Bab 28

2.3K 201 22
                                    

Masing-masing masih terkaku dengan kehadiran Nadhira Zalikha yang tiba-tiba muncul. Sunguh kemunculannya itu menyentakkan semua orang berada di situ. Mana tak terkejutnya jika Nadhira Zalikha yang dianggap sudah meninggal 4 tahun lalu namun pada hari ini dia muncul di depan mata mereka? Takkah hantu kut yang berlawan di depan mereka tadi.

"So guys everything dah settle kan?" soal Harriz menyentakkan mereka semua dari lamunan. Kepala diangguk tanda mengiyakan kata-kata Harriz.

"Dah guys. Kita sambung esok and about kembar Danial kita bincang next time." tutur Emir Adden Fattah. Sekarang dia mahu menenangkan fikirannya yang asyik bercelaru dari tadi. Lebih baik dia berfikir macam mana dia mahu menerangkan segala hal kepada Dhia Airisya. Tidak sangka yang Dhia Airisya mendengar perbualannya tadi.

"Hmn yupp kita bincang next time. So let's go home! Aku penat nyahh" Razul menggeliat kecil membetulkan urat-uratnya.

"Kau goodluck lah, bro" Razul menepuk bahu Emir Adden Fattah. Mulutnya dimuncung ke belakang Emir Adden Fattah membuatkan Emir Adden Fattah memandang ke belakang.

Dhia Airisya yang berjalan dengan Michaela itu dipandang lama. Melihat Dhia Airisya yang melarikan pandangan dari bertentangan mata dengannya membuatkan dia mengeluh kecil.

Satu persatu rakannya mula pulang begitu juga dengan teamnya yang sudah membereskan segala kerja. Dia yang sebagai ketua terpaksa pulang paling lambat demi memastikan segala kerja disettlekan dengan sempurna. Urat lehernya dibetulkan menghasilkan bunyi tulang yang kuat. Penat.

Kaki diatur menuju ke keretanya di mana Dhia Airisya menunggunya di dalam kereta dari tadi. Pintu dibuka lantas dia memboloskan badannya ke dalam kereta. Dhia Airisya yang berada di seat sebelah pemandu yang sedang memejam mata dipandang sekilas sebelum dia memulakan perjalanan pulang ke rumah mereka.

Enjin kereta dimatikan sebaik sahaja mereka tiba di rumah. Baru dia hendak keluar dari kereta namun Dhia Airisya yang terlebih dahulu keluar dari kereta menyentakkan pergerakannya. Dia hanya memandang Dhia Airisya yang menuju ke pintu rumah. Keluhan kecil dilepaskan. Dia sudah agak Dhia Airisya tidak tidur pun sepanjang perjalanan tadi.

Kakinya melangkah dengan laju mengikut langkah Dhia Airisya. Dia mahu settlekan hal mereka berdua malam ni juga. Malas mahu dibiarkan sehingga berlarutan esok hari. Makin berlarutan, makin susah dia mahu memujuk Dhia Airisya.

"Airisya"

"Airisya !" Panggilnya sambil berlari menaiki tangga mengejar Dhia Airisya yang lari daripadanya.

"Airi....."

Bang

Pintu dihempap kuat betul-betul di depannya. Hampir sahaja pintu bilik mengena batang hidungnya. Nasib dia sempat break. Kalau tidak sudah patah batang hidungnya yang mancung itu.

"Airisya, please buka pintu ni. Let me explain everything to you" tuturnya sambil mengetuk pintu bilik.

Dhia Airisya duduk mencangkung dan badan disandarkan pada pintu. Air mata yang mengalir lebat dikesat kasat. Namun tangisannya semakin kuat. Dia betul-betul rasa kecewa sekarang. Dia paling tidak suka kalau ditipu lagi-lagi kalau melibatkan perasaan dan hati.

"Sayang"

Panggilan 'sayang' dari Emir Adden Fattah menyentakkan Dhia Airisya. Entah mahu gembira atau sedih mendengar panggilan yang sudah lama dia ingin dengar dari mulut Emir Adden Fattah.

"Airisya, dengarlah aku nak cakap ni. Okay aku mengaku aku salah but bagilah aku explain dulu. Airisya bukalah pintu. Please" tutur Emir Adden Fattah. Pintu diketuk berkali-kali berharap Dhia Airisya akan membuka pintu padanya. Walaupun dia ada spare key bilik mereka, tapi dia mahu Dhia Airisya membuka pintu sendiri.

[ C ] Asmara Bulan EMIRDHIAWhere stories live. Discover now