Special Chapter - 1

2.4K 134 3
                                    

TANGAN kanannya mengulas lembut pipi Dhia Airisya dengan anak mata yang leka merenung muka wajah isterinya itu. Tenang sahaja isterinya itu tidur. Bibirnya mengukirkan senyuman. Bertapa bersyukurnya dapat menatap muka itu setiap hari. Bertapa bersyukurnya masih diberi peluang ini.

Hari-hari dia akan bangun dahulu sebelum Dhia Airisya agar dia dapat moment sebegini. Merenung wajah isterinya itu lama setiap pagi. Bagai bidadari, wajah itu memancar ketenangan kepada dirinya. Tidak sedikit pun dia merasa bosan.

Kelip-kelipan mata itu membuatkan bibirnya semakin tersenyum dengan lebar. Anak mata hazel itu mula menyapa anak mata grey kebiruaannya bersama senyuman kecil.

"Morning, sweetheart"

Kata-katanya membuatkan Dhia Airisya tersenyum. Dia mendekatkan badannya dengan isterinya itu lalu pelukan diketatkan. Kepala Dhia Airisya dibenamkan di dadanya. Kucupan hangat singgah di dahi isterinya lama.

"Morning, abang"

Mereka saling berpandangan semula, saling menatapi wajah masing-masing dan saling mengusap pipi masing-masing. Itulah yang akan dilakukan oleh mereka setiap pagi sebelum membersihkan diri untuk solat subuh bersama-sama.

"Andra dah bangun?" Soal Dhia Airisya memecahkan kesunyian.

"Belum" soalan dijawab bersama gelengan kepala. Elok sahaja anak bongsu mereka itu tidur dalam katil baby di sebelah katil mereka.

"Anak-anak kembar kita?"

"Maybe dah ban....."

"Good morning appa, eomma!"

Pintu bilik terbuka luas dari luar lalu terjongol si kembar berlari anak memanjat katil dengan ketawa. Mereka membaringkan badannya di tengah-tengah lalu Aidan memeluk Adden manakala Adriel memeluk Dhia Airisya.

"Aidan Adriel shhhh" jari telunjuk diletak di bibir, memberi amaran kepada si kembar supaya tak membuat bising yang boleh menyedarkan Dhia Andra daripada tidur.

Tajam mata Dhia Airisya memandang si kembar yang sedang tersengih tidak bersalah.

"Appa bagitahu dah kan pagi-pagi jangan bising. Nanti adik bangun" teguran lembut oleh Adden kepada anak kembarnya. Sesekali kepala ditoleh ke sisi memandang Dhia Andra yang masih tidur.

"Hehe sorry" ujar si kembar serentak.

"Jom kita mandi lepastu solat sama-sama" ajak Dhia Airisya. Posisinya diubah kepada duduk.

"Jom!"

Dhia Airisya yang mahu turun dari katil bersama si kembar terhalang apabila Adden menarik pinggangnya lalu memeluknya dari belakang. Sudahnya dia hanya memandang si kembar keluar daripada bilik mereka. Kepala ditoleh ke kiri memandang Adden dengan kening yang terongket.

"Sabarlah sayang. Abang tak puas lagi nak bermanja dengan sayang. Kembar kacau" ajuk Adden dengan suara serak basah membuatkan Dhia Airisya ketawa kecil.

Memandangkan mereka sekarang sudah mempunyai 3 orang anak, memang jarang mereka meluangkan masa berdua. Pernah sekali Adden merajuk lari rumah bila dia asyik luangkan masa bersama kembar. Sudahlah time tu tengah mengandungkan Dhia Andra. Suami pula merajuk sampai lari rumah. Cannot betul!

"Senyum-senyum ingat apa?"

Kepala Dhia Airisya ditoleh memandang Adden yang menongkatkan dagu di bahunya. Muka mereka yang sedia dekat itu memberi peluang kepada Adden untuk menyambar bibir mungisnya itu. Dhia Airisya tersenyum kecil.

"Abang ingat tak abang lari rumah?"

"Tak. Taknak ingat" ujar Adden bersama gelengan. Taknak dia ingat peristiwa itu! Buat malu je! Dengan anak sendiri pun dia nak jealous. Adoi tak patut!.

[ C ] Asmara Bulan EMIRDHIAWhere stories live. Discover now