Bab 41

1.8K 167 5
                                    

SUDAH hampir seminggu, Dhia Airisya ditahan di wad kerana keadaanya masih belum membaik dan sering kali diserang panic attack namun hari ini, dia dibenarkan pulang. Itu pun disebabkan Dhia Airisya tidak mahu duduk di hospital lagi.

Emir Adden Fattah menghampiri Dhia Airisya dengan berhati-hati supaya tidak membuatkan Dhia Airisya tidak diserang panic attack kerananya. Tak terbilang rasanya berapa kali Dhia Airisya diserang panic attack kerananya.

"Sayang, abang dah cakap kat doctor. Doctor cakap sayang boleh keluar hari ini" ujar Emir Adden Fattah. Dia hanya tersenyum nipis melihat tiada balasan dari Dhia Airisya yang sedang termenung memandang ke luar tingkap.

"Sayang" bahu Dhia Airisya dipegang.

Melihat Dhia Airisya yang terperanjat membuatkan dia mula gelabah.

"Sorry, abang tak bermaksud nak takutkan say....."

"Isya nak balik Malaysia"

Emir Adden Fattah memandang lama Dhia Airisya. Otaknya cuba proses apa yang dikatakan oleh Dhia Airisya. Mungkin dia terkejut dengan Dhia Airisya yang tiba-tiba bercakap dengannya hari ini. Selama seminggu, Dhia Airisya langsung tidak bercakap dengannya.

"Isya taknak teruskan honeymoon. Isya nak balik. Isya taknak tinggal sini. Isya takut....Isya takut dengan abang"

Sambungnya lagi apabila melihat Emir Adden Fattah hanya diam apabila dia menyatakan hasratnya yang dia mahu balik ke Malaysia. Kakinya dirapatkan di dada lalu dipeluk. Dagunya ditongkat pada lutut. Dia melemparkan pandangannya ke luar tingkap.

Yaa, dia masih takut dengan Emir Adden Fattah.

"O...okay"

Emir Adden Fattah tersenyum nipis. Tipulah kalau dia tidak terasa yang Dhia Airisya kata dia takut dengannya. Dia keluar dari wad Dhia Airisya. Badannya disandarkan di dinding sebaik sahaja dia keluar. Keluhan kecil terbit dari mulutnya. Macam mana kalau hal ni berterusan? Macam mana kalau Dhia Airisya berterusan takut akannya?

Setelah beberapa minit di luar, Emir Adden Fattah masuk ke dalam semula. Beg pakaian Dhia Airisya diambil lalu dikemaskan.

"Kita balik apartment dulu kemas barang lepastu terus pergi airport. Abang dah book ticket flight. Lagi 7 jam penerbangan kita" ujarnya memberitahu Dhia Airisya. Nasib baik ada ticket flight hari ini jadi dapatlah mereka balik terus ke Malaysia.



TIBA sahaja di KLIA 2, Emir Adden Fattah dan Dhia Airisya melangkah keluar dari airport tersebut. Emir Adden Fattah memandang Dhia Airisya sekilas sebelum dia menelefon Danial, yang merupakan bodyguardnya.

Melihat Danial yang melambai tangan akan mereka, dia mematikan panggilannya. Mereka terus mara ke arah Danial. Hanya Danial seorang sahaja yang tahu mereka balik ke Malaysia hari ini. Itu pun sebab nak suruh Danial mengambil mereka di airport.

Kereta mula meluncur laju ke lebuh raya sebaik sahaja luggage dimasukkan ke dalam bonet. Dhia Airisya melemparkan pandangannya ke luar. Sedari tadi dia hanya diam sahaja. Apabila Danial menyapanya, dia hanya tersenyum nipis. Tingkap kereta diturunkan, merasakan angin yang meniup lembut mukanya.

Dia menarik nafas lega. Baru dapat bernafas dengan lega. Sepanjang di French sejak kejadian tersebut, dadanya terasa sempit untuk bernafas. Terbayang-bayang apa yang dilakukan oleh suaminya it. Dia memejamkan matanya seketika. Terasa sedikit tenang.

"Nial, boleh tolong hantarkan saya kat rumah sewa Hana?"

"Bo...boleh Puan"

Emir Adden Fattah memandang Dhia Airisya terkejut. Isterinya itu tidak bagitahu pun yang dia mahu ke sana padanya. Dia mengeluh kecil. Dhia Airisya betul-betul mahu mengelak darinya sehingga tidak mahu pulang ke rumah mereka. Dia memejamkan matanya. Macam mana dia nak buat Dhia Airisya tidak takut akannya seperti dulu?

[ C ] Asmara Bulan EMIRDHIAWhere stories live. Discover now