Bab 48

1.6K 138 9
                                    

MATA yang masih lagi mengantuk dibuka perlahan-lahan. Mulutnya menguap kecil. Tangannya meraba-raba mencari phone, mahu melihat jam sudah pukul berapa. Dahinya berkerut kecil melihat jam sudah pukul 9 pagi. Dia terlena sebaik saja solat Subuh. Penat sangat dengan apa yang berlaku kebelakangan ini

Matanya dibuka luas. Melihat dia berada di bilik asing membuatkan dia semakin berkerut. Entah sejak bila pula dia tidur di bilik yang entah bilik siapa. Dhia Airisya lantas bangun. Matanya memandang sekeliling. Bilik siapa ini? Nombor Adden terus ditekan dengan gelabah. Dia tak kena culik kan?

"Hello sayang"

"Abang! Abang kat mana? Isya takut. Isya tak tahu Isya kat bilik siapa. Isya kena culik ke abang? Is...."

"Hey relaks sayang"

Emir Adden Fattah ketawa kecil.

"Come turun bawah"

"Taknak takut. Abang lah masuk bilik. Isya takut."

"I can't leave, sayang. Cepat turun. Abang kat dapur. I cooked something special"

Dhia Airisya mengerutkan dahinya. Dapur?

"Kena pakai tudung ke?"

"No need"

"Aba....."

"Sayang, sayang lupa ke kita kat rumah baru? Lupah lahtu ."

Dhia Airisya tersengih. Dia lupa yang mereka berada di rumah baru. Tidak lagi rumah lama mereka yang hampir hancur itu.

Panggilan dimatikan. Dhia Airisya menghampiri pintu bilik. Berdebar-debar dia mahu keluar. Keluar sahaja dari bilik, terus dia dapat melihat segenap rumah itu. Dia mula menuruni tangga satu persatu sambil mata liar memerhati sekeliling. Semalama mereka sampai malam, tidak pula dia sempat ingin menjelajah rumah baru mereka. Dia suka rumah ini! Cantik. Nampak elegant.

Langkahnya terhenti pada tangga terakhir. Dia memandang kanan dan kiri. Dapur kat mana? Rumah sudah la besar. Pening dia mahu mencari dapur. Bunyi sesuatu yang terhasil dari arah kanannya menarik perhatiannya. Dia mula melangkah menghampiri bunyi tersebut.

Ruang makan mula kelihatan. Dia melangkah lagi. Bibirnya mengukirkan senyuman melihat figura Adden membelakanginya. Terus dia berlari mendapatkan Adden. Suaminya itu dipeluk erat.

"Abang, rindu abang. Abang masak apa ni?" Soal Dhia Airisya.

"Adalah. Sayang duduk sini. Don't move"

Selamba sahaja dia mengangkat Dhia Airisya lalu meletakkan Dhia Airisya di atas Kitchen Island. Dia menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

"Nak tolong"

Dhia Airisya turun lalu menghampiri Emir Adden Fattah.

"Sayang, abang cakap duduk diam-diam"

"Alaa nak tolong"

"No! Stay there." Adden menegas.

Dhia Airisya mencebik apabila Adden merenungnya tajam. Dia naik duduk di atas Kitchen Island semula. Tangannya disilang, memeluk badannya. Bibirnya digigit menahan dirinya daripada menangis. Sentap kena marah! Nak nangis!

"Abang jahat" tangannya disilang ke muka. Bahunya terhinjut menangis.

"Heyy, no lah. Abang tak marah. Janganlah menangis" pujuk Adden. Gelabah dia apabila melihat Dhia Airisya menangis. Dia bukan marah pun tadi cuba dia bertegas je melarang Dhia Airisya daripada menolongnya.

"Hikss abang tak sayang Isya lagi hiksss"

"Sayang hey listen. I'm sorry okay? Abang tak marah sayang. Abang sayang sayang. I love you okay?"

[ C ] Asmara Bulan EMIRDHIAWhere stories live. Discover now