Bab 60 : Part 2

2.6K 159 23
                                    

ADDEN mengerutkan dahinya memandang benda didepannya itu. Lampu disuluh pada benda itu menyebabkan benda itu mencerlungnya tajam. Dialih sedikit lampu itu daripada betul-betul menyuluh matanya.

"Ya Allah sayang!"

Langkah dihampiri mendekati Dhia Airisya yang berdiri di depannya itu. Ingatkan hantu dah yang berada di depannya itu. Nasib dia tak turut lari sama. Rupa-rupanya isteri dia yang berlumuran darah.

"Sayang okay?" Soalnya sambil membelek-belek tubuh badan Dhia Airisya. Risau kalau cedera. Setelah memastikan isterinya itu tidak cedera, dia menarik tubuh Dhia Airisya ke dalam pelukannya. Didakap kemas tubuh isterinya itu yang berlumuran darah.

"I'm glad you're fine"

Dhia Airisya hanya diam berdiri di situ. Tidak bercakap apa-apa, tidak pula membalas pelukan Adden.

"Sayang?" Adden mengerutkan dahinya.

Tatkala Dhia Airisya mahu beredar ke lorong kirinya dia menahan lengan Dhia Arisya. Dahinya semakin berkerut seribu kali. Pelik dengan kelakuan Dhia Airisya.

"Sayang, nak pergi mana?"

Dhia Airisya tidak memandang Adden. Matanya tajam memandang satu benda yang berdiri tidak jauh sedang tersenyum sinis akannya. Pisau ditangannya semakin digenggam. Dia baru mahu mara ke arah itu tapi dihalang oleh lelaki yang berada di depannya itu.

"Lepas!" Jeritnya kuat pada lelaki yang berada di hadapannya itu.

"Wait, sayang."

"Aku cakap lepaslah!" Sekali lagi jeritan Dhia Airisya bergema.

Adden sudah terkejut dengan jeritan dan bahasa yang digunakan oleh Dhia Airisya. Dadanya berombak laju. Seakan-akan Dhia Airisya yang berdiri di depannya itu seperti dirasuk. Anak mata hazel itu tajam menikam matanya. Pisau yang dipegang di tangan kiri itu berlumuran dengan darah.

"Sayang, ni abang. Pandang abang"

Kedua-dua pipi Dhia Airisya dipegang.

"Look at my eyes, sayang. It's me Adden" ujarnya lembut pada Dhia Airisya namun lengannya itu ditepis kasar oleh Adden dan secara tidak sengaja hujung pisau itu terhiris lengan kanannya itu.

Darah mengalir keluar. Adden memandang lengannya itu sebelum memandang Dhia Airisya yang sudah berlalu. Lengan Dhia Airisya ditarik menyebabkan badan itu terpusing menoleh ke belakang.

"Sayang, please sedar. Ni abang, sayang"

"Kau jangan halang akulah!" Jerit Dhia Airisya lantang sekali lagi.

"No. Jom kita keluar"

Pisau di tangan Dhia Airisya ingin dirampas tapi isterinya itu tidak mahu lepas. Mereka mula bergelut merebut pisau yang tajam itu. Ke kanan ke kiri mereka bergelut sehingga terbaring atas lantai.

"Lepas! Aku cakap lepas!"

"Aku nak bunuh jantan tu!"

"Kau jangan halang aku!"

Adden berusaha untuk mengambil pisau itu. Dalam masa yang sama dia risau kalau pisau itu terhunus mereka berdua.

"Ya Allah sayang, istighfar. This is not you"

"Kau sama dengan dia!"

"Aku nak bunuh kau!"

Mata Adden terbuntang apabila Dhia Airisya yang tadinya ingin merampas pisau kini menyerang dia. Dia terbaring atas lantai apabila Dhia Airisya menolaknya kuat. Dipandang Dhia Airisya yang berada di atasnya itu.

[ C ] Asmara Bulan EMIRDHIAWhere stories live. Discover now