Bab 51

1.6K 174 18
                                    

DHIA AIRISYA menarik nafas dalam sebelum masuk ke dalam wad di mana mama kandungnya, Puan Aisyah ditempatkan. Dia pergi ke wad papanya namun papanya tiada dan dia syak papanya berada di wad mamanya. Seperti yang berlaku semalam, dia datang untuk mendengar dari mulut papanya sendiri walaupun dia takut untuk mengetahui kebenaran.

"Airisya!" Ujar Puan Aisyah teruja melihat anaknya.

Namun Puan Aisyah mengerutkan dahinya tatkala melihat muka Dhia Airisya yang tidak ceria dan mata yang begitu sembab.

"Anak mama ni kenapa hmm sayang?"

Dhia Airisya mengukirkan senyuman nipis.

"Papa mana?"

"Kenapa cari papa?"

Dhia Airisya menoleh ke belakang memandang Tuan Dian yang baru keluar dari tandas. Sama seperti reaksi mamanya, papanya turut mengerutkan dahinya apabila melihat mukanya yang sembab itu. Seharian dia menangis semalam. Macam mana tak sembab?

"Isya nak tanya papa something. Boleh kita cakap kat taman?"

Kanak-kanak yang berlari sana sini dengan senyuman di bibir dipandang kosong oleh Dhia Airisya. Mereka berjalan ke tempat yang jauh daripada orang.

"Icha nak tanya papa apa?"

"Pasal 20 tahun yang lalu" ujar Dhia Airisya berterus terang.

Muka papanya yang tadi tenang kini kusam dipandang oleh Dhia Airisya dengan hati yang bergetar. Ya Allah berikanlah dia kekuatan untuk mengetahui kebenaran ini dari mulut papanya sendiri. Nafas dalam ditarik. Apa-apa pun dia kena juga dengar dari pihak papanya.

"Betul ke.....betul ke papa ada kaitan dengan kematian parents suami Icha?"

Muka Tuan Dian jelas tidak terkejut seperti tadi kerana sudah dapat menjangka soalan yang bakal ditanya oleh anaknya. Dia memejamkan matanya. Helaan nafas dilepaskan.

"Betul ke yang papa...papa...."

Dhia Airisya menunduk kepalanya memandang lantai dengan air mata yang mengalir. Dia tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya. Dia takut sebenarnya ingin mendengar jawapan sebenara.

"Hmm betul. Papa bunuh parents suami Icha"

Prangg

Terasa dunianya kian terbalik. Dhia Airisya terduduk di atas lantai. Tangisan semakin kuat. Bahunya terhinjut-hinjut akibat menangis. Dadanya yang terasa sakit itu dipukul berkali-kali. Sakit. Sangat sakit. Mengapa semua ini terjadi begini?

Tuan Dian turut mengalirkan air matanya. Rasa sebal di hatinya melihat anaknya menangis.

"Kenapa? Hikss kenapa pa?"

"Papa minta maaf. I'm really sorry"

"Icha sayang"

Puan Aisyah yang mengikut mereka dari belakang kerana tidak sedap hati melihat muka muram Dhia Airisya, menghampiri Dhia Airisya lalu memeluknya. Seperti yang dijangka, Dhia Airisya ingin bertanya tentang perkara itu.

"Mama tahu pasal ni?" Soal Dhia Airisya apabila muka mamanya jelas tidak terkejut dengan pengakuan papanya malah hanya memandangnya dengan pandangan simpati.

Dhia Airisya mencengkam rumput.

"Kenapa approach Icha? Kenapa approach kami when you clearly know about this?! Papa mama tahu yang suami Icha adalah anak kepada orang yang papa bunuh but why....why approach us?! Just like why.....hikss....why?"

Menangis teresak-esak Dhia Airisya. Mereka begitu bahagia sebelum papa mama datang kepada mereka dan sekarang semuanya sudah musnah. Masjid yang dibina mereka semakin goyah.

[ C ] Asmara Bulan EMIRDHIAWhere stories live. Discover now