Bab 25

2.1K 197 5
                                    

Gelas kaca yang berada di rak diambil dan air sejuk dikeluarkan dari peti. Dia menghampiri Michaela yang berada di meja makan yang sedang mengunyah jajan. Diletakkan gelas kaca dan botol air di atas meja makan. Namun entah mana silapnya membuatkan gelas kaca selamat mendarat di atas lantai. Terburai kaca di atas lantai dan hampir sahaja mengena kaki Dhia Airisya.

"OMG Airis. Are you okay?"

Dhia Airisya terkaku berdiri memandang kaca yang sudah pecah. Debaran dadanya semakin rancak. Persoalan dari Michaela dibiarkan sepi. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati sekarang. Dipejamkan mata sekejap untuk menenangkan hatinya namun dia masih rasa tak sedap hati.

"Icha?" Panggilan dari Kak Teh menyedarkan dia dari lamunannya. Dipandang Kak Teh dan Michaela yang sedang membersihkan gelas yang pecah.

"Mick"

"Yes?"

Tangan Michaela ditarik keluar dari dapur meninggalkan Kak Teh membersihkan gelas kaca bersama pembantu yang lain. "Why Airis?" Soalan Michaela sekali lagi dibiarkan. Dia hanya menarik tangan Michaela sehingga ke biliknya. Pintu ditutup.

"Mick err saya rasa saya nak pergi kat Adden" tutur Dhia Airisya terus terang. Dia semakin tak tenang memikirkan Emir Adden Fattah. Macam ada sesuatu buruk yang berlaku.

"Are you crazy Airis?" Michaela menggelengkan kepalanya. Tangannya mencengkak pinggangnya. Kepala digeleng berkali-kaki. "No no I tak benarkan. Mati I nanti kena kerjakan oleh your husband" tidak sanggup dia nak berhadapan dengan Emir Adden Fattah. Tahu sangat yang Emir Adden Fattah tidak suka pada orang yang mungkir janji lagi-lagi dia dah janji nak awasi Dhia Airisya di rumah sementara dia pergi menyerang Alex malam ini.

"Alaa Mick please"

"No Airisya. You tak tahu si Fattah tu marah dia macam mana. So scary"

"It's okay. I'll backup you okay?"

"No. Jangan buat onar Airisya. Kalau dia tahu you dalam bahaya, bukan I sorang je kena, semua orang disekeliling dia kena. Like 2 years ago, you cedera masa lawat projek. Teruk tau Ayaaz kena marah" bagitahu Michaela menceritakan kejadian 2 tahun lepas semasa Airisya bekerja dengan Ayaaz. Bukan Ayaaz sorang, diorang pun kena sekali tempiasnya.

"Huh? A...Ayaaz kena marah?" Melihat anggukan dari Michaela membuatkan Dhia Airisya terdiam. Jadi selama dia berkerja dengan Ayaaz, Ayaaz dah tahu la yang dia siapa untuk Emir Adden Fattah. Patutlah Ayaaz layan dia lain macam. Jap. Maksudnya Emir Adden Fattah awasi dia dari dulu?

Wahh tak tahu rasa nak marah ke gembira. That's her privacy!

Dhia Airisya menggeleng kepala. Bukan hal itu yang penting sekarang.

"Kalau awak taknak ikut, saya akan pergi sorang"

"Airisya! Can you understand me? I taknak kena marah tahu?"

"And saya pun taknak Adden cedera tahu"

Michaela mengeluh kecil. Dahinya diurut. Pening kepalanya. Kenapala dia tersepit dengan dua orang yang keras kepala? Kalau dia bagi Dhia Airisya pergi memang teruk dia kena dengan Emir Adden Fattah nanti.

"Dia takkan cedera. Dia King. So don't worries okay?"

"Tapi tangan kanan dia tak sembuh sepenuhnya. Saya nak pergi juga. It's okay nanti saya cakap yang awak tak perasan saya pergi"

"Damn that excuses. Fattah takkan dengar sebarang excuses. You need to know that"

Dhia Airisya mengeluh kecil. Dia tak kisah kalau dia kena marah dengan Emir Adden Fattah tapi dia taknak la Michaela kena marah sebab dia. Sekali lagi dia mengeluh kecil. Mata dipejam seketika.

[ C ] Asmara Bulan EMIRDHIAWhere stories live. Discover now