bahasa. Dia sudah agak! Pasti ibu angkatnya menyuruhnya untuk mengambil 'dia'.

Dan ianya persis seperti apa yang dia mimpikan.

"Icha? Kalau Icha taknak ambil Emir, ibu oka....."

"Takpe ibu. Icha tolong ambil dia kat airport nanti"

"Thank you Icha"

Dhia Airisya bangkit daripada baringnya. Dengan kaki yang lemah longlai dia menuju ke almarinya lalu mengambil pakaian yang ingin dipakai. Dia mengeluh kecil. Dia ingin mengelak tetapi akhirnya mereka akan bertemu juga!

Jujur dia kata, dia ingin berjumpa denganya dan dia sangat rindu akan 'dia' tetapi mimpi ngerinya itu membuatkan dia takut. Membuatkan dia rasa mengelak dan lari daripada 'dia' adalah jawapan yang tepat.

Mungkin?

LUGAGGE yang berwarna hitam ditarik oleh seorang lelaki yang berpakaian hitam dari atas hingga bawah. Cermin mata hitam yang terlorot di hidung dibetulkan dengan jarinya sambil mata mencari perempuan yang dikatakan oleh ibunya. Dia memandang jam di tangan. Sudah 10 minit dia sampai, namun bayangan perempuan itu masih tidak nampak. Mungkin jammed?

"Err Emir kan?"

Emir Adden Fattah berpaling memandang ke sebelah kanannya. Seorang perempuan bertudung hitam itu dipandang dengan dahi yang berkerut. Bukan perempuan yang dia cari.

"I'm Farhana. Actually, Airisya tak dapat datang. Dia ada emergency. Jadi dia minta tolong I untuk ambil you" tutur Farhana yang merupakan kawan baik Dhia Airisya dan juga merupakan housematenya.

"Ouh. Okay"

Dia melangkah mengikut perempuan yang bernama Farhana itu. Di sebalik cermin mata hitammnya, jelas menunjukkan dia rasa sedikit kecewa. Kecewa kerana dia rasa Dhia Airisya ingin mengelak daripadanya. Dan dia bertambah yakin yang Dhia Airisya akan terus mengelak daripada berjumpa dengannya lagi-lagi perbualannya bersama Dhia Airisya di telefon tempoh hari.

Walaupun 4 tahun sudah tidak berjumpa, tapi Dhia Airisya masih segar di ingatannya.

Di sebalik dinding yang besar itu, tersembunyi seorang perempuan yang memerhati gelagat Emir Adden Fattah bersama Farhana. Topi putih yang dipakainya itu dibetulkan apabila Emir Adden Fattah tiba-tiba berpaling ke belakang.

Setelah memastikan dia tidak diperhatikan, dia mengangkat mukanya semula. Pandanganya dilemparkan pada mereka berdua yang melangkah keluar dari airport. Tangan mengibas mukanya apabila merasakan air mata mahu mengalir.

Namun dia gagal. Air matanya itu berjujuran mengalir di pipi.

"Isya rindu abang"

[ C ] Asmara Bulan EMIRDHIAWhere stories live. Discover now