THE END ✔

15.7K 712 101
                                    

SAYANG

SUASANA suram mengisi ruang di dalam bilik itu. Tiada sebarang bunyi kedengaran melainkan bunyi mesin jantung yang disambungkan pada Aireen.

Zulqadree yang duduk di kerusi itu merenung setiap ici wajah isterinya dengan pelbagai perasaan bercampur aduk. Sebak hatinya melihat keadaan isterinya itu. Pandangan beralih pada perut isterinya pula.

"Maafkan saya, Encik. Isteri encik keguguran akibat pelanggaran yang agak kuat dan affect pada gegaran yang sangat kritikal--"

"Sayang... " Tangan Aireen dipaut ke dalam genggamannya. Kepala menunduk mencium tangan mulus kecil itu. Air mata yang berkaca-kaca mula perlahan jatuh mengalir ke pipi. Kepala dongak memandang semula wajah isterinya itu. Rindunya dia pada senyuman itu.

"Aku.. minta maaf, sayang."

"Semua ni salah aku.. ak-aku tak jaga sayang. Aku.. bodoh." Air mata deras mengalir. Dia sudah tidak kesah apa yang orang mahu cakapkan padanya. Dia sudah tidak perduli menangis hanya disebabkan seorang perempuan boleh menjatuhkan maruah lelaki. Aireen isterinya, egonya, barannya, maruahnya dia sudah tidak kesah kalau itu adalah isterinya dia perlu jatuhkan semuanya. Senyumannya dan layanannya semuanya untuk Aireen seorang sahaja.

Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Zulqadree mengesat air mata dengan ibu jarinya. Kemudian, wajah pucat lesu Aireen itu dia mengusap lembut kepala yang berbalut.

"Sayang.. macam mana keadaan pun sayang. Abang tetap sayangkan sayang dan terima sayang seadanya. Jangan tinggalkan abang sendiri.. abang takut."

"Abang dah buat semuanya untuk kita. Lepasni... kita dah boleh hidup bahagia." Zulqadree senyum lembut pada wajah yang terpejam matanya itu bermakna. Masih lagi dalam keadaan koma.

Dia bangun dari kerusi. Kain selimut hospital yang menutup badan kecil itu ditarik rapat hingga ke dada. Zulqadree mengucup lama dahi isterinya sebelum mengusap lembut pipi itu.

Dia keluar dari wad pribadi itu. Kepala menoleh pada kedua orang bodyguard nya itu. Sekilap mata, wajah Zulqadree berubah ke dingin. "Jaga isteri aku." ujarnya mendatar.

Kedua penjaga pribadi yang diupah selama sebulan lebih diwad isterinya, mengangguk menerima arahan.

Zulqadree bergerak pergi dari situ. Dia ada seseorang ingin jumpa.

Sebulan yang lepas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebulan yang lepas...

PRANGG!!

"Kau nak buat apa ni? Kenapa dengan kau hah!?" Karl menerjah pada Zulqadree yang sudah kehilangan akalnya. Habis barangan berpecah hancur hanya disebabkan lelaki itu.

"Jangan sentuh aku! Aku benci semua orang! Aku benci kau!!" Zulqadree menjerkah baran.

Karl kerut dahi dengan pandangan sukar ditafsir. "Aku nak tolong kau, Qad. Tapi cuba kawal marah kau."

𝐌𝐑𝐒 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 ©Where stories live. Discover now