Bab 9

2.9K 241 25
                                    

"Okay jom kita main truth or dare!" Ajak Firash masih bersemangat setelah mereka sudah bermain macam-macam game tadi. Hari ini merupakan hari minggu di mana hari ini mereka meluangkan masa bersama setelah busy melakukan kerja-kerja mereka.

"Truth or dare?" Soal Razul dengan mata bersinar. Permainan yang menarik sekali baginya!

Firash menangguk kepalanya.

"No! Tak ada game lain ke? Arhh taknak aku" bantah Emir Adden Fattah sekeras-kerasnya.

Taknak dia bermain game truth or dare. Permainan paling tolol sekali! Sudahlah dia asyik kurang bernasib baik bermain game tersebut. Dare yang diberikan pun bukan calang-calang. Kalau yang menguji tahap kekuatan tak apa lah juga. Ni tak disuruh buat benda bukan-bukan.

"Ala chill la bro. Tak best ahh kau ni" tutur Firash.

"Entah. Coward betul!" Sambung Razul pula.

Emir Adden Fattah mengetap rahangnya. Keluhan kecil dilepaskan. Dia bukan pengecut ke apa tetapi dia malas mahu melayan karenah mereka yang entah apa-apa. Matanya dialih memandang Harriz yang hanya diam sahaja. Selalunya Harriz tidak suka bermain permainan ini sama sepertinya.

"Aku ikut Riz" ujarnya.

Semua mata kini beralih memandang Harriz membuatkan Harriz terpinga-pinga. Emir Adden Fattah memberikan gelengan kecil pada Harriz supaya tidak bermain permainan mengarut ini.

"Aku on!"

"Setan betul!" Tutur Emir Adden Fattah.

Mereka bertiga ketawa. Suka betul dapat mengenakan Emir Adden Fattah.

Permainan dimulakan. Botol air yang berada di tengah dipusing laju. Keempat-empat mereka menunggu botol air tersebut berhenti berpusing bersama debaran di dada. Risau kalau botol air berhenti pada diri masing-masing.

"Oyeahhh" jerit Razul teruja. Dirinya terselamat.

"Haiss menyesal aku main" rungut Firash apabila botol air berhenti padanya.

Emir Adden Fattah tersenyum sinis. Nasib dirinya terselamat. Dia memandang Firash dengan kening yang dijongket. Siapa yang ajak main game ni tadi? Kan dah kena padahnya!

"Truth or dare?" Soal Harriz.

Firash berfikir sejenak.

"Dare" jawabnya.

"Rash kau nampak tak perempuan tu?" Soal Razul pada Firash. Matanya dilirikkan pada seorang perempuan free hair berpakain tshirt lengan pendek yang tidak jauh daripada mereka.

"Aku nak kau pergi ngorat perempuan tu and ajak dia main sekali" terang Razul.

"Tu je ? Kacang hijau je" ujar Firash bersama senyuman. Dia bangkit daripada duduknya. Badannya diregangkan sekejap bersama senyuman sinis. Senang sangat darenya!

"Kau ni pun Zul, bagilah dare susah sikit. Dah tahu Rash tu playboy memang kacang hijau la" bangkang Harriz dengan kepala digeleng. Dare yang diberikan kepada Firash mudah sangat lagi-lagi Firash adalah playboy yang berjaya.

Firash mula mengangkat kaki menuju pada perempuan tersebut. Emir Adden Fattah mengecilkan matanya memandang perempuan tersebut dari jauh. Entah kenapa dia merasa seperti pernah melihat perempuan tersebut tapi tidak ingat di mana.

"Hye girl" tegur Firash sebaik sahaja menghampiri perempuan tersebut. Punggungnya dilabuhkan di sebelah perempuan tersebut tanpa dipelawa. Kakinya disilangkan seraya badan dipusing menghadap perempuan tersebut. Dikenyit matanya pada perempuan di hadapannya.

[ C ] Asmara Bulan EMIRDHIAWhere stories live. Discover now