Bab 57

2K 166 20
                                    

LANGKAH diatur perlahan-lahan menuju ke basement. Nafas dalam ditarik oleh Dhia Airisya. Gaun yang berwarna pink yang dipakainya itu dibetulkan begitu juga dengan tudung. Rimas betul kena pakai gaun setiap hari. Ni salah satu sebab dia tak suka tinggal kat istana.

Derapan kakinya semakin perlahan apabila dia hampir tiba di penjara yang menempatkan Adden. Suaminya itu memandangnya sekilas sebelum mengalihkan pandangannya memandang tingkat kecil dalam penjara itu yang memberi sedikit sebanyak percahayaan.

Dhia Airisya tersenyum nipis.

Kelihatan Adden pun sudah tidak sudi untuk memandangnya dengan apa yang dia sudah lakukan padanya semalam. Mungkin sudah membencinya. Bibirnya digigit. Dia juga hanya diam memandang Adden. Kedua-dua saling melayang perasaan masing-masing

Wajah suaminya ditenung olehnya lama. Cahaya yang dari tingkap itu betul-betul terpancar pada muka Adden yang membolehkan dia melihat jelas reaksi muka Adden. Tidak ada sedikit pun sebaris senyuman, hanya kosong. Dan luka-luka yang menambahkan lagi ketegangan muka Adden. Bibirnya pecah. Mata sebelah kiri sedikit sepek, tidak dapat dibuka dengan baik. Pipinya banyak tercalar dan dahinya kelihatan lebam. Hasil daripada pukulannya semalam.

"When do you want to kill me?" Adden memecahkan kesunyian di antaranya dengan Dhia Airisya.

Dhia Airisya tersenyum nipis. Gaunnya digenggam.

"Kenapa? Tak sabar dah nak mati?" soalnya semula. Bibirnya digigit.

Dan soalannya itu membuatkan Adden berpaling memandangnya tanpa reaksi wajah. Hanya kosong.

"Hmm. I'd rather die than face you. " penuh kesakitan dia menjawab soalan Dhia Airisya.

Adden mengalihkan pandangannya semula dari memandang Dhia Airisya. Dia memang tidak tegar untuk memandang muka Dhia Airisya sekarang. Setiap kali dia memandang muka itu, hatinya terasa begitu sakit. Sakit yang mencengkam dadanya. Dan setiap kali itu dia diingati dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh Dhia Airisya. Sakit!

Rahang diketap oleh Dhia Airisya.

"I'm not decide yet how to kill you"

Adden diam seketika.

"Don't worry, I will help you decide how to kill me."

"I don't need your help" ujar Dhia Airisya lalu beredar dari situ.

Dia sepatutnya tidak perlu datang sini!

Laju kakinya melangkah keluar dari basement lalu menuju ke tempat kegemarannya yang terletak di tingkat paling atas sekali di Istana itu. Air mata yang ingin mengalir itu ditahan. Bibirnya digigit. Langkahnya semakin diperlajukan dan secara tidak sengaja dia terlanggar Andre apabila dia membelok ke kanan.

"Voilà, Princesse. Je me demande où tu vas.  (Here you are, Princess. I wonder where you go.)"

"Princesse?" Dahi Andre berkerut apabila melihat kelopak mata Dhia Airisya bergelinangan dengan air mata.

Dhia Airisya menyambung langkahnya menghiraukan Andre.

"Don't follow me" arahnya apabila Andre mengikut langkahnya.

"Leave me alone, Andre!" Jeritnya kuat apabila berpaling memandang Andre.

Air mata yang bergelinangan tadi terus jatuh membasahi pipinya. Laju sahaja tangannya menyeka namun ia tetap mengalir. Melihat Andre yang diam itu, cepat sahaja dia berlari menuju ke tempat kegemarannya.

Pintu dibuka lalu dia melabuhkan punggungnya di atas buaian. Bau haruman bunga menusuk hidungnya. Tempat itu dihiasi dengan pelbagai jenis bunga dan dikenali sebagai tempat yang bernama Flower Golden. Sebelum Flower Golden itu menjadi tempat kegemarannya, tempat itu selalu dikunjungi oleh Belle Alexander.

[ C ] Asmara Bulan EMIRDHIAWhere stories live. Discover now